"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Saturday, 12 February 2022

Sekarang & Masa Depan?

Assalamualaikum guys! Lama sangat aku tak jenguk blog ni. Maklumlah, orang sekarang dah tak tengok blog-blog ni. Dah jadi sendu dah...haha..sampai banyak benda aku buang or simpan kat draft je...hmm..πŸ˜‘

Macam yang korang tahulah, sekarang ni Negara & dunia kita tengah dilanda wabak Covid-19. Mesti ramai kenalan korang yang tested positive with the disease kan? Or at least, terjena tempias effect-effect dia...huhu.. πŸ˜”

To be honest, masa aku tengah taip entry ni, aku pun disahkan positif Covide-19 dengan cara self test RTK tu. Dari mana aku dapat Covid?, aku pun tak sure...cuma aku syak mungkin dapat dari mana- mana tempat sesak macam kedai or pasar. For info, dah 2 tahun kerja kat rumah dan dah tak rentas negeri..memang lame la...fatigue pun ada dengan cara kerja dari rumah ni sebab benda yang simple pun ambik masa lama nak settle. hmm..πŸ˜“

Berbalik pada condition Covid aku sekarang, alhamdulillah, tak ada lah symptoms serius sangat masa 1st day: cuma demam, pening kepala, batuk, sakit tekak. Alhamdulillah makin ok. dan hari ni (masuk hari ke-3), tinggal sakit tekak je. πŸ˜„

Sebenanrya, dah lama pun aku tak demam..maybe dah 3 tahun lebih aku tak demam. Nah, sekali kena ni kena, hambik..haha. Effect demam Covid kat aku ni sama macam masa aku mula-mula diagnosed HIV 8 tahun lepas...feeling-feeling de-javu sangat πŸ˜‚...yelah, dah namanya virus kan...so, apa-apa virus akan bawak effect yang sama la macam viral fever, sakit tekak, etc. Oleh sebab aku pernah ada experince viral fever yang dulu tu, so tak ada lah menggelabah sangat. Pergi klinik, mintak ubat basic lengkap ada paracertemol, ubat batuk, ubat selesema, ubat tekak. Tak ada lagi ubat khas untuk Covid or viral fever ya, jangan mintak ubat pelik-pelik pulak...haha.

Itu cerita condition aku: overall ok je dan tak ada la nak meratap bagai wwlaupun rasa mamcam membazir masa tak buat aktiviti outdoor aku: swimming hari ni...arghhhh..dan terpaksa aku batalkan niat nak gi wedding so called 'adik angkat' zaman sekolah dulu-dulu 😏 ..Takpelah, takde rezeki..hmm..

Cuma yang tak bestny bila mak aku macam over sikit mengelakkan aku time ni. Actually, dah boleh agak dah reaction dia macam mana, sebab orang tua kan akan ada skeptikal sikit dekat pesakit-pesakit ni. Tak kiralah pesakit apa jenis pun. Dulu masa dia mula-mula tau aku poz pun, dia ada skeptikal..hmm, yang ni pulak, lagi macam-macam dia fikirkan agaknya. Malas aku nak cerita banyak. Cukuplah aku cakap yang aku tak selesa kalau over skeptikal sampai nampak kita ni jijik.. GitulahhhhπŸ˜’..

Oh ya, korang sepanjang pandemik ni, ok tak? Aku rasa mesti ada yang kena berhenti kerja jugak? Harap-harap korang ok dan bertabahlah...semoga Allah mudahkan urusan, aamiin..

Untuk kes aku, alhamdulillah, masih bekerja...cuma ada la terfikir tentang survival masa depan. Sebenanrnya masa mula-mula daignosed dulu pun dah risau pasal survival masa depan ni...tambah pulak pandemik ni, lagi la rasa risau tu makin meninggi...πŸ˜₯😰😣 especially bab KERJAYA...

Alhamdulillah, setakat ke hari ini, perjalanan kerjaya aku saaangat smooth. Sejak aku SPM-grad uni, aku tak menganggur lama. Lepas SPM aku buat part time jadi guru sekolah swasta. Masa cuti panjang kat uni, aku buat part time kat agensi kerajaan then lepas aku cuti sebulan after grad, aku buat part time dengan lecturer. Sambil-sambil tu apply interview kat mana-mana. Banyak tempat aku pergi interview. Then, ada satu company yang ambik aku jadi intern. Terus aku diserap dan sampai sekarang aku masih kat company yang sama (dekat 8-9 tahun dah)...bersyukur saangat😊.

Masa aku mula-mula diserap kerja tulah aku disahkan poz..huhuπŸ˜”..tapi aku tak fikir sangat pasal hal ni...sampailah ada few cases yang aku dengar secara direct or indirect tentang plhiv yang dibuang kerja atau tak lepas helath screening masa employment medical check up...hmm...

For info, bidang kerjaya aku ni memang bidang yang agak high turn over (banyak orang lompat dari satu company ke company lain). Even office/team mates aku yang aku kenal masa mula-mula kerja dulu pun semua dah pindah tempat lain....aku je yang masih dekat company yang sama.

To be honest, aku selesa, happy & bersyukur dengan kerja aku ni....cuma, aku sendiri yang rasa pressure sebab semua orang dah keluar & bersilih-ganti dengan colleagues baru...bos aku pun dah bertukar orang 3 kali..hahaha...

Now, memandangkan aku ni dikira 'senior' dalam team aku, aku dinaikkan pangkat..(Alhamdulillah, jutaan syukur aku panjatkan - in fact, aku ni kira cepat naik pangkat dalam company)...maka expectation dari bos-boas atasan tu makin tinggilah...so makin tambah lagilah pressure kat aku sebenarnya..hmm πŸ˜‘...aku risau yang aku tak dapat fulfil expectation tu...

Ada jugak aku apply kerja kat company lain...siap dapat interview and ada jugak yang nak offer kerja tu..tapi, bila dapat offer macam tu, aku terus risau takut tak lepas employment medical check up company tu...so, aku bagi macam-macam alasan untuk tak accept offer tu..hmm...

End up, aku rasa aku stuck dan rasa akan terus stuck dekat tahap aku ni je...hmm...even, sejak dulu lagi aku macam rasa yang potensi aku ini ada limit tertentu yang aku tak mampu capai....

Now, disebabkan pandemik ni, banyak buat aku terfikir: 

  1. Sampai bila aku nak berada kat takuk yang sama?
  2. Company nak retain aku lagi ke in future? Sedangakn employment market tengah meriah dengan fresh grads yang lagi canggih qualifaction nya..
  3. Apa pulak pandangan office mates duk tengok aku masih bujang sedangkan umur dah lanjut?

Disebabkan tu, aku cuma fikir nak kumpul duit cepat-cepat, nak bersara awal or in future buat kerja yang di luar bidang aku ni dan tak terikat dengan mana-mana organisasi.Ada jugak terfikir nak sorok daripada semua kawan-kawan or saudara-mara so that tak ada lah dorang tanya macam-macam. Senang kata, nak buat hal sendiri dengan tenang tanpa perlu fikir apa pandangan orang lain. Kalau tak, asyik kena soal-jawab jelah dengan masyarakat. Penat wei pura-pura depan orang ni: pura-pura bergelak tawa, pura-pura tak kisah, pura-pura friendly dengan orang. Tapi tu semua kat fikiran jela..tak pasti lagi dan masih follow the flow..sebab banyk lagi hutang nak kena bayar..hmmπŸ˜”..

Cuma aku perasan yang aku ni dah makin tak suka nak keluar berjalan or lepak-lepak. Lagi-lagi dalam crowd yang memang aku tak rapat. Especially time Covid ni, semua aktiviti berkumpulan dah banyak kena limit. Aktiviti NGO pun dah banyak kurang, so lagi lah malas aku nak keluar rumah.

Ok guys, rasanya dah macam-macam aku cerita ni. By the way, aku lebih banyak melalak kat Smule/Youtube sekarang. Saje nak melalak..hahahhaa. Tapi tak mampu lah nak bersaing masuk 'Big Stage' 😜 sebab viewers pun berapa kerat jela...hahahhaa.. Cukuplah aku bagi tau korang: Alhamdulillah, aku masih surviveπŸ’ͺ

So, kalau nampak blog ni dah bersawang, korang bolehlah check aku melalak kat Youtube aku ok?πŸ˜‰. Till next time guys! 

Thursday, 28 May 2020

Tentang Mereka (12); Dugaan HIV Buat Pengantin Baharu

Emel pembaca:-

Assalamualaikum...aku baru saja terbaca blog dan segala coretan saudara..

Aku boleh dikatakan ahli baru dalam dunia PLHIV dan aku redha atas apa yang berlaku setelah berhempas pulas melawan perasaan diri untuk terima hakikat yang aku memiliki virus ni dalam diri. 
Aku dapat tahu sebulan selepas pemergian arwah ayah dan masa itu, peluang aku untuk hidup dikira agak tipis.

For info, aku sudah berkahwin dan usia perkahwinan belum sampai setahun. 2 tahun sebelum kahwin, aku ada pergi buat medical checkup. Masa tu, semua clear, result HIV test pun negatif. Sebab tu rasa confident yang diri ni sihat walafiat. 
Tapi satu hari selepas derma darah, barulah HIV ini dikesan. Masa tu aku baru berkahwin selama 8 bulan.

Masa mula-mula dapat tahu tu, aku memang rasa kena cari orang yang senasib untuk aku luahkan perasaan. At least, ada orang yang akan faham. Sebulan aku sorok hal ini dari wife aku. Tak tahu macam mana nak explain kat dia. Terpaksa guna ayat-ayat yang betul sebab tak nak bagi dia stress dan kecewa.
 
Kalaulah aku tahu hal ni sebelum kahwin, taubat aku tak kahwin. Tapi kenapa lepas 8 bulan berkahwin, baru detected? 😒 Mungkin Allah nak uji aku jugak kan? Doktor pun asyik push aku untuk inform wife dan bawa wife datang check jugak.

Pelbagai fasa aku harungi sejak hari pertama aku didiagnos; Dari Fasa Training Makan Ubat, Fasa Melawan Takdir, Fasa Merahsiakan dari Pengetahuan Isteri, Fasa Berdepan Masyarakat secara Psikologi dan Mental, Fasa Membina Semula Semangat dan lain-lain..

Alhamdulillah, sekarang isteri dah tahu aku ambik ubat ni dan memang tak ada rahsia dah antara kitorang (dia free from HIV; kuasa Allah, dan nasib baik tak ada zuriat lagi). Tak guna jugak sorok-sorok. Tapi yang stressnya bila terpaksa bersembunyi dari dunia luar tentang virus ini dan untuk kekalkan kesihatan.

Sekarang, dah beberapa bulan aku start makan ubat HAART ni. Appointment doktor memang tak pernah missed. So far so good. Cuma result CD4 & Viral Load masih tak dapat lagi sejak first result.
Memang aku decide untuk start terus ambik ubat ni selepas dapat tau aku positif walaupun doktor banyak kali tanya since CD4 aku masih ok dan aku masih sihat lagi. Bagi aku, takkan nak tunggu jatuh sakit baru nak ambik ubat kan? Better start dari awal.

Tentang pengambilan ubat pulak, kadang-kadang, isteri yang tolong ambikkan ubat kat hospital bila aku busy dengan kerja. Alhamdulillah, ada isteri memahami.

Bercerita pasal ubat HAART...MashaAllah, berat sungguh dugaannya!;
Fist day jatuh pada hari aku bekerja. Walaupun aku makan ubat pada pukul 10 malam, tapi kesannya sampai keesokan hari. Aku seperti berada di awang-awangan dan sdikit khayal. Oleh sebab sibuk ke sana ke mari, aku boleh lupakan sikit rasa dan kesan ubat HAART tu. 
Hari kedua dan ketiga jatuh pada hari cuti. Aku jadi sangat lembap..terbaring seharian. 
Nasib baik ada isteri yang memahami situasi aku.

Bagi akulah kan, tak rugi kalau PLHIV kat luar sana start awal ubat ni. Demi kebaikan diri jugak. At least sihat. Alhamdulillah, lepas aku ambik ubat HAART, kesihatan aku baik. Jarang demam dan selesema. Mungkin ubat tu dah menidurkan virus tu InsyaAllah.

Cuma sekarang, aku berharap aku dapat memiliki zuriat aku sendiri. Doakan aku sehat Dan bertambah sehat ok? Aku doakan agar diteguhkan iman dan kekal sihat jugak untuk saudara InsyaAllah.

Walaupun orang sekarang tak read blog dah, but percayalah, pengalaman aku masa mula-mula diganosed HIV ini, aku banyak buat research dan mulalah belek semua blog dan baca cerita-cerita orang. 
(Ada jugak terbaca blog PLHIV luar negara. Dekat sesetengah tempat, masyarakat diorang dapat terima orang yang macam kita, very open. Tapi kat sini kalau orang dapat tahu, aku tak rasa orang ramai boleh terima diri aku seperti biasa. Mesti aku akan dipandang hina terus, dijauhi, dicaci, dipulaukan..dan paling aku takut adalah kena buang kerja..hmm)


Emel balasan:-

Wassalamualaikum...

Alhamdulillah. Saudara berani jugak makan ubat tu. Ada sesetengah orang, ambik ubat sekejap, lepas tu berhenti..

Saya nasihatkan, perkara yang dah lepas, tak payahlah dikenang. Syukur sangat ada wife yang fhm. Saudara kena jaga dia betul-betul tu.

Kalau ada rasa down, cuba fikir betapa banyak lagi PLHIV yang lebih teruk situasinya; nak diluah mati mak, nak dtelan mati bapak. Nak kahwin pun fikir banyak kali sebab takut bakal wife tak dapat terima.

Berkenaan dengan ubat tu, start awal lagi bagus. Tapi ada orang yang takut nak ambik sebab macam-macam alasan.

Bagi aku, tak payah fikir sangat sampai jadi takut; sampai rasa was-was tentang apa yang boleh dimakan, apa tak boleh; sampai takut terlambat makan ubat 1 minit, tercepat 1 minit.
Masa aku dulu, orang guide sikit-sikit je, lepas tu pandai-pandailah; kalau nak terus hidup, sila makan ubat; kalau tak nak, buang jela ubat.

Aku ada member yang makan ubat selama 1 bulan. Dia tak tahan pening, terus berhenti mkn ubat. Lepas tu demam teruk, doktor suruh makan jugak ubat. Masa dia mula-mula diagnosed, dia cari aku. Lepas dah teruk pun cari aku. Kalau dia tak nak dengar nasihat aku, aku jadi malas nak layan.

For info, aku diagnosed pada tahun 2014. Kat blog ni aku cerita macam-macam pasal journey aku. Side effect ubat bukan setakat pening kepalalah. But I choose to live with it la; kita punya badan, jaga sendiri. Kalau dah tau sakit, jangan merokok, minum air bergula 24 jam, lembik badan langsung tak bersenam, lepas tu meroyan: fed up la...sedih la..depress la... haha

Hal zuriat pun tak ada masalah tu, insyaAllah boleh. Tapi kena ikut arahan doktorlah. Aku doakan semoga dapat baby yang come-comel dan sihat-sihat..hehe πŸ€—.

Ak tahu saudara ni baru lagi. Apa-apa pun, aku salute kat saudara. Kekal kuat ya!!
Terima kasih jugak sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni..haha..

P/S: nah lagu aku 'sumbangkan'..hahaha

Dan engkaulah segalanya, sinar menyinari...
Duniaku terasa terang dan bererti...
Dan hadirmu kan terus membakar semangatku...
Untuk terus berdiri...
Dan engkaulah matahariku...
Hanya engkau yang satu...

Sunday, 7 July 2019

Tentang Mereka (11); Tinggalkan, Ditinggalkan - Bahagian 2

Emel pembaca:-

Saya Azah, 26 tahun. Bila saya terbaca blog saudara, blog Abang Najmi dan lain-lain, saya terkejut dan tak sangka ujian kalian terlalu besar. Ya, saya tahu setiap orang ujian berbeza-beza; kecik atau besar, ujian tu hanya Allah yang tahu sama ada kita mampu atau tidak untuk menggalasnya.

Mintak maaf kalau saya katakan selama ni saya pandang naluri yang kalian alami adalah benda yang kotor, yang tak terfikir dek akal yang waras. Saya juga minta maaf kerana pernah terfikir yang bukan-bukan pasal saudara dan kawan yang lain.

Pada mulanya saya tak faham. Semakin saya banyak baca blog saudara, semakin saya sedar yang saya juga manusia biasa; yang selalu melakukan dosa dan kesalahan tapi menghukum orang lain tanpa mengetahui cerita di sebalik perkara yang terjadi...berdosanya saya sebab ada fikiran yg sebegitu sedangkan saya tiada di tempat kalian untuk alami semua itu Saya harap saudara dapat maafkan saya πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“.

Kalau nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa saya, apalah sangat ujian saya. Saya baru ditinggalkan orang yang saya sayang; orang yang saya gantungkan harapan untuk hidup bersama; orang yang saya tak pernah terfikir akan pergi dari hidup saya. Tapi saya tahu perancangan Allah lebih baik.

Mula-mula, saya marah, kenapa semua ni jadi kepada saya. Tapi saya cepat sedar bahawa berdosa kalau saya mempersoalkan ketentuan Allah. Untuk pengetahuan, kami dah bersama hampir 6 tahun tapi pada pengujung 2017, kami putus tunang kerana tiada restu dari keluarga dia. Sepanjang tahun 2018 saya sentiasa berdoa dan masih meletakkan harapan agar kami kekal berjodoh sebab saya tahu dia juga masih ada perasaan pada saya. Buktinya, dia masih stalk FB saya dan dia curi-curi dapat no handphone baru saya.

Tapi kuasa Allah tiada siapa yg tahu, baru-baru ni saya dapat undangan untuk majlis perkahwinan dia. Hanya Allah yang tahu betapa hancur hati saya dan saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan. Saya simpan semuanya sendiri sampai saya pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan..Astaghafirullah.. Bila saya tersedar yang dia bukan yang terbaik untuk saya, saya rasa lebih tenang dan kuat.

Saya tahu ada orang lain yang lebih besar ujiannya daripada saya. Kalau saya kat tempat kalian, saya pasti tidak mampu utk menggalasnya. Saya bersyukur Allah berikan saya ujian. Mungkin saya juga lalai dulu kerana terlalu mengejar cinta manusia πŸ˜“.

Untuk masa sekarang, saya follow the flow ikut perancangan yang Allah dah aturkan untuk saya. Saya juga rasa dah semakin kuat, mungkin sebab saya mula berpegang pada satu ayat Al-Quran yang bermaksud "Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan saja dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?". Allah rindu kan kita sbb tu Allah timpakan ujian untuk kita sentiasa mengingati Dia..Allahuakbar 😒.

Untuk saudara dan Abang Najmi, saya tahu kalian kuat sebab tu Allah bagi ujian yang sebegitu kepada saudara. Saya kagum dengan semangat saudara yang pada fikiran saya saudara sangat positif harungi masalah yang saudara alami. Saya sentiasa doakan supaya saudara terus kuat dan diberi kesihatan baik..InsyaAllah..

Maaf, email kali ni panjang pulak saya meluahkan rasa πŸ˜‚ mungkin sekian lama terpendam dan saya tak tahu nak ceritakan pada siapa..terima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa untuk membaca email saya..semoga Allah sentiasa merahmati saudara dan dimudahkan segala urusan kehidupan saudara..InsyaAllah .. Amiin.

Emel balasan:-

Saya faham, orang lain mungkin kata 'orang macam kitorang' ni jahat dan jijik, lagi-lagi yg HIV positive. Hal biasa dah tu. Sebab tu ramai yang sorok-sorok dan pencilkn diri dari orang lain...huhu..

Yang pasal jodoh tu, saya sendiri tak reti bab-bab ni sebab saya sendiri dah tak fikir. Just nak survive jer sekarang. Jodoh orang lain, InsyaAllah ada, jangan risau. Banyak je calon-calon lain. Cuma atas kita la nak accept ke tak nak. Saya faham, mungkin saudari terlalu sayang kat ex-tunang tu kan. Tapi, nak buat macam mana, dia dah nak kahwin dah, and trust me: kalau perempuan yang break heart, senang je peluang yang lain akan datang; mesti akan ada orang lain yang datang meminang, lepas tu kahwin. Tapi, kalau lelaki yg break heart...hmm..kena tunggu emosi stabil, baru la berani nak try lain.

P/S: nah dengar lagu aku cover ni khas untuk para pencari cinta. My advise, mungkin kita perlu tinggalkan kesayangan kita bila kita sudah ditinggalkan: While MOVING ON is the best cure that we've ever know to get rid of those unnecessary, TIME is no longer the essence.


Tuesday, 16 April 2019

Tentang Mereka (10); Tinggalkan, Ditinggalkan - Bahagian 1

Kali ini, nak share dua kisah dari pembaca blog yang berbeza. Tema cerita diorang ni sama iaitu tentang perhubungan atau perasaan dan sebagainya. Tapi, kita mulakan entry ni dengan kisah pertama dulu:-


Emel pembaca:-


Assalamualaikum. Hye..

Aku dapat email kau dari blog kau. Aku just nak opinion kau (tentang someone yang aku sayang) sebab dia pun ada HIV, due to seks with man (MSM).

Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki ni dah lama. Asalnya, dia straight dan dia pun memang dah ada hati kat aku. Tapi suatu hari, disebabkan dia tak dapat tahan nafsu, dia terjebak dengan seks sesama lelaki bila seorang kawan dia ajak fun. Sejak itu, dia mula develop perasaan suka dekat lelaki dan disebabkan peristiwa hitam tu, dia mula tak nak aku dah. In fact, dia suruh aku cari suami yang baik. Masa tu tahun 2014.
Kemudian, bulan Julai 2018, aku contact dia untuk tanya khabar. Masa tu dia reply, dia cakap dia ada HIV sejak November 2017. To be honest, entah kenapa aku rasa bersyukur. Sebab HIV tu buat dia berhenti seks luar tabi'i ni. Aku nak kahwin dengan dia. Ya, it sounds stupid sebab dia ada HIV. Aku cintakan dia!! Orang akan kata yang cinta aku buta. Tapi, semua orang tak tahu yang selama 7 tahun ni ak tunggu dia sebab aku nak sangat dia kembali ke jalan Allah. Aku sangat percaya dia boleh berubah sebab aku kenal dia sebelum dia bertukar nafsu lagi. Aku nak masuk syurga dengn dia!! Aku cintakan dia sampai aku nak sangat kebahagiaan akhirat untuk dia. Buta ke cinta aku kalau niat aku ke arah akhirat?! Bahagia akhirat! Urkhhh, kat mana yang buta pun aku tak tahu sebab apa yang aku baca dalam quran yang sebenarnya buta is orang yang ada mata kurniaan Allah tapi tak melihat kebesaran Allah. Kalau yang buta hati is yang tak meyakini akan adanya kiamat, negeri akhirat...😫 

Tapi, masalahnya sekarang, dia kejap bagi hint kat aku yang dia pun nak kahwin, kejap dia tinggalkan aku, kejap lagi macam nak kahwin pulak. Aku faham yang dia rasa tak layak, dia rasa tak mampu nak bahagiakan aku, dia rasa yang aku deserve better. Hmm.. Now dia tinggalkan aku and block semua contact sehinggakan aku jadi tak keruan; menangis setip hari.

Suatu hari, aku pergi rumah sewa bujang dia. Tapi dia tak ada. Aku letak diari aku yang ada nota pasal HIV; tentang  pengambilan ubat, hubungan seks selamat suami-isteri, cara mendapatkan zuriat, pengurusan jenazah pesakit HIV dan lain-lain.. Tujuannya, aku nak tunjuk yang aku serius nak jadi isteri dia sampai akhir hayat dia. Tiba-tiba, dia unblock contact and send mesej kat aku yang mengatakan aku 'desperate' 😭😭😭😭. Dia pun bagi tahu yang housemate dia marah sebab ada perempuan asyik datang rumah. Padahal baru 2 kali je aku datang rumah tuπŸ‘Ώ. Itupun sebab tak ada siapa-siapa kat rumah dia masa first time aku pergi tu. Aku jadi malu. Aku delete social apps aku. Kalau lah dia faham niat  aku, kan bagus!!.. Diari tu bukti yang aku prepare ilmu nak jadi isteri dia; bukti yang aku nak harungi HIV sama-sama dengan dia.


Setiap masa aku risaukan dia. Tambah-tambah lagi dia dah makin kurus dan hidup dalam kekecewaan sekarang ni. Now, boleh tak kau bagi opinion kau pasal ni? 😒 Apa patut aku buat? Kalau tanya lelaki lain (yang tiada HIV), mesti diorang suruh tinggalkan je. Tapi bagi aku, sangat kejam tinggalkan dia yang tengah sakit tu..

Dalam masa yang sama, aku pun dah kecil hati bila dia cakap yang aku perempuan desperate 😭😭😭. Kadang-kadang pulak, aku rasa aku sanggup nak tunggu dia contact lagi (which I'm pretty sure he will not, sebab dia rendah diri dengan keadaan dia, rasa dia hina dan kotor). But kalau aku yang contact dia, then terbuktilah pulak yang aku ni 'desperate'..Padahal ak just cintakan dia, nak hidup  dgn dia!! Sampai hati dia cakap ak desperate..

Emel balasan:-



Waalaikumussalam..

Actually, rasa agak berat nak bagi opinion pasal ni. Banyak faktor kenapa dia macam confius nak kahwin dengan kau atau tidak.

Situasi aku dan dia mungkin tak 100% same sebab dia sekurg-kurangnya ada perasaan kat perempuan, cume dia rasa rendah diri dengan status HIV tu.

Orang macam aku ni pulak, ada 2 cabaran utama: First, perasaan kat perempuan. Second, status HIV....

Even, aku sendiri pun pernah nak try rapat dengan ex-classmate sekolah menengah dulu. Tapi, aku macam main tarik tali dengan dia sebab dia tak tahu status aku dan masalah aku. Aku tak nak dia atau mana-mana perempuan yang suka aku dan tak tahu status aku ni, akan rasa tak happy nanti..huhu.. Aku taknak susahkan siapa-siapa sampai aku terfikir, biarlah aku hidup seorang-seorang asalkan tak susahkan org lain...huhu

The good side is: kau faham or at least cuba nak faham masalah dia tu...which is to me, memang rare ada perempuan yang nak terima PLHIV + PLU ni....huhu... Tahniah!!!...

Tapi, maybe cara kau tu perlu diubah sikit. Maybe tak perlu bagi diari tu kat dia...tak payah cakap pasal kahwin dan anak dlu. Benda ni ambil masa. Kau kena try buat dia percaya kat kau dulu. Contohnya: tanya khabar dia, tanya tentang apa yg dia tahu pasal HIV ni. Kau jangan berlagak tahu, tapi cukup sekadar buat-buat tanya dia. Tanya dia jugak ada tak dia pergi hospital ambil ubat?

Slowly develop relationship tu. Mula-mula relationship as friend. Lama-lama dia akan rasa selesa nak cerita banyak banda kat kau. Memang takes time sebab PLU + PLHIV ni dah malas nak percaya kat orang. Even aku pun cuma nak survive jer...tak nak fikir perkara-perkara yang macam susah nak dicapai sebab ada di kalangan kawan aku yg PLU + PLHIV ni try kahwin, tapi end up berpisah jugak. Bila berpisah karang, kitorang akan terpaksa bermula semula. Penat!!..dan aku sendiri takut nak try and error benda-benda macam ni. Ini bukan benda main-main....huhu.... Tapi ada jugak yang kekal sampai sekarang...

Macam aku cakap tadi, try rapat as friend. Kawan rapat pun boleh saling membantu, boleh masuk syurga. lama-lama kalau dia tersentuh hati tengok kau ikhlas dgn dia, insyaAllah dia pun akan selesa untuk kahwin dengn kau. Itupun kalau dia masih nak contact kau la... Try slow-slow...

Tapi kalau kau rasa tak boleh nak tunggu lagi, aku nasihatkn, kau move on la. Fikir pasal diri kau. Jangan stuck lama-lama kalau dah rasa tak ada harapan dengan dia. Aku faham, kau sayangg dia. Tapi, kalau orang dah betul-betul tak nak kat kau, kena tabah...move on...huhu...

Wednesday, 6 March 2019

Tentang Mereka (9); Bolehkah Masa Pengambilan HAART Ditukar?

Emel pembaca:-

Assalamualaikum,

Saya kena makan ubat HAART sekali sehari dan saya tetapkan masa pengambilan pada pukul 7:30 malam. Sekarang, baru saya sedar yang masa tersebut tak sesuai untuk saya. Takut terkejar-kejar masa ketika bulan puasa nanti. For info, saya diberi ubat Efavirenz dan Tenof-EM

Jadi,saya nak tanya:-

Pukul berapa masa yang sesuai untuk ambil ubat HAART asalkan tidak kena dengan waktu makan, waktu solat dan waktu puasa?

Kedua, bolehkah tukar waktu makan ubat HAART?

Ketiga, bolehkah kita mengambil ubat HAART ketika sedang makan?

Emel balasan:-


Waalaikumussalam...

1) Saya dapat ubat HAART yang kena makan sekali sehari Jadi, saya makan ubat dalam pukul 10.30 malam setiap hari termasuk bulan puasa. Waktu pengambilan ubat saya tak ganggu waktu sahur, buka puasa dan terawih. Pukul 11.30 malam pula saya masuk tidur.

Bagi yang kena makan ubat dua kali setiap hari, mungkin boleh ambil ubat pada pukul 11 pagi dan 11 malam kerana kedua-dua waktu ni tak ganggu time makan. Bila bulan puasa pula, ada kawan-kawan saya yang terus tukar waktu makan ubat ke waktu selepas sahur dan slps berbuka. Tapi, sebelum tukar, diorang dapatkan nasihat doktor dulu. Ada jugak kes yang doktor tak bagi puasa untuk first few years, so diorang tak puasa dan sekadar bayar fidyah jer...

2) Waktu ubat boleh ditukar. Tapi, lepas tu kena maintain dan elakkan kerap sangat bertukar waktu pengambilan ubat HAART dalam masa terdekat. Ini menurut pengalaman kawan-kawan saya.

3) Saya sendiri tak pernah makan HAART time tengah dinner sebab takut termuntah. Lain orang, lain ketahanan badan. Tapi, kakau sekali sekala dan rasa tak ada apa-apa efect, boleh jer...



 

Monday, 24 December 2018

Pengakhiran

Ketika entry ni ditulis, aku masih terkesan dengan kisah tragis kematian seorang anggota Bomba; Muhammad Adib B Mohd Kassim yang menjadi isu hangat negara baru-baru ini.

Walaupun jasad arwah sudah seminggu disemadikan, aku masih tak boleh nak move on dengan kisah-kisah arwah yang viral kat social media. Semuanya kisah yang baik-baik belaka.

Tak dinafikan bahawa ada jugak komen-komen kecaman berbaur politk dan perkauman yang digembar-gemburkan oleh warga-net, tapi entry aku ni bukan untuk bincangkan hal-hal macam tu...sebab aku sendiri tak suka nak kecam orang 24 jam.

Apa yang aku nak ceritakan kali ni adalah tentang betapa aku kagum dengan kisah-kisah our fallen heroes yang banyak ditularkan..be it arwah Adib, uniformed personnel, or even those yang tak ada apa-apa pangkat pun.

Honestly speaking, aku ni jenis sensitif and emotional sikit kalau aku dapat tahu hal-hal kesusahan/bencana/perkara buruk menimpa siapa-siapa je.

Aku ingat lagi masa mula-mula diagnosed tahun 2014 dulu, negara kita dikejutkan dengan tragedi MH370 dan MH17. Masa tu, aku jadi sedih sampai tak lekang tengok semua berita-berita yang berkaitan. Sedihnya terasa macam aku ni salah seorang anggota famili mangsa..huhu😒. Siaran langsung mayat-mayat/jenazah-jenazah mangsa MH17 pun aku tengok dari mula sampai habis...huhu...

Lepas kejadian tu, aku pun terkesan dengan kisah kematian arwah Ammar; kisah seorang pemuda biasa yang belajar kat Turki meninggal dunia kena langgar dengan ambulans. Sehinggakan aku baca sebuah buku yang ditulis oleh famili/kawan rapat arwah Ammar untuk tahu apa kisah istimewa arwah Ammar tu. By the way, ada jugak orang pernah kata aku mirip arwah...hahaha...πŸ˜‚...how I wish laaa..hmmm

Banyak lagi kisah-kisah macam ni yang menyentuh hati aku. Tak tahulah you guys macam mana kan..cuma aku tak mampu nak share semua.

Antaranya, kisah pelajar-pelajar kecil Ma'had Tahfiz yang terbakar tu. Kesian aku tengok video kebakaran tu...seriously aku tak sanggup nk tengok ulang kali...aku seolah-olah dapat rasa panas api tu...huhu πŸ˜“.. Paling sebaknya, bila tengok pembaca berita TV3 duk tahan nangis bacakan nota dari salah seorang mangsa untuk ibunya...dan kagumnya rasa bila aku melalui tanah perkuburan diorang masa hari pengebumian. Seronoknya aku tengok...terlalu ramai yang tolong kebumikan dan doakan diorang...huhu...

Untuk tahun 2018 ni pulak, banyak kisah tragis yang menimpa anggota Bomba dan Penyelamat. Apatah lagi aku memang sangat kagum dengan kerja-kerja dan jasa anggota beruniform ni...dah la diorang ni smart, segak-segak pulak tu...haha ..ehh😜... 

So, kisah 6 orang sepasukan Bomba (penyelamat dalam air) sangat menyentuh hati aku..huhu..πŸ˜ͺ...sebabnya, aku memang minat swimming dan ada cita-cita nak ambik lesen scuba diving. Dah pernah register kelas, tapi asyik tertangguh sebab memikirkan bajet & cuti..hmm. Oleh sebab aku macam ter-emo pasal kisah tragis 6 sepasukan ini dan movie PASKAL baru keluar wayang time tu, aku pun sangguplah spend masa untuk tengok movie ni di tengah-tengah kesesakan dalam wayang. Biasanya, aku tak suka sangat tengok wayang (in fact, itulah 1st movie Malaysia dan 1st movie aku tengok wayang dalam tahun ni. haha..so lame!!.huhu), tapi disebabkan aku terbaca komen-komen warga-net: "Jom tengok PASKAL tanda solidarity terhadap anggota beruniform," semangat aku berkobar-kobar pulak..haha

Kebetulan, aku kenal seorang penyelam scuba Bomba dari Pantai Timur. Nama dia Abe Q. Kitorang tak pernah jumpa pun, tapi kitorang kenal lama sejak sebelum 2014 lagi. Masa kejadian tu berlaku, aku terus teringat dia and mesej dia tanya khabar..siap ucapkan 'Terima Kasih' sebab merisikokan nyawa untuk kita semua..haha. Tapi, aku tahu, dia jenis tak suka reply chat sangat. Kadang-kadang tu aku like & komen pic-pic dia pun dia tak reply. Maybe sebab dia busy kot πŸ˜₯. Kalau reply mesej pun, dia akan reply sepatah-sepatah jer..hahaha. Dia jenis introvert sejak dulu lagi..tu yang buat seksi tu..eh..haha..πŸ˜›... Cumanya, kadang-kadang ada jugak la terasa bila dia macam tak berapa friendly dengan aku tu..takut-takut aku ada buat salah kat dia. To Abe Q, saya mintak maaf ye kalau ada tersalah kata or terguris hati...hmm...πŸ˜–.

And lately, kisah tragis arwah Adib memang membuat aku down. Tiba-tiba je boleh berkaca mata aku bila baca kisah-kisah arwah. Paling buat aku tersentuh adalah post-post kawan baik arwah yang letak pic-pic and video arwah sambut hari jadi. Oh my, sweet sangat with his kind face....😭😭...kenapalah ada orang sanggup buat onar macam tu?haih...sepanjang aku join mana-mana rally pun, aku tak pernah nak berkasar dengan siapa-siapa. Aku dan kawan-kawan aku siap boleh bertegur-sapa dengan anggota keselamatan sambil menjerit: "Terima Kasih Tuan!! sebab jaga jalan,"...hmm...

Apa-apa pun, life must go on kan. I know eventually, kisah-kisah ini akan slowly cool off. Tapi, apa yang akan aku ingat adalah: macam mana mereka ini yang sekadar rakyat marhaen tidak dikenali semasa hayat mereka, dijulang tinggi semasa pemergian mereka. Most of them share the same common; menghormati famili, membahagiakan kawan-kawan, ceria dan berwajah polos/suci, ikhlas dalam perbuatan dan macam-macam lagi...

Sungguh, aku iri hati dengan mereka; yang berakhir dalam keadaan selangkah ke husnul khatimah. Entah apa pulak 'pengakhiran' aku nanti kat dunia ni πŸ˜”. Tak ada apa dalam diri aku ni dapat dibanggakan dan dikongsi. Hot pun tidak, famous pun tidak, baik pun tidak...hmm...; kalaulah semua orang tahu tentang status aku, mesti satu dunia akan buang aku. Entah akan ada atau tidak kawa-kawan yang akan jenguk dan mendoakan aku nanti. Since I don't have wife or kids, will there be anyone who then tell good stories/things about me (if any)..huhu..😒? Will I be a burden to my parents after I left one day?...haih..😣.. 

Dulu masa zaman aku asyik kena buli kat sekolah, aku pernah berangan ditimpakan penyakit yang akhirnya diketahui semua orang sehinggakan those bulliers menyesal and stop buli aku lagi. Tak sangka Allah makbulkan angan-angan aku tu, cumanya apa yang aku hidap ni adalah something yang taboo dan tak mampu aku kongsikan kepada dunia 😭. 

Sesungguhnya, aku seorang insan yang lemah. Tetap berbuat dosa walau beribu sesalan aku nyatakan. Hanya mampu berharap agar aku nanti 'pergi' dalam keadaan yang baik walaupun tiada sesiapa yang akan mengiringi pemergianku nanti....😒

P/S: Inilah pengakhiran entry untuk 2018. Selamat Tahun Baharu semua!!! Semoga kita semua diberkati Allah..amin


Thursday, 18 October 2018

Tentang Mereka (8); Isteri Kecewa, Suami Homoseksual/Pedofilia

Assalamualaikum,
Emel kali ni adalah daripada seorang pembaca wanita yang sudah berumah tangga. Jujur aku cakap yang aku a bit terkejut bila dapat emel macam ini...yelah, sebab biasanya cuma reader lelaki (plu) je yang selalu emel dan komen.

Anyway, terima kasih kerana sudi membaca blog macam ni..mungkin ada di kalangan wanita yang tak berapa selesa untuk tahu tentang life plu but some of them really try their best to understand people like us...

Emel pembaca:- 


Salam Encik, nama saya Elly. Saya dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.
Selepas 6 tahun berkahwin, saya dapat tahu yang suami saya sukakan lelaki. Sedih-luluh hati saya.

Tapi suami saya tidak mengaku. Saya tak tahu sejauh mana perhubungan songsang dia kat belakang saya selama ni. Saya jugak perasan yang dia selalu batuk berpanjangan, demam, sakit badan, sakit kepala dan kadan-kadang cirit-birit. Macam-macam yang ada dalam fikiran saya sekarang ni. Sedih memang tak boleh nak digambarkan 😭.

Kalau mengikut pendapat peribadi Encik sendiri, adakah nafsu songsang sangat susah nak diubah? Saya rasa susah nak teruskan hidup degan dia lagi. Lebih mengejutkan, dia suka menjalin hubungan dengan budak sekolah. Duit dia banyak berhabis untuk budak-budak sekolah yang jadi pilihan dia.

Dia juga pernah bawak budak sekolah balik ke rumah bila saya pergi kerja. Saya dapat tahu hal tu bila nampak 1 pic dia berpelukan degan budak tu dalam rumah. Kemudiannya saya pergi cari budak tu dan tanya dengan ugutan akan lapor perkara ni. Budak tu  akhirnya mengaku.

Entah apa lagi suami saya buat kat belakang saya yang saya tak tahu selama ni. Mana-mana isteri pun akan kecewa!! Saya dah buat keputusan muktamad. Saya ada kerjaya dan rumah yang kami tinggal tu adalah rumah saya Sampai bila hati saya nak tersiksa?!!! 😭.

Bila saya tengok aplikasi gay, baru saya tahu betapa ramai golongan ini di sekeliling kita. Semoga semua kembali ke pangkal jalan..InsyaAllah. Kepada gay di luar sana, janganlah kahwin sekadar mahu tutup pandangan masyarakat dengan perbuatan tu sebab yang akan merana nanti isteri anda sendiri. Saya pun rasa yang suami saya berkahwin atas desakan keluarga. Perkenalan kami singkat sebelum ambil keputusan untuk berkahwin. Saya tidak betul-betul kenal dia sebelum kahwin. Entah berapa ramai budak yang dia dah rosakkan. Saya yakin ramai lagi para isteri di luar sana yang senasib dengan saya. Hanya kami yang memahami bila berkahwin dengan LGBT serta tidak pernah rasa dilayan seperti seorang isteri. Saya anggap ini ujian dan dugaan daripadaNya untuk saya tempuh dan mengajar saya untuk jadi lebih kuat. Ada hikmah di sebalik semua kejadian. Doakan apa-apa keputusan saya nanti. Akan ada jalan sinar kebahgiaan untuk saya yang menanti.


Emel balasan:-


Wassalam...Saya tak sure how to react sebab saya sangat jarang dapat emel dari pembaca wanita.
Apa yang saya boleh nasihatkan, puan pergi la buat cek kesihatan untuk diri puan dulu..utamakn kesihatan puan dulu..huhu..

Berkenaan dengan naluri suami puan yang suka lelaki tu, mungkin puan perlu bertanya pada waktu yang sesuai dan kena pada caranya. Mungkin dengan cara tu, barulah dia akan lembut hati untuk mengaku. Saya tau, sangat susah. Saya sendiri pun tak suka famili saya tau. Cuma, puan kena sangat ready untuk apa-apa juga kemungkinan yang suami puan akan ceritakan. Doa banyak-banyak mintak lembut hati puan dan suami...insyaAllah akan dapat kekuatan nanti..amin..

Pada pandangan peribadi saya, memang susah nak ubah. Mungkin tak boleh ubah pun, tapi boleh kurangkan.

Untuk pengetahuan puan, di kalangan komuniti kami pun tak suka kalau ada gay yang buat hubungan dengan budak skolah/bawah umur. Bagi kami, itu akan merosakkan masa depan budak tu. Tak semua gay hanya tahu memuaskn nafsu je. Dalam kaca mata kami pun ada istilah 'cabul / rogol / rogol bawah umur / pedofelia / curang dan sebagainya'. Amat bahaya kalau suami puan terus ganggu budak bawah umur macam tu..huhu.

Saya mungkin tak tahu cerita sebenar, tapi cara puan ugut budak sekolah tu maybe tak kena pada caranya sebab dia budak lagi. Sepatutnya, puan confront terus dan tegur suami puan instead of the school boy...

Saya faham tentang perasaan puan yang kecewa dan marah tu. Malah, banyak kes-kes mcm ni yang pernah saya dengar. Itu adalah pilihan puan sama ada untuk berpisah atau teruskan. Tapi saya cadangkan puan rujuk ke pejabat agama dulu; hadiri sesi kaunseling dengan suami. Kalau puan tetap rasa tak bahagia dan seperti tiada penyelesaian, terserah pada puan untuk next step.
Ingin sangat saya tegaskan: betapa ramai gay (termsuk saya) yang saaangat takut perkara macam ni tejadi..huhu. Sebab itulah kami rela membujang sampai ke tua. Tapi  masyarakat tak faham. Malah bersangka buruk terhadap kami.

Mungkin pada awalnya, suami puan ada niat nak berubah masa kahwin dengan puan dulu. Kita pun tak tahu apa dalam hati dan fikiran dia.

Bila puan kata: "Kepada gay di luar sana, janganlah kahwin sekadar mahu tutup pandangan masyarakat dengan perbuatan tu..", memang nampak mudah. Tapi, pernah tak puan terfikir yang mungkin ada di kalangan gay yang stress bila asyik didesak berkahwin oleh famili? Oleh sebab itu, diorang ambik jalan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Jadi, saya rasa tak adil untuk generalise kan kepada semua gay.

Dalam masa yang sama, saya amat faham kesengsaraan dan kekecewaan puan bila puan kata: "...sebab yang akan merana nanti isteri anda sendiri.."

Apa-apa pun saya harap puan dapat tekadkan hati untuk buat keputusan yang terbaik. Apa-apa keputusan puan adalah hak puan dan seharusnya tiada siapa patut judge your own decision selagi mana puan sendiri tak judge siapa-siapa dalam hal ini. InsyaAllah, saya doakan puan akan lebih bahagia nanti...

Kalau puan rasa puan sudah banyak berkorban, percayalah..betapa ramai mangsa keadaan sama ada lesbian/gay/bisex/tramsgander/quere yang turut membuat pengorbanan...

P/S: perkongsian di atas telah diedit untuk mengelakkan apa-apa sensitiviti tercetus..

Nah...dengar lagu ni pulak..haha...πŸ˜‚




Tuesday, 11 September 2018

Sekadar Perasaan dan Tanggapan

Assalaualaikum guys...Apa khabar korang?haha...Lama tak update blog ni..biasalah, blogger-blogger makin pupus...kikiki πŸ˜‚

Kali ni, aku ingat nak share banyak perkara benda dalam satu entry. Mungkin tak ada plot cerita yang spesifik but tengoklah macam mana hasilnya nanti..haha...
 
FIRST thing, aku just nak recordkan hari lahir aku yang jatuh bulan Ogos 2018. Maka genaplah umur aku start masuk 3 series...hmm, scary wei rasa. Rasa tua dan tak akan muda dah..huhu πŸ˜“.

As usual, aku tak dapat apa-apa hadiah pun..memang susah sangat aku nak dapat hadiah or even birthday card...haha..maybe sebab aku pun dah tak heboh and celeberate others' birthdays. But as usual, family aku la yang akan wish and spend masa pergi makan.

Cuma kali ni, I'm not looking forward for my birthday dah..kalau dulu, duk tunggu-tunggu siapalah yang akan ingat..hahaha..macam budak-budak perangai.

But, ada la aku duk tertunggu someone wish for my birthday as I did to that someone by sending birthday card. Time raya pun aku kirim kad raya kat dia sejak kenal dua-tiga tahun lepas. Tak tahulah dia perasan ke tak..huhu...

SECONDLY, aku nak cerita lebih specific pasal that someone. Lets call him Mike ok?hahaha πŸ˜…...Mike ni aku tak pernah jumpa pun...sekadar kenal kat alam maya dan pernah la ber voice and video call 2-3 kali...dan dia dah berkahwin with a kid...

Masa mula-mula kenal dulu dia belum ada anak dan pernah lah dia share yang dia risau tak dapat anak lagi...at first, aku tak cerita pasal status aku ni pun...but later on, dia yang share something about his sickness. Aku tak tahu apa nama penyakit dia betul-betul but it's related to usus...Only then, aku pulak cerita pasal status aku and he's ok to be friends. Yeah, cliche punya remarks kan..hahaha

Cut short the story, aku mula selesa and suka chat dengan dia. Tak ada benda aku nak sorokkan dari dia...dia mintak tolong pun, aku sanggup even though masa mula-mula tu a bit reluctant...yela, tak pernah jumpa dia kan, takut jugak....tapi ok je dia ni..bukan kaki kencing or penipu la (at least as of now la..kikiki)..

Ironinya, bila masing-masing rasa selesa berchatting and sharing things, mula dah rasa friend-zone antara kitorang. Dia start cerita pasal chatters baru yang dia taste..haha...aku layan je cerita dia sambil pura-pura macam tak kisah..pada hal, dalam hati ni, fuhhhh....then, aku pun cerita pasal siapa-siapa yang aku kenal as if macam aku ni tak kisah langsung pasal zpersonal life dia...hmm...Mike tak perasan pun benda ni, lagipun aku sedar diri aku tak sehebat orang-orang yang dia cerita tu..haha..

One day, dia cakap dia suka kat someone which happen to be one of my friends jugak..nama dia K. Aku pernah jumpa lepak minum dengan K ni..Mike tau pasal ni..tak sangka pulak Mike boleh suka dengan K. So, even before they met each other, Mike pun ada bercerita pasal K; how they always contacting each other every day, getting package from K and so on.

As a 'friend', mesti lah aku support je dorang...takkan aku nak tikam belakang? Plus, I know them both. Cuma, aku kena kental la, duk tahan jealousy gitewww πŸ˜‚ ...Tak apa lah, as long as I still befriend with Mike is more than enough..

Now, they no longer closed like before due to some reasons. By the the time Mike share pasal tu, aku dah lama buang my feelings, even when the friend-zone kicks in...Tapi, tak tahulah, aku still ada rasa jealous kalau dia share pasal siapa-siapa yang dia berchat selalu..hmm..πŸ˜–..I hate this feeling as much as I like him..huhu...

Oh ya, dia tau pasal blog ni dan pernah bergurau suruh aku cerita pasal dia..hahaha...tak tahulah nanti dia baca ke tak..so, inilah cerita pasal dia...
 
Aku suka dia lama dah tapi aku tak mampu untuk tunggu dia suka aku sebab aku kena move on teruskan hidup as my feelings are no longer important as my life; herein and hereafter. I wish you have the same feelings like mine..hmm

*While MOVING ON is the best cure, TIME is of no longer the essence 😒πŸ˜₯😭

THIRDLY, cuma nak share pasal kejadian lesbian yang disebat baru-baru ini kat Mahkamah Syariah kat Terengganu. Macam-macam komen dan tanggapan yang yang dilontarkan tanpa ambil kira whole / bigger picture of the event.

Actually, hukuman untuk pesalah Jenayah Syariah kat Malaysia ini, dah lama dah ada...dan pernah dibuat even before. Cuma ada segelintir orang yang tak berapa nak faham tu cuba jadikan hal ini sentimen politik. Mula la puak-puak ni claim yang diorang adalah pejuang sejati agama Islam..hmm..patehtic.

Tak ketinggalan yang bagi komen is mak aku. Secara spontan, dia terkomen: "Dah tua-tua pun masih nak buat benda tak senonoh,"..hmm..

Terus aku pun terfikir, apalah agaknya pandangan dia kat aku kan?? Dia dah tau about my conditions and my stories being plu ni..tapi sadly, apa yang aku nampak, dia tak cuba nak faham tentang plu and plhiv lives ni...apa yang dia tau adalah menangis tiap kali lepas Subuh. Mungkin mendoakan aku 'berubah jadi straight' kot....

Itu yang kadang-kadang buat aku jadi tak syok / menyampah.... "Siapa la suruh pergi selidik hal aku senyap-senyap, kan dah kena," haihhhhh....

Pernah satu kejadian berlaku bila adik aku yang bekerja sebagai nurse kat private hospital bagi pandangan tentang 'how HIV spreads' kat mak aku...adik aku cakap yang HIV boleh merebak through perkongsian makanan/minuman and peralatan....what the heckkkkkkkk..aku terus melenting and explain kat mak aku yang benda tu semua mengarut....apa punya bangang la jawapan adik aku tuh...haih....Senang kata, aku sedikit terasa dengan banyak orang lately..including with my mum and family..

Oh ye, tentang kes sebatan tu boleh baca kat link tentang beberapa persoalan dan fakta yang orang ramai mungkin tak tahu lagi. Dalam link ni juga boleh tengok video cara sebatan yang pernah dibuat di Mahkamah Syariah lain:-

https://ttkm.com.my/2018/09/04/ini-kisah-sebenar-kes-lesbian-disebat-di-terangganu-yang-ramai-tidak-tahu/amp/

Ketika kisah ini ditularkan sampai menjadi bualan dan hinaan orang yang tidak bertanggungjawab, betapa ramai yang terlupa atau tidak mahu tahu tentang Kisah seorang Sahabat Nabi bernama An-Nua'yman Ibn 'Amr Al-Ansary.

Beliau pernah menjadi pemabuk semasa zaman Rasulullah S.A.W. Beliau telah ditangkap dan Nabi telah mengarahkannya dipukul.

Beliau juga telah ditangkap kali kedua dan kemudian dipukul lagi.

Apabila beliau tidak berhenti minum, Rasulullah akhirnya bersabda kepada para sahabat yang lain: "Jika dia kembali (meminum arak lagi) maka bunuhlah dia."

Pengumuman ini tersebar luas dan Umayr, salah seorang sahabat Nabi, menjadi terlalu marah sehingga berkata: "La'natullahi 'alayhi - Semoga Allah melaknatinya (An-Nuaiman".

Rasulullah yang mendengar kata-kata Umayr itu lantas bersabda, "Jangan, jangan, jangan melakukan (mencerca seperti itu). Sesungguhnya dia (An-Nu'ayman) seorang yang mencintai Allah dan Rasul-
Nya."


Bagi aku, hukuman ini tak salah..cuma tak perlu la nak viralkan suruh orang ramai datang tengok siapa pelakunya, apa kaesalahannya etc. sebab itu bukan syarat untuk menjatuhkan hukuman..dan amat tidak adil bila hukuman sebat yang lain tidak pulak diviralakn sampai macam tu sekali....

Sama-sama kita renungkan.....






Monday, 23 April 2018

...Pernah...

Assalamualaikum,

Apa khabar sekalian blogger dan reader?hehe...rasanya ni first entry untuk tahun 2018 ni..lepas ni tak tau la bila lagi nak update...hahahaha...

Kali ni aku nak share sudut pandang my story tentang perkara-perkara yang 'pernah' aku hajatkan dan 'pernah' berlaku dalam hidup aku...and again, the stories here are compiled according to what I can remember dan terlintas untuk diceritakan...mungkin sebab aku tak mahu kisah-kisah ni hilang dari ingatan aku, jadi aku sumbat je la dalam blog ni..hahahaha

Pernah Berkenalan

a) Untuk kisah ni, berkenaan dengan aku pernah berkenalan dengan few nice people in plu world..memang banyak yang nice and made me turn on...hahaha..

But specifically, aku nak citer balik pasal someone yang aku pernah share as 'A'....last  January, dah dekat tiga tahun kitorang kenal.

Last few weeks he contacted me and we updated few things about ourselves...he (as usual) sangat charming bila bercakap over the phone..haha...

Cuma malangnya, kitorang tak pernah jumpa walaupun tempat kerja kitorang tak jauh mana pun...tak tahulah...mungkin belum rezeki nak berjumpa...honestly speaking, aku pernah suka dia ..but sekarang ni lebih selesa jadi kawan...boleh share macam-macam jugak kan..hehe

One main thing yang aku tak boleh lupa pasal dia is that, dia ada jiwa patriotik yang tinggi..haha...contohnya: dia akan isi minyak petrol kat Petronas...dan sangat memuji airport Malaysia...haa, ni yang buat aku teringat kat dia setiap kali aku fly from or to KLIA2....sebab dia lah duk promote how amazing the airport is...hahaha...ok, not bad la KLIA2 kan...parking senang..haha

b) Aku pernah kenal dengan someone kat salah satu negeri selatan...it was last year, during my outstation...

Honestly speaking, aku memang selesa kenal dia...jenis cool, smart, kemas..wangi pulak tu..hahaha...cuma aku perasan yang dia tak cari lebih...sekadar nk berkawan je..sebab dia bukan plu 100% pun...he is bi...

Then, lately, aku jumpa dia lagi...siap bawak baju as birthday present dia..haha..dia ambik baju tu but tak cakap "thanks" pun...then aku dapat tahu rupa-rupanya ada lagi baju baru yang orang lain bagi..huhu...noob gila aku rasa...hot stuff rupanya dia tu..hmm....tak apa lah, nak buat macam mana... πŸ˜” ...lagipun, slowly aku dah cuba ignore any feeling yang tak pernah bagi manfaat aku ni..huhu....be friend is better kot...

c) Oh ya,sebelum terlupa, aku pun nak mention yang aku pernah kenal ramai plu..ada la jugak yang aku taste..tapi as you all know, orang yang kita suka, tak selalunya akan suka kita balik kan?

So, I would rather be silent dari duk merapu yang bukan-bukan dekat that person..takut dowh kalau kena buang..hahaha....At least, by being silent, aku still boleh berkawan kan?

Pernah Mencuba

Masa zaman aku study U dulu (sblm aku kenal dunia plu and sebelum aku diagnosed), aku pernah nak try rapat deagan kawan-kawan perempuan yang aku selesa berbual/lepak. Cuma perasaan tu sekadar 'kawan rapat' jadi, aku tak berani unttk ke next stage..

Mungkin sebab aku rasa low self esteem (memandangkan aku ni tak se-hot jejaka-jejaka pilihan wanita di U)..haha..dan ditambah deagan perasaan plu yang ada dalam diri sejak kecil..hmm.. Lagipun, aku memag tak pandai nak bersweet-sweet dengan perempuan..huhu..

End up, kawan-kawan aku tu selamat berkahwin dengan orang lain. Besides, I don't think I'm capable of making them 'happy'..so aku biarkan perasaan yang secebis tu berlalu macam tu je..

Sejak pengalaman-pengalaman tu, aku avoid untuk fikir tentang hubungan denagn perempuan. Aku takut sangat kalau ada perempuan yang akan tersiksa bila hidup dengan aku suatu hari nanti..

Then, suddenly I was diagnosed dan disahkan poz.. Of course  at early stage, aku rasa macam ada beban berat yang aku pikul..and I realised I was alone at that time (and still I am..πŸ˜‚).. But aku rasa relief sebab no one hurts because of me being plu and poz..

These things make me more independent dan aku dah tak rasa nak fikir lebih-lebih pasal marriage.. Even sekarang ada yang duk tanya-tanya my availibility and ada yang duk kenen-kenen, tapi aku avoid that kind of topic because I know, I'm not the right choice for ladies..😧😒..

One more thing, aku pun dah start avoid datang kenduri kahwin kawan-kawan aku sebab dah terasa asing bila lepak dengan diorang..maklumlah, diorang dah ada anak...haha... 'Sesi gathering lama-lama jadi sesi parenting'..huhu..

Pernah Berangan

Haa, yang ni, mesti korang pun pernah kan? hahaha... As for me, aku pernah berangan macam-macam especially masa kecil..contohnya: aku pernah berangan nak ada anak lelaki, nak jadi kaya, hidup berdikari etc..

Then, aku pernah berangan to be loved by someone unexpectedly (macam cerita-cerita drama melayu tu...hahahhaa)....cumanya, by a guy la...huhuhu... Imagining that a person is crazy about me and willing to do stupid things just to get to know me.. But again, it was just a dream (or perhaps a day dreaming..huhu..)

Hakikatnya non of the above is happening especially part 'to be loved..' tu....and as I mentioned earlier, my feeling is fading..maybe sebab faktor usia kot.... I just wish that I am strong enough to live alone bila dah tua nanti...hmm...

Pernah Minat

a) Then, aku nak share yang aku pernah dan masih minat big bike and off course la the biker yang macho-macho tu..hahaha....bermula dengan angan-angan nak someone yang agresif/macho untuk bawak aku ride..tapi tak pernah dapat pun..hahaha..sampai la gigih aku belajar bawak motor clutch untuk jadi someone yang maybe dianggap macho..Alhamdulillah, aku ada la sebijik motor 200cc. Ok la tu, daripada tak ada kan...and again, tak ada siapa anggap aku macho pun with bike seperti aku pandang biker lain...haih...sendu je rasa...huhu..

Trust me, kalau rasa nak maintainance senang, big bike is not a good choice...sebab aku pernah few times terpaksa tolak motor sebab problem yang patty-patty..maybe sebab kurang kualiti kot..huhu...mula la berangan nak tukar motor lain pulak ni..haih...duit-oh-duit...

b) Aku pun minat kat uniform and those yang kerja dalam bidang ni..hahaha...korang pun sama kan...jangn tipu..kikiki πŸ˜‚...tapi, aku tak mampu nak tawan hati sang uniform seperti mana a unifrom guy tawan hati aku...ececece...hahaha...

Kadang-kadang tu tak berkelip mata duk tengok anggota-anggota uniform kat mana-mana...fuhhh...gigit jari jela mampu....apa ek perasannya bila ada yang berkapel dengan uniform guy ni? πŸ˜…  ...teringin jugak melepak deting sambil anggota-anggota ni pakai uniform lengkap...hahahahha..ok...tak mahu cerita panjang, sebab boleh buat malu jer...hahahah...

Pernah Berasa

As a human being, mesti kita akan ada macam-macam feelings kan? So, same with me, aku perasan yang aku ni cepat hot..cepat cool...

Contohnya: aku selalu cepat rasa nak marah kat orang..tapi aku ni jenis pendam lama..sampai satu masa aku luahkan dalam keadaan marah...but then, aku boleh cepat cool balik and move on...tak tahu lah kalau ini something yang positif, tapi aku kurang selesa...especially kalau aku ter marah family members and kawan-kawan...

Cuma, aku nak letakkan exception yang aku bukan jenis mudah marah kat orang yang aku tak rapat and tak kenal...Contohnya: aku takkan mudah marah secara tiba-tiba kat kawan-kawan alam maya yang aku tak pernah jumpa atas alasan remeh-temeh (tak balas mesej la...tak angkat call la...etc..)

On the other hand, aku cepat sensitif and down kalau tengok orang lain happy..I would feel as if I don't deserve to be happy or be part of happy people..ha..macam tu lah...

Dan aku pernah jugak terasa hati even dengan my own family...terasa hati sebab aku selalu diasuh by my parents untuk berusaha sendiri kalau nakkan sesuatu...tapi, bila tengok adik aku dapat something yang 'diberi' oleh parents, aku mula la terasa...or maybe it is a jealousy...hahaha...anyhow, aku tahu, I am better..huhu.... 


Sebelum aku habiskan celoteh, aku nak share cerita aku pergi follow up hospital recently. Alhamdulillah, result aku maintain stabil...then, nurse yang in charge tu tanya aku: tak terfikir nak kahwin ke? Awak dah sangat-sangat stabil sekarang...aku terus cover-cover cakap: Tak apalah, nanti susah orang nak faham hal ni...lagi payah..hahaha...nurse tu sempat tanya whether I have bf ke tak...fuh....these 2 things make me feel something deep...macam nak nangis rasa...hahahahhaa...end up, pujuk hati dan bisik: tak apalah, bukan bahagian aku.. πŸ˜…...

Oh ya, awal bulan April was my anniversary being diagnosed...Alhamdulillah..4 tahun berlalu....6 years to go according to doctor when I was firstly diagnosed...insyaAllah, diharap tiada apa-apa masalah pelik-pelik berlaku lepas ni even after the 1st ten years nanti...amin..hmm..

P/S: kalau ada siapa-siapa nak dengar aku melalak lagi, korang visit la youtube aku...link nya ada kat previous entry...sedekah la view sikit kat video-video aku tu...kikiki...

Ok guys, semoga berjumpa lagi..tak tahu lah bila..huhuhu..wassalam





Thursday, 30 November 2017

Tentang Mereka (7); Insecure

Emel reader:-

...Terima kasih bro sudi balas.. begini ceritanya:

Aku dan abang aku ni kenal dah dekat setahun kat negeri Pantai Timur...then sekarang ini aku duduk dengn dia sebab kitorang kerja di tempat yang sama.

Awal perkenalan, aku memang ada syak something wrong with him tapi untuk jaga relationship, aku think positive je la kan.

Selepas beberapa bulan, baru dia mengaku yang dia HIV positif..tapi time tu, dia tak ambil (ubat)  HAART lagi..Time tu aku dah dalam dilema sebab aku still ok dengan dia, tapi dalam masa yang sama aku takut..

Lepas dia open up tu, aku still treat dia mcm biasa. Aku try memahami dia..kadang-kadang aku temankan dia pergi (apointment doktor) and aku pun buat check up sekali (selama 2 tahun aku dlm dunia plu ni mmg aku rajin check up)..

Sekarang ini dah 3 bulan dia ambil (ubat) HAART atas saranan doktor walaupun paras CD4 dia masih ok. Tugas aku pulak adalah ingatkan dia untuk take medicine tu daily.

Hidup kitorang sekarang banyak dah berubah; no heavy sex. Dia selalu larang aku sentuh dia or any body contact sedangkan tak ada apa-apa risiko pun kalau body contact (aku dah buat research pasal gaya hidup dengan orang yg menghidap HIV ni).. Aku jadi keliru and makin lama dia selalu down..

Buat pengetahuan bro, aku ni tak ada family atas sebab sah taraf diragui. Abang aku pulak memang tak rapat dgn family. Positive attitude dia yang ada sekarang adalah dia tengah belajar untuk berubah jadi hamba Allah yang baik dan aku sendiri try berubah sementara aku still mentah dalam dunia ni..


Emel balasan:-

Alhamdulillah, dia dh start HAART dan aku assume bro negative kan?

For a brief introduction, CD4 ni salah satu measurement sel darah putih yg berkaitan dengan sistem daya tahan badan untuk melawan penyakit-penyakit seperti demam, selesema..etc. HIV akan makan CD4 dalam badan..
CD4 orang yang tak ada HIV is between 500-1000 dan kalau CD4 below 300 tu, dah hampir kepada AIDS... So, to avoid HIV tu bunuh CD4 lagi banyak, maka kena makan HAART supaya HIV tu 'tidur dan tak aktif'.... Boleh try google 'CD4' utk info detail..

Ubat HAART tu pulak ada side effects: it's either short term side effects or long term side effects. 
  • Contoh-contoh short term side effects: ruam, muntah, pening..etc
  • Contoh-contoh long term side effects: kidney failure, liver failure, reduce bone density..etc..
Ada sesetengah ubat yang boleh menyebabkan rasa depress dan down..bergantung pada jenis ubat yang diambil..

Back to your concern on 'abang bro tu semakin down', mungkin sebab dia rasa insecure; walaupun dia tau yg HIV tak jangkit kat orang lain through normal sentuhan, share makanan..etc.. Mungkin dia rasea rendah diri bila ada orang yang non-HIV sayang kat dia....mungkin sebab rasa sayang dia kat bro menyebabkan dia jadi protective and tak nak bro terkena HIV macam dia... These reflect his insecurity. Plus, dia makan ubat yang mungkin menyebabkan diri dia rasa down (walaupun sikit)..

In my situation: aku tahu side effect ubat yang aku ambik dari segi emosi and rasa down; aku jadi lebih mudah emotional (sedih, down and marah) especially within few hours makan ubat aku tu. Tapi, aku try kawal those feelings dengan buat macam-macam perkara. Contoh: lepas makan ubat, aku tidur...bila down rasa sunyi, aku offline social media (sebab kadang-kadang rasa down bila tengok orang lain happy dengan kawan-kawan dan rasa demoral bila kawan-kawan internet komen negatif kat post-post or aktiviti yang aku share kan)...time weekend, aku cari duit lebih and do some outdoor exercises..paling penting adlh: jangn tinggal solat. Walaupun rasa nak marah dengan takdir, tetap kena sembah Tuhan, mintak ampun..

Mungkin cara aku control those feelings tak boleh ditiru sebijik-sebijik..but abang bro kena start somewhere...setiap orang ada cabaran hidup masing-masing..

Dan untuk bro, memang kena support dia walaupun dia refuse...maybe boleh ajak makan angin ke, berkelah ke..hug dia sebagai tanda bro memang support dia sangat..

Semua orang tak suka jadi plu.. Sepanjang observation aku, ada banyak jenis plu..antaranya: 
  1. Naluri plu dah ada sejak kecik..mungkin disebabkan faktor membesar..
  2. Orang straight yang nak cuba-cuba or dipengaruhi orang lain..
Aku dalam kategori (1), susah sikit untuk orang macam aku ni buang terus naluri plu. Tapi, at least boleh try kurangkan aktiviti 'tak sihat' tu..hmmm. Cumanya, once kitorang kurangkn aktiviti 'itu', kitorang tak ada cara lain dah untuk release kan desire tu. Unlike straight guys, diorang boleh kahwin kann..so, memang chalenging la..huhu..😒

Aku ambik pendirian: tak salah untuk caring and support each other..tapi try elakkan heavy sex..hmm..dan paling penting: jangan tinggal solat and ibadah lain..
Aku sendiri tak ada pengalaman ber couple or abg-adik angkat macam bro...jadi aku tak pandai nak ulas panjang...haha...πŸ˜…
*Content soal jawab kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti.

P/S: My insecure feeling sometimes comes when people treat me differently in a negative way...aku akan terasa bila sorang kawan tak dapat luangkan masa dengan aku sedangkan dia boleh keluar hang out with my other friends tanpa alasan yang logik...dan dalam gejala media sosial sekarang, aku ada jugak terasa kat kawan-kawan internet yang tak pernah komen or like my stories/posts sedangkan dia boleh komen or like stories/posts of my other friends...rasa macam diri aku ni tak cukup bagus dibuat kawan even just to receive a simple like/komen...dont't worry, I m not blaming others...but I will just keep silence and disappear one day..😒

Nah dengar aku melalak time selesema melanda ni...haha

Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
 



Thursday, 19 October 2017

Syok Sendiri

Assalamualaikum geng...harap sihat semua hendaknya..amin...
Aku, macam biasalah...masih ada, cuma tak sempat nak update blog and kadang tak sempat nak online mana-mana social media...kikiki...mesej pun lambat reply... πŸ˜…

Sebelum aku mengarut panjang, aku nak tanya: korang faham tak 'syok sendiri' ni apa dia???haa..mesti korang terfikir pasal 'bertepuk sebelah tangan' kan?haha...confirm korang ada kisah-kisah syok sendiri ini..betul tak????hmm..

Crush:-

Tak dinafikan, aku pun ada jugak kisah-kisah syok sendiri. In fact sejak sekolah lagi duk crush kat senior/junior..hahaha..

Bila teringat balik, macam silly je pengalaman-pengalaman masa sekolah tu...yelah, masa tu gigih stalk crush and kadang spend duit yang tak seberapa semata-mata nak beli hadiah birthday la...nak belanja makan la...but honestly speaking, rasa macam tak dihargai pun..

Apatah lagi orang-orang yang aku crush (senior/junior) tu semua tak anggap aku sepcial pun..mungkin sebab dorang geli nak berkawan macam ala-ala abang-adik angkat or mungkin sebab aku tak 'cool' pada pandangan dorang; masa tu tak pandai nak menonjol..tak yakin walaupun sekadar nak berkawan...haha...rasa syok sendiri jelah..

But bila dah tua ni, ada la sikit improvement..lebih berani nak kenal dengan kawan-kawan internet..and surprisingly, kawan internet yang bukan plu lebih mudah nak berkawan..dorang lebih appreciate aku...selagi tak kantoi status aku la..huhu...(contohnya; Sarjan and adik dia)..tak apa lah, aku pun nak berkawan je sebab kawan-kawan aku dah ada life masing-masing and aku pun dah start avoid datang event-event dorang..hehe..so, kadang-kadang tu terasa sunyi la...

One thing remain the same is kalau aku crush kat sesiapa, aku tak tahu cara nak rapat dengan that crush...ada je aku ajak jumpa, lepak makn...tapi macam tak sudi je nak kenal aku..haha...πŸ˜‚..kadang tu bertahun-tahun tunggu that crush (atas macam-macam alasan that crush tak nak jumpa aku)...tapi tiba-tiba je that crush declare bercouple dengan orang lain pulakk...haha...cakap je awal-awal kalau tak suka aku...tak ada lah aku tertunggu-tunggu..huhu..
Ini salah satu kisah syok sendiri aku pernah cerita lama dulu: Hapuskanlah Perasaan Ini.

Anyway, biarlah aku fokus dengan benda lain yang lebih berfaedah..fokus dengan kerja..fokus dengan part time..fokus dengan famili ...dan fokus kat kesihatan aku

Penampilan Diri:-

Aku pernah cerita dulu yang dunia plu mengajar aku untuk lebih jaga imej diri in terms of berpakaian dan bergaya.

Kalau dulu, aku tak berani nak cuba baju lawa-lawa..now aku dah tau my own taste. Kalau dulu aku tak berani pakai baju yang fit..now, aku rasa selesa nak pakai baju yang fit sikit..haha..bukan apa, rasa la sikit confident nya..kalau tak, menggelebeh jer..hahaha...

Tapi, as I always said, no one notice pun...tak ada pun orang puji my outfit kat luar sana tu....just berselfie acah-acah macam bergaya and post kat FB, barulah ada yang komen...hahaha...pada hal kalau jumpa depan-depan, hauk sangat..huhu πŸ˜‘...

Mulalah aku start rasa sia-sia je ubah penampilan; tak ada yang akan rasa kagum seperti mana aku kagum tengok orang-orang hot...tak ada yang akan puji my imej and outfit sepertimana aku puji imej and outfit orang lain..agaknya, memang tak kena kot imej and gaya aku ni..hmm...aku sangka yang aku pun boleh bergaya, tapi rupa-rupanya syok sendiri jer..huhu..  


Kesukaan/Minat:-

a) Oh ye, kalau kita nak baiki imej and confident level, pasti perkara utama yang kita akan consider adalah fitness and bentuk badan yang lawa...so, aku pun macam tu lah...dari someone yang tak pernah minat bersukan, tiba-tiba aku jadi minat nak try aktiviti sukan yang boleh naikkan confident level aku...

Ia bermula lepas aku accident jatuh motor masa buat praktikal Uni aku..masa tu, doktor suruh rehab untuk pulihkan balik muscle kaki aku so that aku boleh cepat sembuh...

Jujur aku cakap yang aku tak berbakat sangat dalam team sport macam bola, badminton dan mana-mana sukan yang perlukan team/partner...so, aku try berbasikal dulu...then rutin jogging and workout sikit-sikit...then swimming..and other outdoor activities..Alhamdulillah, memang rasa best, puas dan rasa confident level tu better...

But, oleh sebab aktiviti-aktiviti aku tu adalah aktiviti solo, so aku tak ada member untuk diajak joint sama-sama..as I said, member-member yang belajar sama dulu pun dah ada life sendiri..At first, rasa segan jugak bila sorang-sorang jogging and sorang-sorang pergi swimming pool; terasa macam ada orang mengata dari jauh: "siapa budak ini? Datang tempat orang tak bertegur sapa macam sombong." haha...tapi lama-lama, aku jadi terbiasa...pergi mana-mana tempat yang aku rasa selesa for few hours just to finish my routine, then terus balik..pathetic kan??haha....terasa macam makin introvert pulak..hmm..on the other hand, I will do my activities consistently and more focus bila sorang-sorang..bila workout, aku prefer beli my own equipment yang simple so that aku boleh workout kat rumah je sebab segan yang amat nak masuk gym dengan badan sendu sedang niiihπŸ˜‚

b) Other than simple outdoor activities, aku minat jugak berkarya (menulis puisi, ayat-ayat jiwang, sajak, even ada jugak tulis few song lyrics)..cuma karya-karya aku tu aku tak tahu nak letak mana...

Masa sekolah dulu selalu jugak hantar karya cerpen-puisi kat radio and I did record it bila DJ radio tolong bacakan my karya tu...kalau nak dengar, boleh singgah kat salah satu karya tu kat sini:-

Then, ada jugak aku record suara sumbang aku, nyanyi lagu kat Smule..siap ada channel Youtube lagi..haha...tapi, as usual, memang hauk la suara..tak ramai viewers and komen pun..kikikiπŸ˜‚..ada jugak yang kecam...but it's ok, aku memang sedar diri suara tak sedap..huhu..korang pun salah sorang mangsa yang terpaksa dengar my voice kan?kikiki

Korang jangan salah anggap, tak ada niat nak ganggu hidup siapa-siapa pun....sekadar release tension and cuba-cuba syok sendiri je..huhu..πŸ˜‘..


Achievement:-

Hmm..yang ni susah sikit aku nak fikir...sebab at first, aku cuma terfikir tentang achivement dalam sport and arts which I have none πŸ˜₯..

Tapi, bila deep thought, aku rasa tak fair kalau aku cakap yang aku tak ada langsung achievement dalam hidup: eventhough aku tak dapat banyak piala/pingat or apa-apa sijil dalam sport and arts, at least, aku berjaya habiskan my studies..Alhamdulillah...and more importantly, aku ada kerja yang boleh tampung diri aku (selagi tak kantoi status aku la...hmm)...with that, I can help my family to settle debts yang tak tercapai akal tu dalam masa 3 tahun..huhu...it was a great releif tho...hmm...and again, who cares??who knows??...

Selain itu, aku dapat rasa yang ada sikit perubahan dari segi fitness and my body physics...walaupun tak sehebat orang lain, tap it's really a self satisfaction and an achievement for me especially bila office mates puji..haha...(perasan kejap πŸ˜…)..Teringat pulak peristiwa bila aku join kursus Team Building company awal Okotober 2017 hari tu...kitorang kena share bilik dengan  staff lain yang datang dari serata Malaysia..dan paling aku cuak bila aku kena share bilik dengan seorang brader yang dah 30an nak masuk 40an....sekali pandang, gluppp...memang ala-ala daddy hot la....hahaha...bila time mandi, aku sengaja bukak baju depan dia..then dia cakap: "you pergi gym ek? lawa badan..."..hahaha...aku sengih-sengih jelah...kikiki...then, peristiwa my boss (foreigner) duk pegang-pegang lengan aku sambil perli aku: "wow, Mr Universe!...."...kuajaq punya bos...haha..πŸ˜‚ Tapi, ini pun syok sendiri je..acah-acah fit padahal sendu..haha...yang penting sihat Alhamdulillah..hmm

Above all, semua orang measure achievement with what they see, especially: marriage, kids and wealth....tapi dorang tak tau pun apa yang berlaku di sebailik tabir...hmm..it doesn't mean that being single is no achievement/not moving forward/not happy at all...huhu...and honestly speaking, aku pun ada sedikit wealth untuk cover my expenses in case of 'emergency' anytime nanti...cuma aku tak suka nak kecoh-kecoh bagi tau satu dunia seperti:-
"Tak sabar nak dapat kunci rumah baru beli....,"πŸ˜‘
"Alhamdulillah, bulan depan dapat kereta baru, sayang nak let go kereta lama....," πŸ˜‘
"Buat kira-kira dalam bank, ada baki 50k je tinggal....,"πŸ˜‘
Bengong betull.... haha...gelagat macam ini, ada mentioned dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi ayat 34 (boleh klik DI SINI untuk baca ayat tu)..

Sebab tu, tak ada orang yang tau and tak ada orang peduli pun dengan acievement-achivement macam ini....unless korang duk tayang berpuluh medal marathon...tayang duit berkepuk-kepuk...or tayang saat-saat bersweet-sweet dengan BF πŸ˜‚, barulah korang akan dihargai...that's the nature...hahaha..

So, biarlah aku syok sendiri dengan 'achivement-achievement' aku ni as long tak ganggu hidup orang lain..hahaha..

Ok lah guys, till next time...wassalam... πŸ˜„

Oh ye, nah lagu aku sumbangkan..haha: