"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Monday 23 April 2018

...Pernah...

Assalamualaikum,

Apa khabar sekalian blogger dan reader?hehe...rasanya ni first entry untuk tahun 2018 ni..lepas ni tak tau la bila lagi nak update...hahahaha...

Kali ni aku nak share sudut pandang my story tentang perkara-perkara yang 'pernah' aku hajatkan dan 'pernah' berlaku dalam hidup aku...and again, the stories here are compiled according to what I can remember dan terlintas untuk diceritakan...mungkin sebab aku tak mahu kisah-kisah ni hilang dari ingatan aku, jadi aku sumbat je la dalam blog ni..hahahaha

Pernah Berkenalan

a) Untuk kisah ni, berkenaan dengan aku pernah berkenalan dengan few nice people in plu world..memang banyak yang nice and made me turn on...hahaha..

But specifically, aku nak citer balik pasal someone yang aku pernah share as 'A'....last  January, dah dekat tiga tahun kitorang kenal.

Last few weeks he contacted me and we updated few things about ourselves...he (as usual) sangat charming bila bercakap over the phone..haha...

Cuma malangnya, kitorang tak pernah jumpa walaupun tempat kerja kitorang tak jauh mana pun...tak tahulah...mungkin belum rezeki nak berjumpa...honestly speaking, aku pernah suka dia ..but sekarang ni lebih selesa jadi kawan...boleh share macam-macam jugak kan..hehe

One main thing yang aku tak boleh lupa pasal dia is that, dia ada jiwa patriotik yang tinggi..haha...contohnya: dia akan isi minyak petrol kat Petronas...dan sangat memuji airport Malaysia...haa, ni yang buat aku teringat kat dia setiap kali aku fly from or to KLIA2....sebab dia lah duk promote how amazing the airport is...hahaha...ok, not bad la KLIA2 kan...parking senang..haha

b) Aku pernah kenal dengan someone kat salah satu negeri selatan...it was last year, during my outstation...

Honestly speaking, aku memang selesa kenal dia...jenis cool, smart, kemas..wangi pulak tu..hahaha...cuma aku perasan yang dia tak cari lebih...sekadar nk berkawan je..sebab dia bukan plu 100% pun...he is bi...

Then, lately, aku jumpa dia lagi...siap bawak baju as birthday present dia..haha..dia ambik baju tu but tak cakap "thanks" pun...then aku dapat tahu rupa-rupanya ada lagi baju baru yang orang lain bagi..huhu...noob gila aku rasa...hot stuff rupanya dia tu..hmm....tak apa lah, nak buat macam mana... 😔 ...lagipun, slowly aku dah cuba ignore any feeling yang tak pernah bagi manfaat aku ni..huhu....be friend is better kot...

c) Oh ya,sebelum terlupa, aku pun nak mention yang aku pernah kenal ramai plu..ada la jugak yang aku taste..tapi as you all know, orang yang kita suka, tak selalunya akan suka kita balik kan?

So, I would rather be silent dari duk merapu yang bukan-bukan dekat that person..takut dowh kalau kena buang..hahaha....At least, by being silent, aku still boleh berkawan kan?

Pernah Mencuba

Masa zaman aku study U dulu (sblm aku kenal dunia plu and sebelum aku diagnosed), aku pernah nak try rapat deagan kawan-kawan perempuan yang aku selesa berbual/lepak. Cuma perasaan tu sekadar 'kawan rapat' jadi, aku tak berani unttk ke next stage..

Mungkin sebab aku rasa low self esteem (memandangkan aku ni tak se-hot jejaka-jejaka pilihan wanita di U)..haha..dan ditambah deagan perasaan plu yang ada dalam diri sejak kecil..hmm.. Lagipun, aku memag tak pandai nak bersweet-sweet dengan perempuan..huhu..

End up, kawan-kawan aku tu selamat berkahwin dengan orang lain. Besides, I don't think I'm capable of making them 'happy'..so aku biarkan perasaan yang secebis tu berlalu macam tu je..

Sejak pengalaman-pengalaman tu, aku avoid untuk fikir tentang hubungan denagn perempuan. Aku takut sangat kalau ada perempuan yang akan tersiksa bila hidup dengan aku suatu hari nanti..

Then, suddenly I was diagnosed dan disahkan poz.. Of course  at early stage, aku rasa macam ada beban berat yang aku pikul..and I realised I was alone at that time (and still I am..😂).. But aku rasa relief sebab no one hurts because of me being plu and poz..

These things make me more independent dan aku dah tak rasa nak fikir lebih-lebih pasal marriage.. Even sekarang ada yang duk tanya-tanya my availibility and ada yang duk kenen-kenen, tapi aku avoid that kind of topic because I know, I'm not the right choice for ladies..😧😢..

One more thing, aku pun dah start avoid datang kenduri kahwin kawan-kawan aku sebab dah terasa asing bila lepak dengan diorang..maklumlah, diorang dah ada anak...haha... 'Sesi gathering lama-lama jadi sesi parenting'..huhu..

Pernah Berangan

Haa, yang ni, mesti korang pun pernah kan? hahaha... As for me, aku pernah berangan macam-macam especially masa kecil..contohnya: aku pernah berangan nak ada anak lelaki, nak jadi kaya, hidup berdikari etc..

Then, aku pernah berangan to be loved by someone unexpectedly (macam cerita-cerita drama melayu tu...hahahhaa)....cumanya, by a guy la...huhuhu... Imagining that a person is crazy about me and willing to do stupid things just to get to know me.. But again, it was just a dream (or perhaps a day dreaming..huhu..)

Hakikatnya non of the above is happening especially part 'to be loved..' tu....and as I mentioned earlier, my feeling is fading..maybe sebab faktor usia kot.... I just wish that I am strong enough to live alone bila dah tua nanti...hmm...

Pernah Minat

a) Then, aku nak share yang aku pernah dan masih minat big bike and off course la the biker yang macho-macho tu..hahaha....bermula dengan angan-angan nak someone yang agresif/macho untuk bawak aku ride..tapi tak pernah dapat pun..hahaha..sampai la gigih aku belajar bawak motor clutch untuk jadi someone yang maybe dianggap macho..Alhamdulillah, aku ada la sebijik motor 200cc. Ok la tu, daripada tak ada kan...and again, tak ada siapa anggap aku macho pun with bike seperti aku pandang biker lain...haih...sendu je rasa...huhu..

Trust me, kalau rasa nak maintainance senang, big bike is not a good choice...sebab aku pernah few times terpaksa tolak motor sebab problem yang patty-patty..maybe sebab kurang kualiti kot..huhu...mula la berangan nak tukar motor lain pulak ni..haih...duit-oh-duit...

b) Aku pun minat kat uniform and those yang kerja dalam bidang ni..hahaha...korang pun sama kan...jangn tipu..kikiki 😂...tapi, aku tak mampu nak tawan hati sang uniform seperti mana a unifrom guy tawan hati aku...ececece...hahaha...

Kadang-kadang tu tak berkelip mata duk tengok anggota-anggota uniform kat mana-mana...fuhhh...gigit jari jela mampu....apa ek perasannya bila ada yang berkapel dengan uniform guy ni? 😅  ...teringin jugak melepak deting sambil anggota-anggota ni pakai uniform lengkap...hahahahha..ok...tak mahu cerita panjang, sebab boleh buat malu jer...hahahah...

Pernah Berasa

As a human being, mesti kita akan ada macam-macam feelings kan? So, same with me, aku perasan yang aku ni cepat hot..cepat cool...

Contohnya: aku selalu cepat rasa nak marah kat orang..tapi aku ni jenis pendam lama..sampai satu masa aku luahkan dalam keadaan marah...but then, aku boleh cepat cool balik and move on...tak tahu lah kalau ini something yang positif, tapi aku kurang selesa...especially kalau aku ter marah family members and kawan-kawan...

Cuma, aku nak letakkan exception yang aku bukan jenis mudah marah kat orang yang aku tak rapat and tak kenal...Contohnya: aku takkan mudah marah secara tiba-tiba kat kawan-kawan alam maya yang aku tak pernah jumpa atas alasan remeh-temeh (tak balas mesej la...tak angkat call la...etc..)

On the other hand, aku cepat sensitif and down kalau tengok orang lain happy..I would feel as if I don't deserve to be happy or be part of happy people..ha..macam tu lah...

Dan aku pernah jugak terasa hati even dengan my own family...terasa hati sebab aku selalu diasuh by my parents untuk berusaha sendiri kalau nakkan sesuatu...tapi, bila tengok adik aku dapat something yang 'diberi' oleh parents, aku mula la terasa...or maybe it is a jealousy...hahaha...anyhow, aku tahu, I am better..huhu.... 


Sebelum aku habiskan celoteh, aku nak share cerita aku pergi follow up hospital recently. Alhamdulillah, result aku maintain stabil...then, nurse yang in charge tu tanya aku: tak terfikir nak kahwin ke? Awak dah sangat-sangat stabil sekarang...aku terus cover-cover cakap: Tak apalah, nanti susah orang nak faham hal ni...lagi payah..hahaha...nurse tu sempat tanya whether I have bf ke tak...fuh....these 2 things make me feel something deep...macam nak nangis rasa...hahahahhaa...end up, pujuk hati dan bisik: tak apalah, bukan bahagian aku.. 😅...

Oh ya, awal bulan April was my anniversary being diagnosed...Alhamdulillah..4 tahun berlalu....6 years to go according to doctor when I was firstly diagnosed...insyaAllah, diharap tiada apa-apa masalah pelik-pelik berlaku lepas ni even after the 1st ten years nanti...amin..hmm..

P/S: kalau ada siapa-siapa nak dengar aku melalak lagi, korang visit la youtube aku...link nya ada kat previous entry...sedekah la view sikit kat video-video aku tu...kikiki...

Ok guys, semoga berjumpa lagi..tak tahu lah bila..huhuhu..wassalam