"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Tuesday 16 April 2019

Tentang Mereka (10); Tinggalkan, Ditinggalkan - Bahagian 1

Kali ini, nak share dua kisah dari pembaca blog yang berbeza. Tema cerita diorang ni sama iaitu tentang perhubungan atau perasaan dan sebagainya. Tapi, kita mulakan entry ni dengan kisah pertama dulu:-


Emel pembaca:-


Assalamualaikum. Hye..

Aku dapat email kau dari blog kau. Aku just nak opinion kau (tentang someone yang aku sayang) sebab dia pun ada HIV, due to seks with man (MSM).

Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki ni dah lama. Asalnya, dia straight dan dia pun memang dah ada hati kat aku. Tapi suatu hari, disebabkan dia tak dapat tahan nafsu, dia terjebak dengan seks sesama lelaki bila seorang kawan dia ajak fun. Sejak itu, dia mula develop perasaan suka dekat lelaki dan disebabkan peristiwa hitam tu, dia mula tak nak aku dah. In fact, dia suruh aku cari suami yang baik. Masa tu tahun 2014.
Kemudian, bulan Julai 2018, aku contact dia untuk tanya khabar. Masa tu dia reply, dia cakap dia ada HIV sejak November 2017. To be honest, entah kenapa aku rasa bersyukur. Sebab HIV tu buat dia berhenti seks luar tabi'i ni. Aku nak kahwin dengan dia. Ya, it sounds stupid sebab dia ada HIV. Aku cintakan dia!! Orang akan kata yang cinta aku buta. Tapi, semua orang tak tahu yang selama 7 tahun ni ak tunggu dia sebab aku nak sangat dia kembali ke jalan Allah. Aku sangat percaya dia boleh berubah sebab aku kenal dia sebelum dia bertukar nafsu lagi. Aku nak masuk syurga dengn dia!! Aku cintakan dia sampai aku nak sangat kebahagiaan akhirat untuk dia. Buta ke cinta aku kalau niat aku ke arah akhirat?! Bahagia akhirat! Urkhhh, kat mana yang buta pun aku tak tahu sebab apa yang aku baca dalam quran yang sebenarnya buta is orang yang ada mata kurniaan Allah tapi tak melihat kebesaran Allah. Kalau yang buta hati is yang tak meyakini akan adanya kiamat, negeri akhirat...😫 

Tapi, masalahnya sekarang, dia kejap bagi hint kat aku yang dia pun nak kahwin, kejap dia tinggalkan aku, kejap lagi macam nak kahwin pulak. Aku faham yang dia rasa tak layak, dia rasa tak mampu nak bahagiakan aku, dia rasa yang aku deserve better. Hmm.. Now dia tinggalkan aku and block semua contact sehinggakan aku jadi tak keruan; menangis setip hari.

Suatu hari, aku pergi rumah sewa bujang dia. Tapi dia tak ada. Aku letak diari aku yang ada nota pasal HIV; tentang  pengambilan ubat, hubungan seks selamat suami-isteri, cara mendapatkan zuriat, pengurusan jenazah pesakit HIV dan lain-lain.. Tujuannya, aku nak tunjuk yang aku serius nak jadi isteri dia sampai akhir hayat dia. Tiba-tiba, dia unblock contact and send mesej kat aku yang mengatakan aku 'desperate' 😭😭😭😭. Dia pun bagi tahu yang housemate dia marah sebab ada perempuan asyik datang rumah. Padahal baru 2 kali je aku datang rumah tu👿. Itupun sebab tak ada siapa-siapa kat rumah dia masa first time aku pergi tu. Aku jadi malu. Aku delete social apps aku. Kalau lah dia faham niat  aku, kan bagus!!.. Diari tu bukti yang aku prepare ilmu nak jadi isteri dia; bukti yang aku nak harungi HIV sama-sama dengan dia.


Setiap masa aku risaukan dia. Tambah-tambah lagi dia dah makin kurus dan hidup dalam kekecewaan sekarang ni. Now, boleh tak kau bagi opinion kau pasal ni? 😢 Apa patut aku buat? Kalau tanya lelaki lain (yang tiada HIV), mesti diorang suruh tinggalkan je. Tapi bagi aku, sangat kejam tinggalkan dia yang tengah sakit tu..

Dalam masa yang sama, aku pun dah kecil hati bila dia cakap yang aku perempuan desperate 😭😭😭. Kadang-kadang pulak, aku rasa aku sanggup nak tunggu dia contact lagi (which I'm pretty sure he will not, sebab dia rendah diri dengan keadaan dia, rasa dia hina dan kotor). But kalau aku yang contact dia, then terbuktilah pulak yang aku ni 'desperate'..Padahal ak just cintakan dia, nak hidup  dgn dia!! Sampai hati dia cakap ak desperate..

Emel balasan:-



Waalaikumussalam..

Actually, rasa agak berat nak bagi opinion pasal ni. Banyak faktor kenapa dia macam confius nak kahwin dengan kau atau tidak.

Situasi aku dan dia mungkin tak 100% same sebab dia sekurg-kurangnya ada perasaan kat perempuan, cume dia rasa rendah diri dengan status HIV tu.

Orang macam aku ni pulak, ada 2 cabaran utama: First, perasaan kat perempuan. Second, status HIV....

Even, aku sendiri pun pernah nak try rapat dengan ex-classmate sekolah menengah dulu. Tapi, aku macam main tarik tali dengan dia sebab dia tak tahu status aku dan masalah aku. Aku tak nak dia atau mana-mana perempuan yang suka aku dan tak tahu status aku ni, akan rasa tak happy nanti..huhu.. Aku taknak susahkan siapa-siapa sampai aku terfikir, biarlah aku hidup seorang-seorang asalkan tak susahkan org lain...huhu

The good side is: kau faham or at least cuba nak faham masalah dia tu...which is to me, memang rare ada perempuan yang nak terima PLHIV + PLU ni....huhu... Tahniah!!!...

Tapi, maybe cara kau tu perlu diubah sikit. Maybe tak perlu bagi diari tu kat dia...tak payah cakap pasal kahwin dan anak dlu. Benda ni ambil masa. Kau kena try buat dia percaya kat kau dulu. Contohnya: tanya khabar dia, tanya tentang apa yg dia tahu pasal HIV ni. Kau jangan berlagak tahu, tapi cukup sekadar buat-buat tanya dia. Tanya dia jugak ada tak dia pergi hospital ambil ubat?

Slowly develop relationship tu. Mula-mula relationship as friend. Lama-lama dia akan rasa selesa nak cerita banyak banda kat kau. Memang takes time sebab PLU + PLHIV ni dah malas nak percaya kat orang. Even aku pun cuma nak survive jer...tak nak fikir perkara-perkara yang macam susah nak dicapai sebab ada di kalangan kawan aku yg PLU + PLHIV ni try kahwin, tapi end up berpisah jugak. Bila berpisah karang, kitorang akan terpaksa bermula semula. Penat!!..dan aku sendiri takut nak try and error benda-benda macam ni. Ini bukan benda main-main....huhu.... Tapi ada jugak yang kekal sampai sekarang...

Macam aku cakap tadi, try rapat as friend. Kawan rapat pun boleh saling membantu, boleh masuk syurga. lama-lama kalau dia tersentuh hati tengok kau ikhlas dgn dia, insyaAllah dia pun akan selesa untuk kahwin dengn kau. Itupun kalau dia masih nak contact kau la... Try slow-slow...

Tapi kalau kau rasa tak boleh nak tunggu lagi, aku nasihatkn, kau move on la. Fikir pasal diri kau. Jangan stuck lama-lama kalau dah rasa tak ada harapan dengan dia. Aku faham, kau sayangg dia. Tapi, kalau orang dah betul-betul tak nak kat kau, kena tabah...move on...huhu...