"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Sunday 7 July 2019

Tentang Mereka (11); Tinggalkan, Ditinggalkan - Bahagian 2

Emel pembaca:-

Saya Azah, 26 tahun. Bila saya terbaca blog saudara, blog Abang Najmi dan lain-lain, saya terkejut dan tak sangka ujian kalian terlalu besar. Ya, saya tahu setiap orang ujian berbeza-beza; kecik atau besar, ujian tu hanya Allah yang tahu sama ada kita mampu atau tidak untuk menggalasnya.

Mintak maaf kalau saya katakan selama ni saya pandang naluri yang kalian alami adalah benda yang kotor, yang tak terfikir dek akal yang waras. Saya juga minta maaf kerana pernah terfikir yang bukan-bukan pasal saudara dan kawan yang lain.

Pada mulanya saya tak faham. Semakin saya banyak baca blog saudara, semakin saya sedar yang saya juga manusia biasa; yang selalu melakukan dosa dan kesalahan tapi menghukum orang lain tanpa mengetahui cerita di sebalik perkara yang terjadi...berdosanya saya sebab ada fikiran yg sebegitu sedangkan saya tiada di tempat kalian untuk alami semua itu Saya harap saudara dapat maafkan saya 😓😓😓.

Kalau nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa saya, apalah sangat ujian saya. Saya baru ditinggalkan orang yang saya sayang; orang yang saya gantungkan harapan untuk hidup bersama; orang yang saya tak pernah terfikir akan pergi dari hidup saya. Tapi saya tahu perancangan Allah lebih baik.

Mula-mula, saya marah, kenapa semua ni jadi kepada saya. Tapi saya cepat sedar bahawa berdosa kalau saya mempersoalkan ketentuan Allah. Untuk pengetahuan, kami dah bersama hampir 6 tahun tapi pada pengujung 2017, kami putus tunang kerana tiada restu dari keluarga dia. Sepanjang tahun 2018 saya sentiasa berdoa dan masih meletakkan harapan agar kami kekal berjodoh sebab saya tahu dia juga masih ada perasaan pada saya. Buktinya, dia masih stalk FB saya dan dia curi-curi dapat no handphone baru saya.

Tapi kuasa Allah tiada siapa yg tahu, baru-baru ni saya dapat undangan untuk majlis perkahwinan dia. Hanya Allah yang tahu betapa hancur hati saya dan saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan. Saya simpan semuanya sendiri sampai saya pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan..Astaghafirullah.. Bila saya tersedar yang dia bukan yang terbaik untuk saya, saya rasa lebih tenang dan kuat.

Saya tahu ada orang lain yang lebih besar ujiannya daripada saya. Kalau saya kat tempat kalian, saya pasti tidak mampu utk menggalasnya. Saya bersyukur Allah berikan saya ujian. Mungkin saya juga lalai dulu kerana terlalu mengejar cinta manusia 😓.

Untuk masa sekarang, saya follow the flow ikut perancangan yang Allah dah aturkan untuk saya. Saya juga rasa dah semakin kuat, mungkin sebab saya mula berpegang pada satu ayat Al-Quran yang bermaksud "Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan saja dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?". Allah rindu kan kita sbb tu Allah timpakan ujian untuk kita sentiasa mengingati Dia..Allahuakbar 😢.

Untuk saudara dan Abang Najmi, saya tahu kalian kuat sebab tu Allah bagi ujian yang sebegitu kepada saudara. Saya kagum dengan semangat saudara yang pada fikiran saya saudara sangat positif harungi masalah yang saudara alami. Saya sentiasa doakan supaya saudara terus kuat dan diberi kesihatan baik..InsyaAllah..

Maaf, email kali ni panjang pulak saya meluahkan rasa 😂 mungkin sekian lama terpendam dan saya tak tahu nak ceritakan pada siapa..terima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa untuk membaca email saya..semoga Allah sentiasa merahmati saudara dan dimudahkan segala urusan kehidupan saudara..InsyaAllah .. Amiin.

Emel balasan:-

Saya faham, orang lain mungkin kata 'orang macam kitorang' ni jahat dan jijik, lagi-lagi yg HIV positive. Hal biasa dah tu. Sebab tu ramai yang sorok-sorok dan pencilkn diri dari orang lain...huhu..

Yang pasal jodoh tu, saya sendiri tak reti bab-bab ni sebab saya sendiri dah tak fikir. Just nak survive jer sekarang. Jodoh orang lain, InsyaAllah ada, jangan risau. Banyak je calon-calon lain. Cuma atas kita la nak accept ke tak nak. Saya faham, mungkin saudari terlalu sayang kat ex-tunang tu kan. Tapi, nak buat macam mana, dia dah nak kahwin dah, and trust me: kalau perempuan yang break heart, senang je peluang yang lain akan datang; mesti akan ada orang lain yang datang meminang, lepas tu kahwin. Tapi, kalau lelaki yg break heart...hmm..kena tunggu emosi stabil, baru la berani nak try lain.

P/S: nah dengar lagu aku cover ni khas untuk para pencari cinta. My advise, mungkin kita perlu tinggalkan kesayangan kita bila kita sudah ditinggalkan: While MOVING ON is the best cure that we've ever know to get rid of those unnecessary, TIME is no longer the essence.


Tuesday 16 April 2019

Tentang Mereka (10); Tinggalkan, Ditinggalkan - Bahagian 1

Kali ini, nak share dua kisah dari pembaca blog yang berbeza. Tema cerita diorang ni sama iaitu tentang perhubungan atau perasaan dan sebagainya. Tapi, kita mulakan entry ni dengan kisah pertama dulu:-


Emel pembaca:-


Assalamualaikum. Hye..

Aku dapat email kau dari blog kau. Aku just nak opinion kau (tentang someone yang aku sayang) sebab dia pun ada HIV, due to seks with man (MSM).

Aku jatuh cinta dengan seorang lelaki ni dah lama. Asalnya, dia straight dan dia pun memang dah ada hati kat aku. Tapi suatu hari, disebabkan dia tak dapat tahan nafsu, dia terjebak dengan seks sesama lelaki bila seorang kawan dia ajak fun. Sejak itu, dia mula develop perasaan suka dekat lelaki dan disebabkan peristiwa hitam tu, dia mula tak nak aku dah. In fact, dia suruh aku cari suami yang baik. Masa tu tahun 2014.
Kemudian, bulan Julai 2018, aku contact dia untuk tanya khabar. Masa tu dia reply, dia cakap dia ada HIV sejak November 2017. To be honest, entah kenapa aku rasa bersyukur. Sebab HIV tu buat dia berhenti seks luar tabi'i ni. Aku nak kahwin dengan dia. Ya, it sounds stupid sebab dia ada HIV. Aku cintakan dia!! Orang akan kata yang cinta aku buta. Tapi, semua orang tak tahu yang selama 7 tahun ni ak tunggu dia sebab aku nak sangat dia kembali ke jalan Allah. Aku sangat percaya dia boleh berubah sebab aku kenal dia sebelum dia bertukar nafsu lagi. Aku nak masuk syurga dengn dia!! Aku cintakan dia sampai aku nak sangat kebahagiaan akhirat untuk dia. Buta ke cinta aku kalau niat aku ke arah akhirat?! Bahagia akhirat! Urkhhh, kat mana yang buta pun aku tak tahu sebab apa yang aku baca dalam quran yang sebenarnya buta is orang yang ada mata kurniaan Allah tapi tak melihat kebesaran Allah. Kalau yang buta hati is yang tak meyakini akan adanya kiamat, negeri akhirat...😫 

Tapi, masalahnya sekarang, dia kejap bagi hint kat aku yang dia pun nak kahwin, kejap dia tinggalkan aku, kejap lagi macam nak kahwin pulak. Aku faham yang dia rasa tak layak, dia rasa tak mampu nak bahagiakan aku, dia rasa yang aku deserve better. Hmm.. Now dia tinggalkan aku and block semua contact sehinggakan aku jadi tak keruan; menangis setip hari.

Suatu hari, aku pergi rumah sewa bujang dia. Tapi dia tak ada. Aku letak diari aku yang ada nota pasal HIV; tentang  pengambilan ubat, hubungan seks selamat suami-isteri, cara mendapatkan zuriat, pengurusan jenazah pesakit HIV dan lain-lain.. Tujuannya, aku nak tunjuk yang aku serius nak jadi isteri dia sampai akhir hayat dia. Tiba-tiba, dia unblock contact and send mesej kat aku yang mengatakan aku 'desperate' 😭😭😭😭. Dia pun bagi tahu yang housemate dia marah sebab ada perempuan asyik datang rumah. Padahal baru 2 kali je aku datang rumah tu👿. Itupun sebab tak ada siapa-siapa kat rumah dia masa first time aku pergi tu. Aku jadi malu. Aku delete social apps aku. Kalau lah dia faham niat  aku, kan bagus!!.. Diari tu bukti yang aku prepare ilmu nak jadi isteri dia; bukti yang aku nak harungi HIV sama-sama dengan dia.


Setiap masa aku risaukan dia. Tambah-tambah lagi dia dah makin kurus dan hidup dalam kekecewaan sekarang ni. Now, boleh tak kau bagi opinion kau pasal ni? 😢 Apa patut aku buat? Kalau tanya lelaki lain (yang tiada HIV), mesti diorang suruh tinggalkan je. Tapi bagi aku, sangat kejam tinggalkan dia yang tengah sakit tu..

Dalam masa yang sama, aku pun dah kecil hati bila dia cakap yang aku perempuan desperate 😭😭😭. Kadang-kadang pulak, aku rasa aku sanggup nak tunggu dia contact lagi (which I'm pretty sure he will not, sebab dia rendah diri dengan keadaan dia, rasa dia hina dan kotor). But kalau aku yang contact dia, then terbuktilah pulak yang aku ni 'desperate'..Padahal ak just cintakan dia, nak hidup  dgn dia!! Sampai hati dia cakap ak desperate..

Emel balasan:-



Waalaikumussalam..

Actually, rasa agak berat nak bagi opinion pasal ni. Banyak faktor kenapa dia macam confius nak kahwin dengan kau atau tidak.

Situasi aku dan dia mungkin tak 100% same sebab dia sekurg-kurangnya ada perasaan kat perempuan, cume dia rasa rendah diri dengan status HIV tu.

Orang macam aku ni pulak, ada 2 cabaran utama: First, perasaan kat perempuan. Second, status HIV....

Even, aku sendiri pun pernah nak try rapat dengan ex-classmate sekolah menengah dulu. Tapi, aku macam main tarik tali dengan dia sebab dia tak tahu status aku dan masalah aku. Aku tak nak dia atau mana-mana perempuan yang suka aku dan tak tahu status aku ni, akan rasa tak happy nanti..huhu.. Aku taknak susahkan siapa-siapa sampai aku terfikir, biarlah aku hidup seorang-seorang asalkan tak susahkan org lain...huhu

The good side is: kau faham or at least cuba nak faham masalah dia tu...which is to me, memang rare ada perempuan yang nak terima PLHIV + PLU ni....huhu... Tahniah!!!...

Tapi, maybe cara kau tu perlu diubah sikit. Maybe tak perlu bagi diari tu kat dia...tak payah cakap pasal kahwin dan anak dlu. Benda ni ambil masa. Kau kena try buat dia percaya kat kau dulu. Contohnya: tanya khabar dia, tanya tentang apa yg dia tahu pasal HIV ni. Kau jangan berlagak tahu, tapi cukup sekadar buat-buat tanya dia. Tanya dia jugak ada tak dia pergi hospital ambil ubat?

Slowly develop relationship tu. Mula-mula relationship as friend. Lama-lama dia akan rasa selesa nak cerita banyak banda kat kau. Memang takes time sebab PLU + PLHIV ni dah malas nak percaya kat orang. Even aku pun cuma nak survive jer...tak nak fikir perkara-perkara yang macam susah nak dicapai sebab ada di kalangan kawan aku yg PLU + PLHIV ni try kahwin, tapi end up berpisah jugak. Bila berpisah karang, kitorang akan terpaksa bermula semula. Penat!!..dan aku sendiri takut nak try and error benda-benda macam ni. Ini bukan benda main-main....huhu.... Tapi ada jugak yang kekal sampai sekarang...

Macam aku cakap tadi, try rapat as friend. Kawan rapat pun boleh saling membantu, boleh masuk syurga. lama-lama kalau dia tersentuh hati tengok kau ikhlas dgn dia, insyaAllah dia pun akan selesa untuk kahwin dengn kau. Itupun kalau dia masih nak contact kau la... Try slow-slow...

Tapi kalau kau rasa tak boleh nak tunggu lagi, aku nasihatkn, kau move on la. Fikir pasal diri kau. Jangan stuck lama-lama kalau dah rasa tak ada harapan dengan dia. Aku faham, kau sayangg dia. Tapi, kalau orang dah betul-betul tak nak kat kau, kena tabah...move on...huhu...

Wednesday 6 March 2019

Tentang Mereka (9); Bolehkah Masa Pengambilan HAART Ditukar?

Emel pembaca:-

Assalamualaikum,

Saya kena makan ubat HAART sekali sehari dan saya tetapkan masa pengambilan pada pukul 7:30 malam. Sekarang, baru saya sedar yang masa tersebut tak sesuai untuk saya. Takut terkejar-kejar masa ketika bulan puasa nanti. For info, saya diberi ubat Efavirenz dan Tenof-EM

Jadi,saya nak tanya:-

Pukul berapa masa yang sesuai untuk ambil ubat HAART asalkan tidak kena dengan waktu makan, waktu solat dan waktu puasa?

Kedua, bolehkah tukar waktu makan ubat HAART?

Ketiga, bolehkah kita mengambil ubat HAART ketika sedang makan?

Emel balasan:-


Waalaikumussalam...

1) Saya dapat ubat HAART yang kena makan sekali sehari Jadi, saya makan ubat dalam pukul 10.30 malam setiap hari termasuk bulan puasa. Waktu pengambilan ubat saya tak ganggu waktu sahur, buka puasa dan terawih. Pukul 11.30 malam pula saya masuk tidur.

Bagi yang kena makan ubat dua kali setiap hari, mungkin boleh ambil ubat pada pukul 11 pagi dan 11 malam kerana kedua-dua waktu ni tak ganggu time makan. Bila bulan puasa pula, ada kawan-kawan saya yang terus tukar waktu makan ubat ke waktu selepas sahur dan slps berbuka. Tapi, sebelum tukar, diorang dapatkan nasihat doktor dulu. Ada jugak kes yang doktor tak bagi puasa untuk first few years, so diorang tak puasa dan sekadar bayar fidyah jer...

2) Waktu ubat boleh ditukar. Tapi, lepas tu kena maintain dan elakkan kerap sangat bertukar waktu pengambilan ubat HAART dalam masa terdekat. Ini menurut pengalaman kawan-kawan saya.

3) Saya sendiri tak pernah makan HAART time tengah dinner sebab takut termuntah. Lain orang, lain ketahanan badan. Tapi, kakau sekali sekala dan rasa tak ada apa-apa efect, boleh jer...