"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Friday 26 August 2016

Public Property

Assalamualaikum..semoga seihat berbahagia bersama yang tercinta.. :)

Sebelum cerita panjang lebar, aku nak cakap yang aku rasa a bit tension since Isnin lepas (22/8/2016) sebab gaduh dengan 'ketua keluarga' paling cemerlang di abad ini.....masalahnya masih sama..naik muak aku nak bagi faham especially kat orang yang tak pernah ada rasa kesian kat orang lain...huh...

Tak ada apa benda bagus tentang aku yang nak aku ceritakan...cuma tak nak biarkan kisah-kisah aku lenyap masa aku dah tak ada nanti...haha...dan mungkin untuk tolong aku cari kekuatan balik bila aku baca entry-entry lepas aku...

Oh ya, untuk ke sekian kalinya, meh aku nak cakap yang aku sebenarnya pesakit HIV...dah 2 tahun diagnosed dan Alhamdulillah, aku diberi kekuatan, kesihatan untuk hadapi pelbagai ujian Tuhan ni...hmm...banyak kali aku bagi tahu kat fb through my blog post and aku tak nak misrep siapa-siapa...huhu..

Networking

Back to the story line, aku nak cerita pasal 'public property'...korang mesti tau kan apa tu public property: something yang mungkin kadang-kadang penting untuk kegunaan orang..yang boleh dishare and sama-sama guna...atau something yang kadang-kadang dirosakkan or dibuang lepas diguna..hmm..so, pilihlah mana yang korang rasa sesuai untuk define kan..hehe...

But to me (in a good way), aku rasa aku dah tak mampu nak simpan rasa lonely ni lama-lama...sebab makin lama aku tunggu someone special or 'Teman Baik' (yang pernah aku cerita kat entry lepas-lepas), semakin aku rasa that someone takkan wujud pun dalam hidup aku..haha...cuma ilusi je kot..dan sebab tu aku rasa penat la nak tunggu-tunggu lagi...malas pun ada...haha..sebab setiap kali aku nak kenal someone, aku kne start from scratch...letih woo..hmm...

On the other hand, kadang-kadang aku rasa macam dipergunakan..haha..mostly, orang akan say hi or ajak jumpa time dorang nak bantuan (sometimes when they need some fun)...kadang-kadang terasa jugak dengan kawan uni aku...or kawan-kawan fb aku...haha...macam orang tua pulak nak touching-touching kan...kikiki...maybe sebab aku rindu member-member kot..haa...time ni la aku terasa macam public property; guna bila perlu, ignore bila rasa tak penting...rasanya korang pun penah ada terasa macam ini kan?..haha...

Tapi tak apa, sebab apa yang aku fikirkan sekarang adalah untuk cuba tolong orang lain yang tak tahu mana nak pergi once they got diagnosed. Kadang-kadang aku referkan few people ke klinik-klinik yang hiv friendly and sometimes aku cuba jawab soalan-soalan orang tentang hiv ni with true facts yang aku dapat dari member-member sama status macam aku or from NGO activities...biarlah tak dapat nak tolong dari segi duit or apa-apa yag berharga, asalkan hidup tak susahkan orang lain and orang lain boleh dapat manfaat dari kita (walaupun sikit)...cewah, macam pakar motivasi pulak..kikiki...

In conclusion, aku nak cakap yang aku sekarang anggap semua abang as my abang and semua adik as my adik..no string attached la orang katakan...kikiki...terima kasih sebab sudi nak layan chat and baca blog aku...walaupun most of you aku tak pernah jumpa, tapi it is really appreciated..maybe better that way supaya tak ada lagi sakit hati or terasa hati...hmm..entahlah...we'll see about that later... :)

Newly Diagnosed

Baru-baru ini ada seorang kawan fb ajak jumpa, sebelum ni pun pernah jumpa lepak minum...then masa jumpa 1st time dulu tu aku bagi tahu status aku directly...maybe dia terkejut agaknya time tu....

Then recently, dia mesej and cakap pasal bf dia (baru tau dia ada bf...kikiki) suspected std..oleh sebab bf dia wat test kat klinik private, kosnya agak mahal la...so dia nak cari tempat yang murah sikit...aku pun suggest pergi Klinik Kesihatan (Kerajaan) Cheras...kat situ memang boleh buat std test dengan harga murah (maybe RM 1.00 - RM 2.00 kot)....ada seorang doktor yang in charge std kat situ....orang panggil dia Dr. Diana Lai...dengar-dengarnya dia sangat friendly..tak tahulah..but really hope I can meet her and greet her someday. Previously, aku dah pernah attend talk by Dr. Nurul dari Klinik Kesihatan Tangling..dia pun sangat bagus and baik...hehe

One day, kawan fb tu inbox kat fb, ajak jumpa...tak tau kenapa..but bila jumpa, dia cakap yang dia dah pergi Klinik yang aku recommend tu and barulah aku tahu dia ajak jumpa sebab dia nak cerita yang dia pun dah disahkan positif.. :( ..kesian jugak aku tengok dia..ada la few questions dia tanya...macam aku mula diagnosed dulu lah..blur-blur lagi..but at least, dia ada someone to talk to..hmm..masa tu dia tak bagi tahu bf dia lagi...tiba-tiba dia cakap yang dia kesian kat bf dia kalau-kalau bf dia pun positif disebabkan dia...and dia risau kalau bf dia tinggalkan dia...huhu...terus aku cakap yang paling penting sekarang ini adalah bawak bf pergi cek and ikut proper treatment...jangan pikir yang lain-lain...

So, our meeting ended lebih kurang dekat maghrib...dan harap dia dah bagi tahu bf dia dah by now..hmm...

Uber dan Motor


Baru-baru ni aku dah start jadi uber driver...hehe....bukan apa, nak cari duit lebih sikit..maklum la, kadang rasa rugi pulak kalau tak buat apa time lapang...

Actually, aku ada terfikir nak nak stop kerja office awal...maybe lagi 10 tahun aku nk berhenti ke...sebab bidang kerja aku ni susah sikit nak lompat-lompat...plus, aku takut kemungkinan aku tak lepas medical check up company-company tu nanti...so, I am preparing to shift my work field la kalau apa-apa jadi...huhuhu..

Aku pun dah tak ada apa high aim dah...cuma nak tolong family aku sikit-sikit...then, dapat tampung sisa-sisa hidup aku je dah cukup bagus dah..hehe....tak fikir lah nak kahwin ke...apa tah lagi nak fikir ada anak....haha...kalau ditakdirkan sebegitu, aku follow jelah..kan kan kan...hehe..

Diringkaskan cerita pasal uber ni, experience yang best la jugak...aku tak buat full time pun..cuma buat part time and tak ada la target nak pick up banyak trips pun..hehe..Alhamdulillah...harap-harap dimudahkan urusan aku yang ini....now, kereta aku pun dah jadi public property ek?...kikikiki...
*entah-entah lepas-lepsa ini korang pun jadi passenger aku..hehehe...

Sabtu 20/8/2016 lepas, (sebelum tengok Badminton Olimpik 2016: Lee Chong Wei) aku sempat pergi swim kat area rumah...masa on the way balik, nampak sepasang pak cik, mak cik tengah tolak motor diorang kat tengah jalan...aku tak thau nak buat apa...then aku tumpangkan mak cik tu balik ke rumah dia.

Pak cik tu tolak motor dia dengan mat motor lain...mak cik tu ckp diorang dari KL..then dia cakap "Alhamdulillah, dah sampai dekat-dekat rumah baru rosak,"....terkesima kejap aku...positif sungguh mak cik tu...hmm...kesian kan orang-orang lain yang susah tu..terasa aku yang kadang tak bersyukur ni..huhu

Usia Baru Aku 

Ok guys, sebelum aku end my entry kali ni, aku nak wish selamat hari lahir kat diri sendiri....haha...actually it falls on 26 Ogos...so, as usual la tak ada celeberation apa pun...hadiah pun tak ada..haha...siap tengah gaduh dengan one of my family members pulak tuh..huh..

Aku notice jugak yang since few years back, aku tak berapa syok nak wish birthday kat kawan-kawan fb..tak tahulah kenapa...maybe sebab aku rasa yang dorang tu mostly dah ada sepcial person/s yang akan celeberate or wish kat dorang (huntong lah dorang..kikiki)....so, no point la kot picisan macam aku ni nak wish lagi..haha...

Oh ya, aku sempat beli beg untuk biker motor yang (bagi aku) boleh tahan la harganya..dah lama usha beg tu since tahun lepas...baru tahun ni dapat beli..hmm...then bulan ni jugak aku baru habis bayar hp aku secara ansuran...haha...nak beli hp pun aku terpaksa bayar ansur-ansur kat officemate aku weih...semoga Allah murahkan rezeki dia lagi..amin.. :)

Few weeks lepas, ada hal kematian kat area rumah aku...ayah kepada jiran aku meninggal dunia...aku kenal jiran aku tu..muda few years dari aku kot....(kerja askar...handsome :p ) ...ayah dia pun aku kenal..so, aku pun pergi ziarah and sempat solatkan jenazah dia...

Kesian aku tengok jiran aku tu..maybe dia pun terkejut agaknya sebab ayah dia meninggal tiba-tiba malam tuu..hmm...aku pulak tiba-tiba terasa yang diri kita ni kerdil sangat...bila-bila masa je Dia akan panggil kita..and aku harap sangat ada secebis kebaikan yang boleh bantu aku kat Sana nanti...amin...huhu..

Social Media

Hehe..korang tahu tak yang aku ni suka melalak? Mesti la korang tau kan..sebab aku dah paksa korang suh dengar lalakan aku kat blog ni...haha..ada yang cedera telinga tak tuu? Kalau ada, lepas ini pergi jumpa doktor lah yer...kikiki...ada yang menusuk kalbu tak? Kalau ada, kena pergi jumpa yang pakar la macam mana nak tolong ubatkan..sebab aku tak tahu..hahhaha...

Saje je nak promote few media aku kat sini:-
a) Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UC1iYQoHqDTnOJvXZbTq5xvQ
b) Smule Profile: http://www.smule.com/WarkahKembara
c) FB and Wechat boleh minta secara private ye...hehe...

Since aku dah lama tak promote video melalak aku, nah aku letak kat bawah ni..ambek kaw..hahhaa

Acah-acah ada orang menuggu dan menanti...kikiki

Saje try lagu klasik..hehe


Di kesempatan ini, nak ucapkan selamat bercuti Hari Kebangsaan nanti..yeay.. :p

 

Monday 8 August 2016

Tentang Mereka (4): Pernah Sebilik Dengan Gay Di Asrama, Ini 4 Cara Bagaimana Untuk Tangani Mereka

Assalamualaikum...harap semua sihat ye..

Kali ni cuma nak share satu artikel yang aku dapat dari group Whatsapp...artikel tu ditulis oleh Doktor Taufiq Razif.

Mungkin ada sebahagian view Doktor ni yang aku or korang tak setuju...but, tak salah kan, kalau kita membaca...?hehe...

Artikel asal boleh tengok kat SINI ...

===================================================

Beberapa hari lepas saya agak terkejut sebenarnya dengan penyebaran gambar pasangan ‘romantis’ yang katanya pasangan gay (homoseksual).

Saya cuba cari tuan empunya gambar yang menggunakan nama samaran Manja LV tu tapi dia macam dah deactivate dah akaun Facebooknya.

Sebagai orang yang pernah berhadapan dengan individu gay ni saya tak mampu nak berasa jijik sebenarnya dengan perbuatan dia orang ni.

Memang perasaan tak suka tu ada tapi sebenarnya saya kasihan sangat dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual ni.

Secara peribadi saya pernah handle seorang individu gay ni. Ditakdirkan individu gay ni pernah tinggal seasrama dengan saya masa belajar kat Uitm Shah Alam dulu.

Orangnya sangat cerdik, sangat pakar dalam subjek matematik dan sangat peramah orangnya. Masa mula kenal tak tahu pun dia ni gay. Yela, muka dah la handsome.

Dengan gaya percakapan yang sangat petah dan meyakinkan saya tak rasa ada perempuan yang akan menolak.

Sangkaan saya meleset, pada suatu hari tu dia luah kat saya sesuatu yang bagi saya sangat memeranjatkan. Dia bagitahu dia tak ada nafsu pada perempuan dan terseksa tinggal sebilik dengan kawan-kawan lelaki nye.

Yela, bayangkan kalau kita yang lelaki ni terpaksa tinggal dalam bilik yang penuh wanita. Memang sangat-sangat tersiksa la kan.

Mulanya saya macam nak marah pun ada. Rasa naik jijik pun ada tapi perasaan untuk bantu dia masa tu lebih kuat. Jadi saya pendamkan je la perasaan tu.

Macam yang kita tahu individu gay ni sebenarnya macam kita juga. Dia makan macam kita. Tidur macam kita. Cuma yang membezakan dia dengan kita adalah dia ada perasaan pada jantina sejenis. Tu je.

Walaupun pada mulanya American Psychiatric Assosiation mengkategorikan homoseksualiti ni sebagai penyakit mental pada tahun 1952 dan akhirnya kategori ini dihilangkan pada tahun 1973 tapi tetap pada budaya dan agama kita ianya tetap satu kesalahan dan penyimpangan yang amat besar kan.

Cuma secara peribadi saya rasa cara kita respon dengan golongan gay ni sangat la tak betul.

Bayangkan kalau seorang doktor pakar tulang rasa jijik dengan kaki pesakit kencing manis (diabetes) yang dah hitam dan berulat. Dengan bau nanah dan bau tisu kaki yang dah mati (necrosis).
Saya jamin doktor pakar tu takkan mampu buat pembedahan untuk buang tisu mati tu ataupun pembedahan untuk potong keseluruhan kaki tu untuk menyelamatkan nyawa pesakit tu.
Seorang doktor hanya mampu membuat prosedurnya kalau dia mampu buang rasa jijik pada apa pun keadaan pesakitnya.

Seorang cikgu Pendidikan Khas tak boleh merasa jijik dengan perangai korek hidung pelajar autismenya kalau dia nak pastikan emosi dan mental pelajar autisme tu berkembang dengan baik.

Macam tu la juga kita sebagai orang yang normal ni. Kita tak boleh pandang jijik orang gay ni. Kita kena anggap mereka macam pesakit dan pelajar kita. Mereka tak perlukan cacian dan makian.

Cacian dan makian cuma akan membuat mereka makin rosak sepertimana rosaknya kesihatan pesakit diabetes jika doktor pakar tu hanya mampu memandang dengan jijik tanpa rawatan yang betul. Mereka perlukan sokongan dalaman dan nasihat yang membina.

Safiey Ilias, jutawan kosmetik yang popular dengan produk Perlaking pun cerita benda yang sama. Dia bagitahu dia sangat tertekan dengan mulut orang kita yang suka mengata dan mengeji.
Padahal dia dah berubah daripada gaya seorang makyah (transwomen) yang penuh implan silikon di dada dan di dagu kepada gaya seorang lelaki sejati. Orang masih mengeji dan memperlekeh beliau.

cara-tangani-gay-1

Jadi kalau korang nak bantu golongan gay, korang boleh bag itahu fakta ni pada golongan gay ni supaya mereka berfikir sendiri:-

1. Tanamkan dalam minda mereka bahawa kita faham penderitaan mereka dan tujuan kita menasihati bukan untuk menunjukkan kita lebih baik tetapi kita memang berniat untuk membantu mereka.

2. Yakinkan mereka bahawa homoseksualiti ni adalah ujian keimanan kepada mereka. Bukan bala dari Tuhan. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan kemewahan. Masing-masing ada jenis ujian yang tersendiri.

3. Bagi tahu mereka bahawa homoseksualiti ni boleh diubati. Walaupun ada kajian yang menyalahkan hormon androgen sebagai penyebab homoseksualiti tetapi teori ni belum 100% valid. Mulakan dengan mencari tujuan sebenar kehidupan dan mencari gaya hidup yang sihat sebab memang dah terbukti populasi gay ni 20 kali ganda lebih berisiko untuk kena HIV kalau nak dibandingkan dengan orang normal.

4. Contoh rawatan yang boleh dilakukan adalah hipnoterapi. Walaupun terapi sebenar yang paling berkesan adalah tekad individu tu sendiri tapi hipnoterapi ni boleh dijadikan sebagai terapi sampingan.
Saya sempat bertanya pada pakar hipnoterapi Malaysia , Master Rey tentang rawatan pada golongan gay ni. Beliau bagitahu dalam sesi hipnoterapi ni yang biasanya dibuat sampai 6 kali, beliau akan gali dulu akar masalah golongan gay ni.

Mereka jadi gay biasanya bersebab. Boleh jadi sebab trauma masa lampau, boleh jadi sebab pernah diliwat pada masa kanak-kanak, boleh jadi sebab terpengaruh dengan persekitaran tempat mereka membesar.

Lepas tu beliau akan bina mindset yang baru dan insyaAllah sedikit demi sedikit perasan suka pada kaum sejenis boleh dihilangkan walaupun bukan 100% berhasil kalau tanpa tekad yang kuat dari dalam untuk berubah.

Bila saya pandang golongan gay ni dan tiba-tiba rasa nak maki saya akan pandang dulu diri sendiri. Saya nampak baik ni pun bukan sebab saya baik tapi sebab Allah yang tutup aib saya.

Jadi kepada masyarakat di luar sana, jom kita jadi masyarakat yang penyanyang. Baru la komuniti kita akan kembali sihat. Kebencian dan caci maki hanya akan membuatkan komuniti kita makin tenat.

Saya Taufiq Razif hanya doktor perubatan biasa. Bukan ustaz dan bukan juga pakar psikologi. Saya cuma rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan kasih sayang.
Sila tegur jika ada info di dalam yang bertentangan dengan disiplin ilmu psikologi. Melalui kefahaman yang saya ada, insyaAllah tak ada.

===================================================