"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Wednesday 15 June 2016

....demi sebuah kenyataan...

Assalamualaikum...salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua reader...semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya...

For info, kali ini adalah Ramadan pertama since aku makan ubat HIV (HAART)...alhamdulillah, so far sooo good... :) ...tak ada apa yang berbeza sangat because aku masih boleh berpuasa...inilah yang aku targetkan sejak mula-mula aku diagnosed dulu...

Tapi weekend baru-baru ini, ada sedikit peristiwa mengejutkan yang berlaku kat aku...hmm...susah aku nak ceritakan detailed..cuma yang pasti mak and ayah aku dah tahu aku seorang plu..huhu...

...dan ia bermula bila mak aku curi-curi tengok hp and curi-curi tengok barang-barang dalam almari aku...tengah hari sabtu tu (11/6/2016) lepas, mak aku panggil senyap-senyap ajak bincang something...serius jugak tengok muka mak aku time tuu...dalam kepala aku, biasanya kalau dia panggil macam tu, dia nak mengadu sikit-sikit or worse, aku dah kantoi dengan dia..so, ak bingung kejap sampailah dia bukak mulut bertanya....

Aku dapat baca first impression dia kat aku daripada soalan-soalan yang keluar dari mulut dia: yang aku buat maksiat dengan lelaki...dan macam-macam nasihatlah keluar dari mulut dia suruh taubat..suruh stop buat maksiat ..etc....siap salahkan kawan-kawan NGO yang aku kenal tu, kononnya dorang pengaruh tak elok kat aku..huhu....YA, memang itulah persepsi seorang muslim...pantang dengar orang buat perkara-perkara tak elok terus melatah tanpa bertanya betul-betul apa hal yang sebenar...

Aku memang dah agak dah yang perkara macam itu akan berlaku...tapi sikit-sikit aku terangkan time tu...semua cerita aku bongkar...tentang plu feeling yang terlalu lama aku pendamkan dari orang lain and tentang status aku yang tak clean ini... :( ....barulah dia start faham sikit-sikit...

Perasaan aku bertukar dari cuak ke pissed off..marah..geram pun ada...huhu..."kenapalah duk tengok hp aku at the first place?"..."kenapalah kacau privacy aku?"...hakikatnya, aku belum ready nak disclose apa-apa tentang ini...biarlah jadi secret sampai bila-bila....huhu....tapi nak buat macam mana...inilah takdirNya..mungkin ada hikmah....which again I don't know what it is...hmm

One thing for sure, time ini lah aku nampak mak aku nangis sebab aku.."Mak bangga dengan kau...kau dari kecik jarang susahkan mak...belajar pandai...sekarang pun kerja ok...suruh solat pun senang jer...tak pernah tinggalkan solat..mak bangga..."...sedih aku dengar dia cakap macam tu...dia kecewa wei...aku tahu... :(

Sedikit pengalaman aku dalam dunia plu ini aku ceritakan...antaranya cerita yang pernah aku share kat entry dulu-dulu: i wish i cud say d special word (entry yang aku tak sanggup nak continue..huhu).. dan end up dia cakap: "kenapa tak bagi tahu mak dulu? Mak ingat kau ok je semua..tapi rupanya kau menderita lama....KUATnya kau hadapi sorang-sorang..." tersenyum sinis aku dengar..."huh"...baru lah mak aku tahu apa hal sebenar...

Selama ini, aku tak bagi tahu hal-hal aku yang ini sebab banyak benda lagi mak aku nak fikir...aku sekadar tolong apa yang mampu je lah...takkan aku nak bagi tahu benca-benda macam ini?..huhu...dan sedikit terkilan bila aku rasa macam dah terlambat dia cakap macam itu..mungkin kalau awal-awal dulu aku boleh juigak 'cair' dengar...tapi kali ini tak ada apa-apa perasaan pun....sebab aku dah penat nak meraih apa-apa rasa dihargai..didengari...apa tah lagi nak rasa bahagia macam orang lain tu..entah lahh..susah nak explain.. :(

hmm..above all, dia cuba nak terima berita ini...dan masih cuba untuk meredhainya...cuma, aku tak berapa suka bila dia nangis (time solat, time mengaji) disebabkan aku....susah payah aku berusaha menerima dua kondisi aku (iaitu sebagai plu dan sebagai HIV poz) untuk tempoh yang lama dulu, tapi sekarang macam aku terpaksa hadapi semula kesusahan dan perasaan itu...haihh...semoga Allah mudahkan urusan kami...amin...

"Demi sebuah kenyataan yang amat menyakitkan...
Aku yang tidak berdaya hanya berserah padaNya..."