"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Monday 15 July 2013

Aku ingin Bahagia

Salam dan selamat berbulan Ramdahn kpd semua muslimin muslimat..

Kali ni,mmemang rasa terpanggil untuk post sesuatu di sini setelah banyak kali membaca blog abg Najmi. Tak ada apa yg menarik pasal kehidupan aku pun. Memang tak ada perkara 'istimewa' yg pernah berlaku dlm hdup aku yg mmbuatkan aku jadi PLU. Kadang-kadang, aku berasa yg PLU2 lain tu pun ada untungnya kerana ada cerita yg boleh dikongsikan, dan ada alasan yg boleh diberi jika ditanya: "mcm mana kau bolaeh jd PLU?"

Hakikatnya, aku memang ada perasaan ni sjk kecik. Tapi masa tu,ak pun tak tau tentang hal2 mcm ini. Mungkin naluri ni dtg sebab aku mahu rasa dihargai, rasa diri ini sempurna pada pdgn org lain. Tapi, entah lah, aku pun tak pasti apa sebenarnya. Aku teringat masa zaman budak-budak dlu,memang ada gelagat aku yg mcm perempuan; cara berjalan, minat dan hobi mcm perempuan sehinggakan di sekolah menengah, aku di ejek 'bapok'. Aku jadi malu, takut dan selalu rasa tidak selamat di sekolah mengah berasramaku itu. dalam hati tu, ada juga rasa kecewa, sedih dan segala mcm perasaan negatif. W/pun mcm tu,aku tetap memndamkn saja apa-apa perasaan tu sehinggakan tiada siapa yg perasan. Dari situlah perasaan ini makin membuak-buak. Ingin sangat rasa dihargai. Kadang-kadang jeles melihat kwn2 yg ada 'abg angkat' di sekolah. "kenapa aku tak boleh dpt abg mcm tu?"..itulah perasaan aku ketika itu.

Masa berlalu..sehinggalah suatu hari,aku memang tidak dpt menahan perasaan, aku meraba seorg senior di sekolah. Entah mcm mana, dgn takdirNya aku telah disola siasat dan telah dipukul beramai-ramai oleh senior t'sebut dgn kwn2 nya. Malu,memng tak boleh dinafikan. Tapi,amatlah tidak adil mereka buat aku mcm tu kerana di antara mereka yg memukul itu pun, adalah PLU yg berselindung. Mula terdetik dlm hati: "adakah aku ini tidak cukup sempurna utk disayangi?"..tiada siapa yg fhm perasaan itu..Selepas kejadian itu, aku dipulaukan, semakin sunyi aku rasa hidup ini...mujur ada seorg kwn yg fhm. Dia slh seorg mangsa yg diperlakukan oleh kwn2 senior itu taadi. Tapi, spjg aku berkwn dgn dia, kami tak pernah berbicara hal itu. Masing2 malu dan takut untuk berkongsi..

Sejak itu, aku bersumpah yg aku takkan buat lagi hal2 mcm itu. Terasa takut dan malu. Aku mula memencilkan diri yg sudah pun dipulaukan ni..mengaji banyak2,solat banyak2..dan akhirnya aku berpindah ke sekolah baru; dgn harapan dpat bina hidup baru. Alhamdulillah, di sekolah baru,memang aku benar2 telah berubah. Aku ada ramai kwn,rasa dihrgai dan ak tak buat bnda2 tu sgt. Sekadar tidur sama bersama kenalan sja..tiada niat buruk,sekarad tidur sje. Di sinilah, aku bljr mcm2 perkara. Aku tidak lagi dipandang sbg 'bapok' kerana aku telah mengubah perwatakan aku. (Ak benci jadi bapok)

Di alam Uni pulak, perasaan sepi tu seperti menghantui aku kembali. Mulalah perasaan ingin dihrgai tu menebal semula. Aku tidaklagi mempunyai kwn2 yg faham aku dan menghargai aku. Entah lah, mungkin perasaan sje. Secara jujur, aku tidak pernah beronani sehingga aku bljr di uni..semkin aku halang perasaan PLU tu, makin menjadi2 ia dtg. Sehinggakn mimpi basah aku pun bermimpikan lelaki. Aku takut,dan aku selalu menangis. Perasaan rendah diri pun ada. Menylahkan diri s'diri; "kenapa aku jd mcm ni?"..banyak kali jugak aku terfikir untuk mati awal agar aku tak sempat terlanjur lbh jauh nanti. Tapi, aku memang tak mampu nak lawan, dan aku mula berfikir, sampai bila ak nak hidup mcm ni?asyik menylahkan diri s'diri sje.

Kehidupan aku diteruskan dan aku sudah mula mengnali kehidupan PLU. Niat aku ; untuk mencari seseorang yg boleh menyayangi aku, menghargai aku..setiap kali aku menulis atau melakukan apa sahaja perkara, aku amat berhrp agar kehadiran aku ni disedari. Aku mula menukar perwatakan,bljr untuk menjadi 'lelaki sejati'..dgn harapan aku boleh menemui sape2 sje yg boleh menyayangi aku. Dalam masa yg sma,aku bukanlah seseorang yg menjadikan 'sex berat' sbg tujuan utama. Aku mahu bahagia..:(..mungkin mustahil,tapi entah lah..

(bersambung)