"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Thursday 28 May 2020

Tentang Mereka (12); Dugaan HIV Buat Pengantin Baharu

Emel pembaca:-

Assalamualaikum...aku baru saja terbaca blog dan segala coretan saudara..

Aku boleh dikatakan ahli baru dalam dunia PLHIV dan aku redha atas apa yang berlaku setelah berhempas pulas melawan perasaan diri untuk terima hakikat yang aku memiliki virus ni dalam diri. 
Aku dapat tahu sebulan selepas pemergian arwah ayah dan masa itu, peluang aku untuk hidup dikira agak tipis.

For info, aku sudah berkahwin dan usia perkahwinan belum sampai setahun. 2 tahun sebelum kahwin, aku ada pergi buat medical checkup. Masa tu, semua clear, result HIV test pun negatif. Sebab tu rasa confident yang diri ni sihat walafiat. 
Tapi satu hari selepas derma darah, barulah HIV ini dikesan. Masa tu aku baru berkahwin selama 8 bulan.

Masa mula-mula dapat tahu tu, aku memang rasa kena cari orang yang senasib untuk aku luahkan perasaan. At least, ada orang yang akan faham. Sebulan aku sorok hal ini dari wife aku. Tak tahu macam mana nak explain kat dia. Terpaksa guna ayat-ayat yang betul sebab tak nak bagi dia stress dan kecewa.
 
Kalaulah aku tahu hal ni sebelum kahwin, taubat aku tak kahwin. Tapi kenapa lepas 8 bulan berkahwin, baru detected? 😢 Mungkin Allah nak uji aku jugak kan? Doktor pun asyik push aku untuk inform wife dan bawa wife datang check jugak.

Pelbagai fasa aku harungi sejak hari pertama aku didiagnos; Dari Fasa Training Makan Ubat, Fasa Melawan Takdir, Fasa Merahsiakan dari Pengetahuan Isteri, Fasa Berdepan Masyarakat secara Psikologi dan Mental, Fasa Membina Semula Semangat dan lain-lain..

Alhamdulillah, sekarang isteri dah tahu aku ambik ubat ni dan memang tak ada rahsia dah antara kitorang (dia free from HIV; kuasa Allah, dan nasib baik tak ada zuriat lagi). Tak guna jugak sorok-sorok. Tapi yang stressnya bila terpaksa bersembunyi dari dunia luar tentang virus ini dan untuk kekalkan kesihatan.

Sekarang, dah beberapa bulan aku start makan ubat HAART ni. Appointment doktor memang tak pernah missed. So far so good. Cuma result CD4 & Viral Load masih tak dapat lagi sejak first result.
Memang aku decide untuk start terus ambik ubat ni selepas dapat tau aku positif walaupun doktor banyak kali tanya since CD4 aku masih ok dan aku masih sihat lagi. Bagi aku, takkan nak tunggu jatuh sakit baru nak ambik ubat kan? Better start dari awal.

Tentang pengambilan ubat pulak, kadang-kadang, isteri yang tolong ambikkan ubat kat hospital bila aku busy dengan kerja. Alhamdulillah, ada isteri memahami.

Bercerita pasal ubat HAART...MashaAllah, berat sungguh dugaannya!;
Fist day jatuh pada hari aku bekerja. Walaupun aku makan ubat pada pukul 10 malam, tapi kesannya sampai keesokan hari. Aku seperti berada di awang-awangan dan sdikit khayal. Oleh sebab sibuk ke sana ke mari, aku boleh lupakan sikit rasa dan kesan ubat HAART tu. 
Hari kedua dan ketiga jatuh pada hari cuti. Aku jadi sangat lembap..terbaring seharian. 
Nasib baik ada isteri yang memahami situasi aku.

Bagi akulah kan, tak rugi kalau PLHIV kat luar sana start awal ubat ni. Demi kebaikan diri jugak. At least sihat. Alhamdulillah, lepas aku ambik ubat HAART, kesihatan aku baik. Jarang demam dan selesema. Mungkin ubat tu dah menidurkan virus tu InsyaAllah.

Cuma sekarang, aku berharap aku dapat memiliki zuriat aku sendiri. Doakan aku sehat Dan bertambah sehat ok? Aku doakan agar diteguhkan iman dan kekal sihat jugak untuk saudara InsyaAllah.

Walaupun orang sekarang tak read blog dah, but percayalah, pengalaman aku masa mula-mula diganosed HIV ini, aku banyak buat research dan mulalah belek semua blog dan baca cerita-cerita orang. 
(Ada jugak terbaca blog PLHIV luar negara. Dekat sesetengah tempat, masyarakat diorang dapat terima orang yang macam kita, very open. Tapi kat sini kalau orang dapat tahu, aku tak rasa orang ramai boleh terima diri aku seperti biasa. Mesti aku akan dipandang hina terus, dijauhi, dicaci, dipulaukan..dan paling aku takut adalah kena buang kerja..hmm)


Emel balasan:-

Wassalamualaikum...

Alhamdulillah. Saudara berani jugak makan ubat tu. Ada sesetengah orang, ambik ubat sekejap, lepas tu berhenti..

Saya nasihatkan, perkara yang dah lepas, tak payahlah dikenang. Syukur sangat ada wife yang fhm. Saudara kena jaga dia betul-betul tu.

Kalau ada rasa down, cuba fikir betapa banyak lagi PLHIV yang lebih teruk situasinya; nak diluah mati mak, nak dtelan mati bapak. Nak kahwin pun fikir banyak kali sebab takut bakal wife tak dapat terima.

Berkenaan dengan ubat tu, start awal lagi bagus. Tapi ada orang yang takut nak ambik sebab macam-macam alasan.

Bagi aku, tak payah fikir sangat sampai jadi takut; sampai rasa was-was tentang apa yang boleh dimakan, apa tak boleh; sampai takut terlambat makan ubat 1 minit, tercepat 1 minit.
Masa aku dulu, orang guide sikit-sikit je, lepas tu pandai-pandailah; kalau nak terus hidup, sila makan ubat; kalau tak nak, buang jela ubat.

Aku ada member yang makan ubat selama 1 bulan. Dia tak tahan pening, terus berhenti mkn ubat. Lepas tu demam teruk, doktor suruh makan jugak ubat. Masa dia mula-mula diagnosed, dia cari aku. Lepas dah teruk pun cari aku. Kalau dia tak nak dengar nasihat aku, aku jadi malas nak layan.

For info, aku diagnosed pada tahun 2014. Kat blog ni aku cerita macam-macam pasal journey aku. Side effect ubat bukan setakat pening kepalalah. But I choose to live with it la; kita punya badan, jaga sendiri. Kalau dah tau sakit, jangan merokok, minum air bergula 24 jam, lembik badan langsung tak bersenam, lepas tu meroyan: fed up la...sedih la..depress la... haha

Hal zuriat pun tak ada masalah tu, insyaAllah boleh. Tapi kena ikut arahan doktorlah. Aku doakan semoga dapat baby yang come-comel dan sihat-sihat..hehe 🤗.

Ak tahu saudara ni baru lagi. Apa-apa pun, aku salute kat saudara. Kekal kuat ya!!
Terima kasih jugak sebab sudi baca blog aku yang tak seberapa ni..haha..

P/S: nah lagu aku 'sumbangkan'..hahaha

Dan engkaulah segalanya, sinar menyinari...
Duniaku terasa terang dan bererti...
Dan hadirmu kan terus membakar semangatku...
Untuk terus berdiri...
Dan engkaulah matahariku...
Hanya engkau yang satu...