"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Wednesday, 20 July 2011

BAGAIKAN LAUT



sila klik audio di atas..

BAGAIKAN LAUT YANG SENTIASA BERGELORA’- Mungkin inilah ungkapan yang sesuai untukku. Apabila laut yang bergelora itu tenang secara tiba-tiba, pasti menakjubkan. Tapi semua itu mustahil seperti mimpi yang tidak pernah menjadi kenyataan. Mengapa setiap kali aku ditimpa musibah, tiada sesiapa yang akan menenangkan hatiku? Kadang-kadang apabila imanku digugat dan peganganku digoncang oleh hati yang amat sedih, aku bertanya mengapa Tuhan tidak mematikanku kerana aku sering menyusahkan orang lain? Malahan setiap kali aku berbuat kebaikan, tiada siapa yang akan mengucapkan kata-kata baik. Aku sedar, Allah mahukan keikhlasan, kerana tuntutan itulah aku meluahkan segalanya dengan pena dan kertas. Sudah lama aku ditindas. Tak tahu apa sebabnya. ‘MUNGKIN PADA HAYAT LEPAS AKU PERNAH BERBUAT DOSA’. Ah, itu semua dusta semata-mata! Tidak pernah pun seorang insan dihidupkan semula di dunia yang sama. Aku tahu, aku banyak kekurangan dan ini menyebabkan aku berasa tidak layak berada di kalangan kamu semua, sehinggakan hati kecilku merayu ‘’Tolonglah, jangan sisihkan insan yang kerdil ini.’’ Alangkah indahnya jika mereka mendengar dan memahami berontak jiwaku ini. Mereka hanya melihatku sebagai seorang yang pentingkan diri dan periang. Percayalah aku bukan begitu. Setiap kali aku menjalani hidup, aku akan berpura-pura menjadi seseorang yang aku sendiri tak tahu siapakah dia dan apakah ia. Aku sering mengimpikan kehidupan yang sempurna; tiada benci dan martabat. Namun semua itu takkan tercapai terhadap sesiapapun. Mungkin Allah mahu, aku mengharungi kepahitan sebelum mengecapi kemanisan hidup pula. Tapi, ujian yang kau beri ini tidak tertanggung olehku. Entah-entah, jika ada insan yang menggantikanku, pasti dia pun akan kecundang. Maha suci Kau Ya Allah yang telah menciptakanku di kalangan makhluk termulia. Segala puji bagi Allah yang tetap tabahkan hatiku dan menenangkanku apabila aku kesedihan walaupun aku pernah mengeluh tentang hidup ini. Kaulah Maha besar kerana Kaulah yang mengetahui hala tujuku pada masa hadapan. Aku berharap agar suatu hari nanti ketika aku tiada, masyarakat akan mengetahui apa yang sentiasa bermain di dalam lubuk hatiku setelah sekian lama kupendamkan. Akan kucuba sedaya upaya untuk mendapatkan keredhaanMu Tuhan, walaupun mereka masih memperlekehkanku kerana kutahu tiada sesiapapun yang tidak pernah menempuhi dugaan sebelum mencapai kebahagiaan. Harapanku agar diampunkan segala dosa, janganlah Kau gagalkan Ya Allah. Semoga kau memperkenankan permintaanku ini. Berilah petunjuk kepadaku atas setiap perkara yang akan kulakukan bagi menyelesaikan konflik kehidupan.

2003

No comments:

Post a Comment