Kali ni, aku nak perkenalkan slot baru kat blog ak nih..(cewah, macam channel tv pulak..kikiki)...slot yang aku maksudkan ni adalah ruang untuk share cerita-cerita or luahan orang lain...tak kisah la, orang tu share through emel aku atau aku sendiri yang ambik kat mana-mana..tapi, of course la mintak izin empunya cerita kan..haha...bukan apa, saje nak share, kot-kot la bermanfaat..hmm..
1) New Person
Hmm, luahan kat bawah ni, aku dapat dari salah seorang yang 'seperti aku'...masa tu, dia baru je didiagnosed and warded untuk few days...dalam bulan Disember 2015 hari tu, aku dengan kawan-kawan sempatlah visit dia ni sebelum dia discharged...tapi kalau tak salah dia warded semula kat hospital lain pulak...try la baca:-
"...semalam adalah hari yang paling sedih dalam hidupku...aku duduk di wad selama 11 hari tanpa pengetahuan Mama & Papa. Hanya adik lelaki yang setia melawatku setiap petang setelah kantoi org Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memghubungi adikku untuk ujian TB. Aku ugut adik lelakiku agar tak bagi tau sesiapa di mana aku berada & bagi tau papa & mama yang aku berkursus di Melaka.
Tapi Allah Maha besar, minggu ni aku diberi ujian yang sangat berat. Kesan ubat TB yang aku ambil menyebabkan aku asyik muntah & sangat tidak bermaya. Adik lelakiku menangis & meminta kebenaran untuk bagi tau Mama & Papa..tapi aku menjerit kalau dia bagi tau, dia bukan adik aku lagi. Selepas adik aku balik, Doktor datang bagi tau akan stop kan ubat TB sebab affect liver aku.
Malam tu, aku tak sangka mama & papa datang lawat aku sebab adik aku dh bagi tau mereka. Mama & Papa menangis sebab aku tipu & tak nak share kesakitan yang aku alami. Mereka peluk aku & cium aku dengan penuh kasih sayang. Aku menangis sebab banyak dosa aku kat Mama & Papa masa aku sihat dulu.
Dulu time sihat aku jarang balik rumah, sebaliknya aku duduk rumah bf & scandal aku yang tak guna. Time cuti semester Uni, aku selalu minta duit lebih, cakap nak beli buku tapi sebenarnya aku nak pergi clubbing. Sekarang baru aku sedar pembalasan Allah atas kiffarah dosa-dosa aku terhadap Mama & Papa. Aku disahkan menghidap HIV, Toxoplasmosis & TB....
Tapi yang penting sekarang, aku kena kuatkan semangat sebab aku nak sihat and nak jaga Mama & Papa sampai mereka meninggal. Tiada lagi impian nak tukar kereta, pergi melancong, beli rumah dalam kamus hidup aku...kecuali aku nak bantu family aku. Dulu masa bercouple memang aku tak ingat dunia, tapi Alhamdulillah bila sakit baru aku ingat Allah.
Apapun aku takkan bagi tau status HIV aku kerana rakan HIV aku kata walaupun family boleh terima, tapi kesedihan akan sentiasa di hati mereka. Harap rakan-rakan di sini dapat membantu aku untuk terus cekal & tabah meneruskan hidup ini..."
YA, inilah jugak dilema aku....banyak kisah-kisah macam ni yang aku terbaca dan alami...memang sentiasa rasa bersalah kat famili..especially kat Tuhan...cuma kadang-kadang banyak kali tergelincir jugak....huhu...aku ni pun manusia biasa...in fact, pada saat aku menulis penyesalan-penyesalan seperti ini, mungkin aku sedang melakukan dosa...hakikatnya, aku pun sama macam korang jugak..huhu
Nota: ini gambar kitorang yang melawat member tu..tak semua dalam pic ni berstatus 'seperti aku'...kalau terer, mana satu pic aku?haha..siapa betul aku bagi hadiah...:) |
2) Ingin seperti mereka
Luahan yang kedua ni pulak adalah perasaan gembira bercampur sedih bila attend wedding member-member...mana tak nya: satu persatu member aku mengecapi kebahagiaan..dan setiap kali attend tu, ada semacam perasaan terharu and sebak..."kawin dah member aku ni..."..hehe..tu lah...antara kisah-kisah aku attended my friend's wedding ada kat link-link bawah ni...I wish,ingin seperti mereka jugak..huhu:-
mampukah aku....?
Keabadian Cinta???
sendiri
Kembara Cinta
aku tak nak jadi bebanan
lapuk = lajak = lanjut
'Struggle' for Life / Love
Saksi Cinta
hati dan perasaan (Tak ada kaitan dengan perkahwinan member-member aku...sekadar share sebab terbelek entry-entry lama..haha)
Then, yang kat bawah ni pulak adalah luahan hati someone yang aku terbaca kat alam maya ni...cukup untuk menyimpulkan perasaan yang aku selalu alami tentang attending majlis kahwin member-member aku tu:-
"Setiap kali hadiri majlis kahwin sahabat baik, jiwa ni pasti sedih, dalam perjalanan pulang sambil memandu atau bawa motor mesti mengelamun, kenapa aku begini? Kenapa aku songsang? Sedih hanya jiwa dan Allah yg tahu. Aku juga impikan persandingan pelamin indah, tidur malam memeluk isteri, tapi tidak dihadirkan rasa cinta dan sayang untuk wanita, aku berjiwa songsang dan aku tak okay. Solat 5 waktu aku jaga, mengaji aku tak lupa tapi kenapa aku kalah pada nafsu? Allahu sedih hanya diri yg menanggung..."