"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Tuesday, 17 May 2016

Tentang Mereka (3); ...oh Tuhan, ku mahu yang terbaik!!!

Chat Reader:- 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 
 
Aku baru ni buat HIV test sebab my wife at last found out about 'aktiviti' aku (dengan plu). Jangan soal macam mana dia tahu. Obviously die check hp and i get caught finally. 

Banyak la yang berlaku dan dia memang marah. On top of all, dia sangat kecewa.

Tapi syukur, isteri aku sangat mulia, sangat agung sebab dia masih memberi ruang dan peluang untuk aku berubah.

As for now, aku kena baiki hubungan aku dgn Tuhan and fix back our marriage. 1 Ramadan ni dia akan beri kata putus.

Aku mengerti dia dah banyak bersabar dan berkorban. Selama ini aku ambil mudah segala usaha dan pengorbanan dia.

Aku sekarang sesungguhnya dalam usaha untuk berubah. Harap dapat ditemui apa yang aku cari.

Kindly share any activities yang berkaitan untuk aku berubah. Harap ada sinar utk aku berubah

Chat balasan:- 

Waalaikumussalam

Sayu saya baca :( ...

First:: hope your HIV test is ok...hmm

Second: Alhamdulillah, wife abang masih boleh sabar dengan abang..tapi memang kena banyakkan doa supaya Allah bukak kan hati dia untuk terima abang semula dan memang kena consider (kebajikan) anak-anak time macam ni...huhu...I've seen a lot of anak-anak yang kecewa (dalam famili yang berpecah belah).

Third, ada banyak aktiviti (yang boleh abang join) untuk berubah.I can suggest program NGO untuk orang-orang yang nak berubah...but it includes various people..Eg: Homeless (people), Transgender, Ibu tunggal etc.

Hopefully abang tabah dan sabar ya..I know its not easy...
 
*personal view aku: memang banyak dugaan untuk berubah dan buang perasaan plu tu. Aku sendiri pun tak pernah berjaya to get rid of it. In fact, aku macam sceptical sikit pada kejayaan-kejayaan plu yang berjaya membuang plu feeling sepenuhnya tu (kononnya). Mungkin betul ada yang berjaya, tapi secebis feeling tu tetap ada I believe. Cuma apa yang aku boleh katakan, plu feeling dan setiap nafsu tu boleh dikurangkan. Dapat mengurangkan feeling-feeling seperti itu pun sudah membuktikan kejayaan kita bergelar plu. Mungkin boleh start to avoid meet up with plu. As for me, selagi tiada penetration (heavy sex) tu pon dah bagus as a start...semoga Allah mudahkan urusan kita semua...amin..
 
*Content chat kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti. 
 
=====================================================
 
hmm..sebelum aku berbalas chat dengan kawan internet aku tu, aku dapat tau yang seorang junior perempuan tengah merisik-risik 'availability' aku..huhu..
 
Aku sekadar memberi respon yang aku tak fikir lagi tentang hal kahwin ni..hmm, bukan senang nak explain hal-hal macam ni kat mana-mana perempuan pun...lagipun, aku tak kenal sangat junior aku tu...jarang sangat berborak time sekolah dulu...entah macam mana pulak tiba-tiba je bertanya-tanya aku...haha..
 
Plus, kalau korang ingat, aku pernah cerita kat entry lepas-lepas yang few school mates cuba nak matchkan aku dengan salah seorang class mate aku jugak...dan aku lebih selesa berborak dengan class mate aku yang ini...oleh sebab aku pun duk terfikir-fikir hal status aku ni, tak ada la aku duk 'ngorat-ngorat' dia...hahaha...
 
Cuma, baru-baru ni, aku terus terang cerita kat dia tentang plan few school mates aku tu dan dia pun tahu pasal hal tu. Finally, aku cakap yang aku 'sakit'...sebab tu aku tak fikir sangat pasal kahwin and ada anak bagai. Dia insist nak tau aku sakit apa...tapi, aku tetap tak bagi tahu...as usual, orang akan cakap: "tak apa, kau boleh share apa-apa kalau nak,"...dan as always, aku consider that as 'acceptance in rejection'...haha...pathetic dow...  
 
 
Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini 

 
"You, such an inspiration to me, I dont know. 
Every time I tengok your blog or I dengar You nyanyi, I sentiase menitiskan air mata.  
I rasa dekat dan ringan je nak membaca Quran.  
I hope you ditempatkan dengan orang-orang yang soleh nanti,  
In sha Allah," - kawan Facebook



Tuesday, 10 May 2016

Tentang Mereka (2); Adakah Telan Air Mani Berisiko Mendapat HIV?

Emel reader:-

Assalamualaikum.

Saya Az, umur baru 20 tahun. Saya salah seorang silent reader blog warkah kembara. Hopefully abang sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah. :)

Saya nak buat pengakuan, sebenarnya saya punya naluri sama macam abang dan sekitar bulan December (2015) - January (2016) saya ada melakukan aktiviti berisiko iaitu telan air mani pasangan saya.
(Adakah kemungkinan saya mendapat HIV) sebab saya ada baca baca penyakit ni akan timbul lepas kita lakukan aktiviti berisiko selepas 3-6 bulan. Saya telan air mani pasangan saya sebanyak dua kali (sekitar tempoh itu). So far tiada tanda2 yang merunsingkan.
=====================================================
Saya ada menyuruh pasangan saya melakukan ujian saringan di klinik kesihatan kerajaan dan hasil nya adalah negative.

Pasangan (lelaki) saya ada menunjukkan surat pengesahan dari klinik kesihatan bahawa dia telah menjalani ujian saring. Tapi saya musykil dengan keputusan tersebut, sebab kat surat klinik tersebut tak tertera keputusan tersebut. Hanya cop dan tanda tangan doktor sahaja.

Pasangan saya memberitahu bahawa keputusan adalah sulit dan ianya tidak dicetak di atas surat tersebut. sebaliknya diberitahu secara lisan.

Saya nak tahu pendapat abang mengenai perkara ini berdasarkan pengalaman abang. Betul ke keputusan positive atau negative tidak dicetak untuk melindungi privasi?
Mohon pencerahan. 

Emel balasan:-

Waalaikumussalam..

Terima kasih sebab sudi baca blog tu...tak ada apa sangat pon situ..

Masa Az telan air mani tu...ada tak buat anal sex tanpa kondom?

Ujian saringan kat hospital kerajaan tu saya tak pasti..yang saya tau kalau borang saringan untuk nikah, memang tak tulis apa-apa status...nanti saya akan tanya pada kawan-kawan saya. Tapi kalau private clinic, ada tulis (keputusan) ujian tu s.ama ada reactive (positif) atau non-reactive (negative).

Emel reader:- 

Saya hanya melakukan seks oral sahaja tidak melibatkan anal. Kalau ikutkan memang saya tak berani dan tak akan telan air mani. Tapi lepas partner saya menunjukkan keputusan ujian saringan saya jadi kurang rasa takut dan tergerak untuk mencuba.

Partner saya lakukan ujian saringan HIV untuk nikah. Katanya result akan dihantar dan disimpan dalam sistem pejabat agama (urusan pendaftaran perkahwinan) sebab tu tak ditulis di atas kertas.

Kalau private clinic nak buat kat mana ye? berapa kos dan jangka masa untuk tahu keputusan? So far dah lebih 3 bulan dari peristiwa tersebut. Tiada tanda apa-apa cuma saya nak ambil langkah berjaga-jaga.

Saya selalu doakan semoga abang sentiasa sihat dan bahagia dalam rahmat allah. Amin.

Emel balasan:-
Apa yang saya tau, ujian saringan untuk nikah memang tak rekod apa-apa nama kat result. Setahu saya jugak, ia takkan dihantar ke man-mana pejabat agama.

Berbalik pada soalan Az, risiko untuk HIV merebak melalui oral sangat rendah...memang susah. Setahu saya, setakat telan air mani bukan faktor HIV berjangkit..rasanya tak perlu risau sangat dah tentang ni.

Tapi kalau nak buat test, silakan..boleh pergi ke Klinik Kesihatan (klinik government) atau klinik swasta. Kat swasta RM30 pon boleh buat dah.

Pesan sy; hati-hatilah..ok?

Thank you sebab doakan..amin.. :)
*Content soal jawab kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti.
*Info tambahan: HIV akan mudah tersebar melalui sex berat (tanpa protection), perkongsian jarum dadah, anak yang dlm kandungan, susu ibu yang diberi kepada bayi dan pemindahan darah. 

nah..dengar lagu yang di'sumbang'kan aku...kikiki