"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Monday, 8 August 2016

Tentang Mereka (4): Pernah Sebilik Dengan Gay Di Asrama, Ini 4 Cara Bagaimana Untuk Tangani Mereka

Assalamualaikum...harap semua sihat ye..

Kali ni cuma nak share satu artikel yang aku dapat dari group Whatsapp...artikel tu ditulis oleh Doktor Taufiq Razif.

Mungkin ada sebahagian view Doktor ni yang aku or korang tak setuju...but, tak salah kan, kalau kita membaca...?hehe...

Artikel asal boleh tengok kat SINI ...

===================================================

Beberapa hari lepas saya agak terkejut sebenarnya dengan penyebaran gambar pasangan ‘romantis’ yang katanya pasangan gay (homoseksual).

Saya cuba cari tuan empunya gambar yang menggunakan nama samaran Manja LV tu tapi dia macam dah deactivate dah akaun Facebooknya.

Sebagai orang yang pernah berhadapan dengan individu gay ni saya tak mampu nak berasa jijik sebenarnya dengan perbuatan dia orang ni.

Memang perasaan tak suka tu ada tapi sebenarnya saya kasihan sangat dengan mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual ni.

Secara peribadi saya pernah handle seorang individu gay ni. Ditakdirkan individu gay ni pernah tinggal seasrama dengan saya masa belajar kat Uitm Shah Alam dulu.

Orangnya sangat cerdik, sangat pakar dalam subjek matematik dan sangat peramah orangnya. Masa mula kenal tak tahu pun dia ni gay. Yela, muka dah la handsome.

Dengan gaya percakapan yang sangat petah dan meyakinkan saya tak rasa ada perempuan yang akan menolak.

Sangkaan saya meleset, pada suatu hari tu dia luah kat saya sesuatu yang bagi saya sangat memeranjatkan. Dia bagitahu dia tak ada nafsu pada perempuan dan terseksa tinggal sebilik dengan kawan-kawan lelaki nye.

Yela, bayangkan kalau kita yang lelaki ni terpaksa tinggal dalam bilik yang penuh wanita. Memang sangat-sangat tersiksa la kan.

Mulanya saya macam nak marah pun ada. Rasa naik jijik pun ada tapi perasaan untuk bantu dia masa tu lebih kuat. Jadi saya pendamkan je la perasaan tu.

Macam yang kita tahu individu gay ni sebenarnya macam kita juga. Dia makan macam kita. Tidur macam kita. Cuma yang membezakan dia dengan kita adalah dia ada perasaan pada jantina sejenis. Tu je.

Walaupun pada mulanya American Psychiatric Assosiation mengkategorikan homoseksualiti ni sebagai penyakit mental pada tahun 1952 dan akhirnya kategori ini dihilangkan pada tahun 1973 tapi tetap pada budaya dan agama kita ianya tetap satu kesalahan dan penyimpangan yang amat besar kan.

Cuma secara peribadi saya rasa cara kita respon dengan golongan gay ni sangat la tak betul.

Bayangkan kalau seorang doktor pakar tulang rasa jijik dengan kaki pesakit kencing manis (diabetes) yang dah hitam dan berulat. Dengan bau nanah dan bau tisu kaki yang dah mati (necrosis).
Saya jamin doktor pakar tu takkan mampu buat pembedahan untuk buang tisu mati tu ataupun pembedahan untuk potong keseluruhan kaki tu untuk menyelamatkan nyawa pesakit tu.
Seorang doktor hanya mampu membuat prosedurnya kalau dia mampu buang rasa jijik pada apa pun keadaan pesakitnya.

Seorang cikgu Pendidikan Khas tak boleh merasa jijik dengan perangai korek hidung pelajar autismenya kalau dia nak pastikan emosi dan mental pelajar autisme tu berkembang dengan baik.

Macam tu la juga kita sebagai orang yang normal ni. Kita tak boleh pandang jijik orang gay ni. Kita kena anggap mereka macam pesakit dan pelajar kita. Mereka tak perlukan cacian dan makian.

Cacian dan makian cuma akan membuat mereka makin rosak sepertimana rosaknya kesihatan pesakit diabetes jika doktor pakar tu hanya mampu memandang dengan jijik tanpa rawatan yang betul. Mereka perlukan sokongan dalaman dan nasihat yang membina.

Safiey Ilias, jutawan kosmetik yang popular dengan produk Perlaking pun cerita benda yang sama. Dia bagitahu dia sangat tertekan dengan mulut orang kita yang suka mengata dan mengeji.
Padahal dia dah berubah daripada gaya seorang makyah (transwomen) yang penuh implan silikon di dada dan di dagu kepada gaya seorang lelaki sejati. Orang masih mengeji dan memperlekeh beliau.

cara-tangani-gay-1

Jadi kalau korang nak bantu golongan gay, korang boleh bag itahu fakta ni pada golongan gay ni supaya mereka berfikir sendiri:-

1. Tanamkan dalam minda mereka bahawa kita faham penderitaan mereka dan tujuan kita menasihati bukan untuk menunjukkan kita lebih baik tetapi kita memang berniat untuk membantu mereka.

2. Yakinkan mereka bahawa homoseksualiti ni adalah ujian keimanan kepada mereka. Bukan bala dari Tuhan. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan kemewahan. Masing-masing ada jenis ujian yang tersendiri.

3. Bagi tahu mereka bahawa homoseksualiti ni boleh diubati. Walaupun ada kajian yang menyalahkan hormon androgen sebagai penyebab homoseksualiti tetapi teori ni belum 100% valid. Mulakan dengan mencari tujuan sebenar kehidupan dan mencari gaya hidup yang sihat sebab memang dah terbukti populasi gay ni 20 kali ganda lebih berisiko untuk kena HIV kalau nak dibandingkan dengan orang normal.

4. Contoh rawatan yang boleh dilakukan adalah hipnoterapi. Walaupun terapi sebenar yang paling berkesan adalah tekad individu tu sendiri tapi hipnoterapi ni boleh dijadikan sebagai terapi sampingan.
Saya sempat bertanya pada pakar hipnoterapi Malaysia , Master Rey tentang rawatan pada golongan gay ni. Beliau bagitahu dalam sesi hipnoterapi ni yang biasanya dibuat sampai 6 kali, beliau akan gali dulu akar masalah golongan gay ni.

Mereka jadi gay biasanya bersebab. Boleh jadi sebab trauma masa lampau, boleh jadi sebab pernah diliwat pada masa kanak-kanak, boleh jadi sebab terpengaruh dengan persekitaran tempat mereka membesar.

Lepas tu beliau akan bina mindset yang baru dan insyaAllah sedikit demi sedikit perasan suka pada kaum sejenis boleh dihilangkan walaupun bukan 100% berhasil kalau tanpa tekad yang kuat dari dalam untuk berubah.

Bila saya pandang golongan gay ni dan tiba-tiba rasa nak maki saya akan pandang dulu diri sendiri. Saya nampak baik ni pun bukan sebab saya baik tapi sebab Allah yang tutup aib saya.

Jadi kepada masyarakat di luar sana, jom kita jadi masyarakat yang penyanyang. Baru la komuniti kita akan kembali sihat. Kebencian dan caci maki hanya akan membuatkan komuniti kita makin tenat.

Saya Taufiq Razif hanya doktor perubatan biasa. Bukan ustaz dan bukan juga pakar psikologi. Saya cuma rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan kasih sayang.
Sila tegur jika ada info di dalam yang bertentangan dengan disiplin ilmu psikologi. Melalui kefahaman yang saya ada, insyaAllah tak ada.

===================================================

4 comments:

  1. satu perkongsian yang sangat bagus abang warkah..kalau ada lagi update kat blog k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Dani...insyaAllah..klo ad kelapangan...nk bce gak blog sume org..tp x smpt je..huhu...nti sy usha2 k.. :)

      Delete
  2. Xnak komen pape, arinih nk lyan lagu2 wk kat yutube, sedap gilerrt lagu intai kami antara nmpak, mywife pun suka,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...wife abg tgk my utube gak ke???msti kne kutuk ni..hahhahaha

      Delete