"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Thursday, 30 November 2017

Tentang Mereka (7); Insecure

Emel reader:-

...Terima kasih bro sudi balas.. begini ceritanya:

Aku dan abang aku ni kenal dah dekat setahun kat negeri Pantai Timur...then sekarang ini aku duduk dengn dia sebab kitorang kerja di tempat yang sama.

Awal perkenalan, aku memang ada syak something wrong with him tapi untuk jaga relationship, aku think positive je la kan.

Selepas beberapa bulan, baru dia mengaku yang dia HIV positif..tapi time tu, dia tak ambil (ubat)  HAART lagi..Time tu aku dah dalam dilema sebab aku still ok dengan dia, tapi dalam masa yang sama aku takut..

Lepas dia open up tu, aku still treat dia mcm biasa. Aku try memahami dia..kadang-kadang aku temankan dia pergi (apointment doktor) and aku pun buat check up sekali (selama 2 tahun aku dlm dunia plu ni mmg aku rajin check up)..

Sekarang ini dah 3 bulan dia ambil (ubat) HAART atas saranan doktor walaupun paras CD4 dia masih ok. Tugas aku pulak adalah ingatkan dia untuk take medicine tu daily.

Hidup kitorang sekarang banyak dah berubah; no heavy sex. Dia selalu larang aku sentuh dia or any body contact sedangkan tak ada apa-apa risiko pun kalau body contact (aku dah buat research pasal gaya hidup dengan orang yg menghidap HIV ni).. Aku jadi keliru and makin lama dia selalu down..

Buat pengetahuan bro, aku ni tak ada family atas sebab sah taraf diragui. Abang aku pulak memang tak rapat dgn family. Positive attitude dia yang ada sekarang adalah dia tengah belajar untuk berubah jadi hamba Allah yang baik dan aku sendiri try berubah sementara aku still mentah dalam dunia ni..


Emel balasan:-

Alhamdulillah, dia dh start HAART dan aku assume bro negative kan?

For a brief introduction, CD4 ni salah satu measurement sel darah putih yg berkaitan dengan sistem daya tahan badan untuk melawan penyakit-penyakit seperti demam, selesema..etc. HIV akan makan CD4 dalam badan..
CD4 orang yang tak ada HIV is between 500-1000 dan kalau CD4 below 300 tu, dah hampir kepada AIDS... So, to avoid HIV tu bunuh CD4 lagi banyak, maka kena makan HAART supaya HIV tu 'tidur dan tak aktif'.... Boleh try google 'CD4' utk info detail..

Ubat HAART tu pulak ada side effects: it's either short term side effects or long term side effects. 
  • Contoh-contoh short term side effects: ruam, muntah, pening..etc
  • Contoh-contoh long term side effects: kidney failure, liver failure, reduce bone density..etc..
Ada sesetengah ubat yang boleh menyebabkan rasa depress dan down..bergantung pada jenis ubat yang diambil..

Back to your concern on 'abang bro tu semakin down', mungkin sebab dia rasa insecure; walaupun dia tau yg HIV tak jangkit kat orang lain through normal sentuhan, share makanan..etc.. Mungkin dia rasea rendah diri bila ada orang yang non-HIV sayang kat dia....mungkin sebab rasa sayang dia kat bro menyebabkan dia jadi protective and tak nak bro terkena HIV macam dia... These reflect his insecurity. Plus, dia makan ubat yang mungkin menyebabkan diri dia rasa down (walaupun sikit)..

In my situation: aku tahu side effect ubat yang aku ambik dari segi emosi and rasa down; aku jadi lebih mudah emotional (sedih, down and marah) especially within few hours makan ubat aku tu. Tapi, aku try kawal those feelings dengan buat macam-macam perkara. Contoh: lepas makan ubat, aku tidur...bila down rasa sunyi, aku offline social media (sebab kadang-kadang rasa down bila tengok orang lain happy dengan kawan-kawan dan rasa demoral bila kawan-kawan internet komen negatif kat post-post or aktiviti yang aku share kan)...time weekend, aku cari duit lebih and do some outdoor exercises..paling penting adlh: jangn tinggal solat. Walaupun rasa nak marah dengan takdir, tetap kena sembah Tuhan, mintak ampun..

Mungkin cara aku control those feelings tak boleh ditiru sebijik-sebijik..but abang bro kena start somewhere...setiap orang ada cabaran hidup masing-masing..

Dan untuk bro, memang kena support dia walaupun dia refuse...maybe boleh ajak makan angin ke, berkelah ke..hug dia sebagai tanda bro memang support dia sangat..

Semua orang tak suka jadi plu.. Sepanjang observation aku, ada banyak jenis plu..antaranya: 
  1. Naluri plu dah ada sejak kecik..mungkin disebabkan faktor membesar..
  2. Orang straight yang nak cuba-cuba or dipengaruhi orang lain..
Aku dalam kategori (1), susah sikit untuk orang macam aku ni buang terus naluri plu. Tapi, at least boleh try kurangkan aktiviti 'tak sihat' tu..hmmm. Cumanya, once kitorang kurangkn aktiviti 'itu', kitorang tak ada cara lain dah untuk release kan desire tu. Unlike straight guys, diorang boleh kahwin kann..so, memang chalenging la..huhu..😒

Aku ambik pendirian: tak salah untuk caring and support each other..tapi try elakkan heavy sex..hmm..dan paling penting: jangan tinggal solat and ibadah lain..
Aku sendiri tak ada pengalaman ber couple or abg-adik angkat macam bro...jadi aku tak pandai nak ulas panjang...haha...πŸ˜…
*Content soal jawab kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti.

P/S: My insecure feeling sometimes comes when people treat me differently in a negative way...aku akan terasa bila sorang kawan tak dapat luangkan masa dengan aku sedangkan dia boleh keluar hang out with my other friends tanpa alasan yang logik...dan dalam gejala media sosial sekarang, aku ada jugak terasa kat kawan-kawan internet yang tak pernah komen or like my stories/posts sedangkan dia boleh komen or like stories/posts of my other friends...rasa macam diri aku ni tak cukup bagus dibuat kawan even just to receive a simple like/komen...dont't worry, I m not blaming others...but I will just keep silence and disappear one day..😒

Nah dengar aku melalak time selesema melanda ni...haha

Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
 



16 comments:

  1. Alah jangan la merajuk. Kadang2 mungkin pembaca blog ko takder idea nak komen. Take care k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..xmajuk la...terkilan...kikiki..ak lbh terasa klo xkomen kt fb ak..tp blh reply komen org laen plak...hmm..

      Delete
  2. Betul tu bang,siapa yang suka jadi plu ni kan. Tapi nak buat macam mana dah dari kecil naluri tu ada dalam diri. Hahaha. Sokong juga part kawan tu, kita beriya 'like' 'comment' kat status dia tapi dia haram jadah nak like atau comment status kita. Tak yah tension-tension bang, unfriends je sudah habis cerita. Hahaha. Take care bang. xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carl dani msti rmai peminat kan3...kikiki..abg xpnh unfren org..tp lately ni ad few yg abg blok..huhu

      Delete
  3. Assalamualaikum....
    Betul kata pepatah orang tua2 dulu:
    "BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"
    Cumanya diMalaysia ni penyakit HIV kadang2 dilayan lebih teruk dari penyakit anjing gila sedangkan kalau pesakit sudah mengambil ubat dan berada pada paras "Undetected" dia tidak akan transmit penyakit tu pada sesiapa tapi itu tak bermakna tak perlu berhati2.
    Apapun setiap penyakit itu ada ubatnya tetapi mungkin hanya menunggu masa.Kadang2 perlu bersyukur pada Allah,kerana HIV juga banyak yang telah menjumpai jalan yang benar yakni jalan yang diredhai Allah SWT.Seboleh2nya cuba jauhi perkara2 yang dapat terus menerus terjerumus kedalam dosa dan dilaknat Allah.
    Mati itu pasti dan saya faham kebanyakkan pengidap lebih suka untuk mati dari terpaksa berhadapan dengan manusia2 hipokrit diluar tu.Tetapi selagi masa belum sampai,berusahalah mencari rehdo Allah.Lambat bukan bermakna Allah x sayang,cumanya Allah memberi peluang untuk bertaubat.Cepat bukan berarti Allah tak suka tetapi cuma menghindarkan umat Nabi Muhammad SAW dari terus bergelumang dengan dosa.
    Kaunseling diluar negara saya rasa lebih berkesan dan pihak KKM serta Kementerian yang bersangkutan ptut mengambil langkah yg lebih drastik.
    Maafla kalau pendapat saya silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pdgn sedara...dan baru2 ni kita dikejutkan dgn kisah artis k-pop yg bunuh diri sbb depress...kisah ni boleh dijadikn iktibar ttg bahaya depress; tak kira lah ap juga bntuk depress tu...

      Delete
  4. Sejujurnya aku risau dengan masa depan aku ,kalau kawan2 aku tahu,kalau majikan aku tahu dan bila aku terpaksa kerja malam dugaan yang amat berat sebab dah lah makan haart nak kerja lagi ...nak ngadap pening lagi,kadang2 aku terfikir masih sanggup atau tidak aku hidup di dunia ni...aku insan yang jijik ...ada satu ketika aku dan rakan sekerja duduk makan dan kawan aku duduk dengan tidak selesa kerana selang beberapa meja ada seorang lelaki kurus dengan selamba kawan aku ckp entah2 ada virus tu,sedangkan aku yang duduk sebelah dialah penghidap virus tu,tidak tertahan sebak rasa di dada ku mengenangkan ayat2 pedas rakan ku lemparkan pada lelaki tersebut....bayangkan kalau rakan ku tahu aku juga sebegitu mesti mereka menjauh kan diri dr aku,,layak kah aku terus hidup ...dan di manakah rezeki yang sesuai untuk aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..saya pon salu risaw psl mse dpn..tp cuba berusaha utk kumpul duit sedaya upaya...insyaAllah ok nti..doa bnyk2..

      Yg psl rkn sekerja puny stigma tu..saya pon pnah hadapi..then sy bg penerangan kt dorg supaya dorg fhm...

      Delete
  5. Salam..saya antara silent reader blog ni..boleh tanya sikit tak..apakah antara simptom2 awal yang saudara alami menyebabkan saudara perasan yang saudara mendapat HIV dan seterusnya membuat pemeriksaan darah? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..sy mmg buat test 6 bln skali even b4 diagnosed..tp mse sy diagnosed tu,sy mengidap viral fever biasa...xde simptom spesifik..dan ia mmg ikut thp imunisasi seseorg..

      Delete
  6. Salam. Boleh bagi emel tak....tq

    ReplyDelete
  7. Saya nak tya
    Sy pernah jalani ujian hiv test keputusan dia negatif kemudian pada tahun ni sy lakukan oral sex dengan perempuan massage..sy telah pancut ke dalam mulut dia..adakah sy boleh terkena hiv?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risiko oral sex adlh lemah...better wat test lg..

      Delete
  8. Sy suka baca entry yg banyak memberi pengajaran seperti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi baca bolg saya...dah lme tak online..ni baru online, post entry baru plak..hehe...

      Delete