"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Saturday 12 February 2022

Sekarang & Masa Depan?

Assalamualaikum guys! Lama sangat aku tak jenguk blog ni. Maklumlah, orang sekarang dah tak tengok blog-blog ni. Dah jadi sendu dah...haha..sampai banyak benda aku buang or simpan kat draft je...hmm..๐Ÿ˜‘

Macam yang korang tahulah, sekarang ni Negara & dunia kita tengah dilanda wabak Covid-19. Mesti ramai kenalan korang yang tested positive with the disease kan? Or at least, terjena tempias effect-effect dia...huhu.. ๐Ÿ˜”

To be honest, masa aku tengah taip entry ni, aku pun disahkan positif Covide-19 dengan cara self test RTK tu. Dari mana aku dapat Covid?, aku pun tak sure...cuma aku syak mungkin dapat dari mana- mana tempat sesak macam kedai or pasar. For info, dah 2 tahun kerja kat rumah dan dah tak rentas negeri..memang lame la...fatigue pun ada dengan cara kerja dari rumah ni sebab benda yang simple pun ambik masa lama nak settle. hmm..๐Ÿ˜“

Berbalik pada condition Covid aku sekarang, alhamdulillah, tak ada lah symptoms serius sangat masa 1st day: cuma demam, pening kepala, batuk, sakit tekak. Alhamdulillah makin ok. dan hari ni (masuk hari ke-3), tinggal sakit tekak je. ๐Ÿ˜„

Sebenanrya, dah lama pun aku tak demam..maybe dah 3 tahun lebih aku tak demam. Nah, sekali kena ni kena, hambik..haha. Effect demam Covid kat aku ni sama macam masa aku mula-mula diagnosed HIV 8 tahun lepas...feeling-feeling de-javu sangat ๐Ÿ˜‚...yelah, dah namanya virus kan...so, apa-apa virus akan bawak effect yang sama la macam viral fever, sakit tekak, etc. Oleh sebab aku pernah ada experince viral fever yang dulu tu, so tak ada lah menggelabah sangat. Pergi klinik, mintak ubat basic lengkap ada paracertemol, ubat batuk, ubat selesema, ubat tekak. Tak ada lagi ubat khas untuk Covid or viral fever ya, jangan mintak ubat pelik-pelik pulak...haha.

Itu cerita condition aku: overall ok je dan tak ada la nak meratap bagai wwlaupun rasa mamcam membazir masa tak buat aktiviti outdoor aku: swimming hari ni...arghhhh..dan terpaksa aku batalkan niat nak gi wedding so called 'adik angkat' zaman sekolah dulu-dulu ๐Ÿ˜ ..Takpelah, takde rezeki..hmm..

Cuma yang tak bestny bila mak aku macam over sikit mengelakkan aku time ni. Actually, dah boleh agak dah reaction dia macam mana, sebab orang tua kan akan ada skeptikal sikit dekat pesakit-pesakit ni. Tak kiralah pesakit apa jenis pun. Dulu masa dia mula-mula tau aku poz pun, dia ada skeptikal..hmm, yang ni pulak, lagi macam-macam dia fikirkan agaknya. Malas aku nak cerita banyak. Cukuplah aku cakap yang aku tak selesa kalau over skeptikal sampai nampak kita ni jijik.. Gitulahhhh๐Ÿ˜’..

Oh ya, korang sepanjang pandemik ni, ok tak? Aku rasa mesti ada yang kena berhenti kerja jugak? Harap-harap korang ok dan bertabahlah...semoga Allah mudahkan urusan, aamiin..

Untuk kes aku, alhamdulillah, masih bekerja...cuma ada la terfikir tentang survival masa depan. Sebenanrnya masa mula-mula daignosed dulu pun dah risau pasal survival masa depan ni...tambah pulak pandemik ni, lagi la rasa risau tu makin meninggi...๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฃ especially bab KERJAYA...

Alhamdulillah, setakat ke hari ini, perjalanan kerjaya aku saaangat smooth. Sejak aku SPM-grad uni, aku tak menganggur lama. Lepas SPM aku buat part time jadi guru sekolah swasta. Masa cuti panjang kat uni, aku buat part time kat agensi kerajaan then lepas aku cuti sebulan after grad, aku buat part time dengan lecturer. Sambil-sambil tu apply interview kat mana-mana. Banyak tempat aku pergi interview. Then, ada satu company yang ambik aku jadi intern. Terus aku diserap dan sampai sekarang aku masih kat company yang sama (dekat 8-9 tahun dah)...bersyukur saangat๐Ÿ˜Š.

Masa aku mula-mula diserap kerja tulah aku disahkan poz..huhu๐Ÿ˜”..tapi aku tak fikir sangat pasal hal ni...sampailah ada few cases yang aku dengar secara direct or indirect tentang plhiv yang dibuang kerja atau tak lepas helath screening masa employment medical check up...hmm...

For info, bidang kerjaya aku ni memang bidang yang agak high turn over (banyak orang lompat dari satu company ke company lain). Even office/team mates aku yang aku kenal masa mula-mula kerja dulu pun semua dah pindah tempat lain....aku je yang masih dekat company yang sama.

To be honest, aku selesa, happy & bersyukur dengan kerja aku ni....cuma, aku sendiri yang rasa pressure sebab semua orang dah keluar & bersilih-ganti dengan colleagues baru...bos aku pun dah bertukar orang 3 kali..hahaha...

Now, memandangkan aku ni dikira 'senior' dalam team aku, aku dinaikkan pangkat..(Alhamdulillah, jutaan syukur aku panjatkan - in fact, aku ni kira cepat naik pangkat dalam company)...maka expectation dari bos-boas atasan tu makin tinggilah...so makin tambah lagilah pressure kat aku sebenarnya..hmm ๐Ÿ˜‘...aku risau yang aku tak dapat fulfil expectation tu...

Ada jugak aku apply kerja kat company lain...siap dapat interview and ada jugak yang nak offer kerja tu..tapi, bila dapat offer macam tu, aku terus risau takut tak lepas employment medical check up company tu...so, aku bagi macam-macam alasan untuk tak accept offer tu..hmm...

End up, aku rasa aku stuck dan rasa akan terus stuck dekat tahap aku ni je...hmm...even, sejak dulu lagi aku macam rasa yang potensi aku ini ada limit tertentu yang aku tak mampu capai....

Now, disebabkan pandemik ni, banyak buat aku terfikir: 

  1. Sampai bila aku nak berada kat takuk yang sama?
  2. Company nak retain aku lagi ke in future? Sedangakn employment market tengah meriah dengan fresh grads yang lagi canggih qualifaction nya..
  3. Apa pulak pandangan office mates duk tengok aku masih bujang sedangkan umur dah lanjut?

Disebabkan tu, aku cuma fikir nak kumpul duit cepat-cepat, nak bersara awal or in future buat kerja yang di luar bidang aku ni dan tak terikat dengan mana-mana organisasi.Ada jugak terfikir nak sorok daripada semua kawan-kawan or saudara-mara so that tak ada lah dorang tanya macam-macam. Senang kata, nak buat hal sendiri dengan tenang tanpa perlu fikir apa pandangan orang lain. Kalau tak, asyik kena soal-jawab jelah dengan masyarakat. Penat wei pura-pura depan orang ni: pura-pura bergelak tawa, pura-pura tak kisah, pura-pura friendly dengan orang. Tapi tu semua kat fikiran jela..tak pasti lagi dan masih follow the flow..sebab banyk lagi hutang nak kena bayar..hmm๐Ÿ˜”..

Cuma aku perasan yang aku ni dah makin tak suka nak keluar berjalan or lepak-lepak. Lagi-lagi dalam crowd yang memang aku tak rapat. Especially time Covid ni, semua aktiviti berkumpulan dah banyak kena limit. Aktiviti NGO pun dah banyak kurang, so lagi lah malas aku nak keluar rumah.

Ok guys, rasanya dah macam-macam aku cerita ni. By the way, aku lebih banyak melalak kat Smule/Youtube sekarang. Saje nak melalak..hahahhaa. Tapi tak mampu lah nak bersaing masuk 'Big Stage' ๐Ÿ˜œ sebab viewers pun berapa kerat jela...hahahhaa.. Cukuplah aku bagi tau korang: Alhamdulillah, aku masih survive๐Ÿ’ช

So, kalau nampak blog ni dah bersawang, korang bolehlah check aku melalak kat Youtube aku ok?๐Ÿ˜‰. Till next time guys! 

5 comments:

  1. Semoga cepat2 sembuh dr covid. dan terus sukses dalam kerjaya dan capai cita2 nk bersara awal. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..tq bro..btw dlu pnah komen ke kt blog ni?mcm xpnh nmpk๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh dari covid & untuk topik mohon kerja tu, maybe boleh cuba risik2 dekat mana2 socmed ttg nak taye soalan regarding health issue ni since its sensitive. Insya-Allah dorg boleh guide macam mana nak taye soalan dgn cara yg betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro..mostly, ak mcm dh blh agk ap jwpn dorg..sbb utk emplyment check up, comp mmg ada hak utk reject candidate...
      Yg x blhnya, klo comp nk buang staf sbb positif..tu setahu ak la..hehe

      Delete
  3. Miss to read here.
    Congratulations for your new post. Insyallah akan ada rezki yang baik.
    Mungkin bole tanya. Apa criteria medical check up tu. And agreed, benda ni paling seram. And Alhamdulillah pernah medical check up tapi lepas. Syukur sgt2.

    Anything percaya pada Allah. Wish u luck. Dlu mungkin kita pernah bertegur. Hope will know u better as friend.

    ReplyDelete