"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Sunday, 29 January 2012

sesuatu yang tidak pernah berbeza...

 


cinta dan kasih sayang adalah ciptaan Tuhan,
yang pasti mahu dikecapi oleh setiap insan,
keinginan yang sering dipermain dan diperlekehkan,
keunikannya yang sukar ditafsir para cendekiawan,

namun,ada cinta yang tidak mungkin dikecapi,
atau ada cinta yang tidak mampu untuk direbuti,

mungkin kerana cinta itu bukanlah cinta yang sempurna,
munggkin jua kerana si pencinta dianggap tidak sempurna,
atau mungkin kerana cnta itu buknlah lumrah takdirNya,

hakikat inilah yang amat kuketahui,
malah hakikat inilah yang amat kutakuti,

aku malu untuk meluahkn rasa cinta kepada sesiapa,
bimbang akan dikecewakan, kerana aku tidak pernah sempurna,
ak takut untuk menyatakan kasih sayang kepada seseorang,
bimbang akan terus ditinggalkan..ditinggalkan oleh Tuhan, juga ditinggalkan oleh insan-insan,

untuk ke sekian kalinya,ak hanya bertepuk sebelah tangan,
memendam segala perasaan yang ada dalam hati,
tiada keberanian untuk aku menzahirkan perasaan cinta itu,
sepertimana aku tidak mmpu menzahirkan segala resah dan rasa,

biarlah sahaja perasaan ini berkubur..tanda aku pasrah pada takdirNya,
semoga inilah jihadku di dunia..menentang keinginan yang membara,
agar nanti suatu hari..ak beroleh kebahagiaan abadi di Sana,
sesungguhny..rasa ini tidak mengubah kembaraku di alam fana,


2 comments:

  1. cinta.... sungguh sukar untuk ditafsirkan...
    berbahagialah siapa yang mempunyai cinta....
    (^^,)...

    ReplyDelete