"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Monday, 19 December 2016

PENGURUSAN JENAZAH PLHIV, ANTARA MITOS DAN REALITI.

Hari ini, aku baru terlibat membantu menguruskan jenazah Makcik aku siang tadi..sambil-sambil membelek FB, aku terjumpa artikel tentang pengurusan jenazah PLHIV..aku dapat artikel ini dari FB: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia..meh sama-sama baca:-

"Sebelum saya menulis, haruslah kita ingat bahawa HIV bukanlah penyakit, dan ianya tidak akan menjadi penyebab kematian secara lansung. Dan pada masa kini, kematian akibat AIDS adalah hampir kepada sifar. Itu pun bergantung kepada banyak faktor.

Namun kematian adalah pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa di muka bumi ini, walau sesihat mana pun seorang manusia itu. Seorang yang hidup dengan HIV boleh meninggal dunia dengan pelbagai sebab. Sama seperti orang lain. Kemalangan, kanser, Tibi, denggi, sakit jantung, stroke, paru-paru berair atau apa sahaja sebab kepada setiap kematian.

Sekiranya kematian seorang PLHIV berlaku di rumah, jenazah boleh diuruskan seperti biasa, kerana apabila telah mati seorang anak adam itu, matilah virus HIV di dalam badannya. Dan menjaga aib jenazah adalah tanggungjawab individu yang menguruskan kematian tersebut.

Bayangan jenazah PLHIV yang bernanah, berkudis, dan sebagainya adalah tidak benar. Kes sedemikian selalu berlaku pada waktu dahulu adalah akibat AIDS, AIDS adalah tahap terakhir sekiranya seorang individu HIV tidak pernah mendapatkan rawatan. Pada masa sekarang amat jarang PLHIV sampai ke tahap AIDS.

Sekiranya seorang PLHIV meninggal dunia di hospital di mana beliau mendapatkan rawatan HAART, pihak hospital akan memberi pilihan kepada keluarga sama ada bawa pulang dan menguruskannnya di rumah atau menyerahkan pengurusan kepada pihak hospital.

Di bilik mayat, di mana jenazah diuruskan, petugas akan menggunakan S.O.P yang biasa digunakan kepada semua JENAZAH BERISIKO. Berisiko di sini adalah meliputi jenazah yang meninggal akibat kemalangan, Tibi, kanser dan sebagainya. Bukan bermaksud hanya jenazah PLHIV sahaja adalah jenazah berisiko.

Hanya jenazah yang sewaktu meninggal masih mempunyai luka-luka, kudis, masih berair walaupun setelah dimandikan dan perlu dipakaikan pampers, kain kafannya akan diselang selikan dengan plastik putih. Dan kondisi ini kini amat jarang dan hampir tidak lagi berlaku kecuali kepada pengidap AIDS (diulang, AIDS hanya berlaku kepada PLHIV yang tidak mendapat rawatan lansung, dan kini AIDS mencapai angka sifar, iaitu hampir tidak berlaku).

Namun kematian dengan luka-luka, keluar cecair badan, dan sebagainya juga boleh berlaku kepada pesakit kanser dan kematian akibat kemalangan, mayat reput, terbakar atau pembunuhan .

Pelbagai jangkitan lain melalui sentuhan, udara, dan pathogen adalah perlu lebih diambil perhatian. HIV tidak berjangkit dengan cara tersebut.

Jenazah akan dikafankan dan kemudiannya akan diserahkan kepada waris untuk urusan pengkebumian. PLHIV yang mendapat rawatan HAART, kebiasaannya kondisi jenazahnya sama seperti jenazah lain, yang boleh ditatap dan dicium wajahnya oleh sanak saudara.

Setakat ini yang diketahui dari dua sumber iaitu hospital di Johor Bharu dan di Kuala Lumpur, kos pengurusan jenazah iaitu, mandi, mengkafan ialah RM700 di Johor Bharu dan RM600 di Kuala Lumpur.

Harus diingat, kos ini adalah upah personal yang diminta dan atas budi bicara oleh pihak pengurus jenazah, bukannya caj dari pihak hospital atau KKM.

Setelah dikafan, iaitu keluar dari bilik mayat, waris bolehlah membawa jenazah ke masjid dan sebagainya untuk solat jenazah dan seterusnya dibawa ke kariah yang telah diuruskan keluarga. Sebaik sahaja keluar dari bilik mayat, adalah tidak perlu dimaklumkan bahawa individu tersebut adalah PLHIV.

Jika waris meminta pihak hospital menguruskan jenazah PLHIV, pihak hospital juga biasanya menjemput ahli (pengurus jenazah sekitar) yang biasa menguruskan jenazah dan menguruskannya dari bilik mayat dan solat jenazah. Pengkebumian pula, bergantung pada kehendak pihak waris untuk menguruskan sendiri atau menyerahkan kepada pihak hospital untuk menghantar jenazah ke kariah yang dikehendaki.

Di sini kos pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak / kariah sesuatu tempat.

Menguruskan jenazah adalah tanggungjawab kepada yang masih hidup, ianya adalah fardhu kifayah.

NOTA:

1. Perlu difahami BEZA dan PERSAMAAN antara Pengurusan Jenazah Berisiko dan Jenazah PLHIV.

2. Setiap pengurus jenazah sesebuah kariah sepatutnya telah terlatih (atau sekurang-kurangnya seorang wakil) telah didedahkan dengan kursus sedemikian. Mereka juga telah faham S.O.P tersebut.

Sebenarnya jika sekadar menguruskan jenazah PLHIV biasa, penggunaan basic Personal Protective Equipment (PPE) seperti boots dan gloves sudah memadai. Prosedur ini memang standard dan sepatutnya digunakan semasa menguruskan mana-mana jenazah pun."


No comments:

Post a Comment