Emel pembaca:-
Mintak maaf kalau saya katakan selama ni saya pandang naluri yang kalian alami adalah benda yang kotor, yang tak terfikir dek akal yang waras. Saya juga minta maaf kerana pernah terfikir yang bukan-bukan pasal saudara dan kawan yang lain.
Pada mulanya saya tak faham. Semakin saya banyak baca blog saudara, semakin saya sedar yang saya juga manusia biasa; yang selalu melakukan dosa dan kesalahan tapi menghukum orang lain tanpa mengetahui cerita di sebalik perkara yang terjadi...berdosanya saya sebab ada fikiran yg sebegitu sedangkan saya tiada di tempat kalian untuk alami semua itu Saya harap saudara dapat maafkan saya πππ.
Kalau nak dibandingkan dengan ujian yang menimpa saya, apalah sangat ujian saya. Saya baru ditinggalkan orang yang saya sayang; orang yang saya gantungkan harapan untuk hidup bersama; orang yang saya tak pernah terfikir akan pergi dari hidup saya. Tapi saya tahu perancangan Allah lebih baik.
Mula-mula, saya marah, kenapa semua ni jadi kepada saya. Tapi saya cepat sedar bahawa berdosa kalau saya mempersoalkan ketentuan Allah. Untuk pengetahuan, kami dah bersama hampir 6 tahun tapi pada pengujung 2017, kami putus tunang kerana tiada restu dari keluarga dia. Sepanjang tahun 2018 saya sentiasa berdoa dan masih meletakkan harapan agar kami kekal berjodoh sebab saya tahu dia juga masih ada perasaan pada saya. Buktinya, dia masih stalk FB saya dan dia curi-curi dapat no handphone baru saya.
Tapi kuasa Allah tiada siapa yg tahu, baru-baru ni saya dapat undangan untuk majlis perkahwinan dia. Hanya Allah yang tahu betapa hancur hati saya dan saya tak tahu apa yang saya perlu lakukan. Saya simpan semuanya sendiri sampai saya pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan..Astaghafirullah.. Bila saya tersedar yang dia bukan yang terbaik untuk saya, saya rasa lebih tenang dan kuat.
Saya tahu ada orang lain yang lebih besar ujiannya daripada saya. Kalau saya kat tempat kalian, saya pasti tidak mampu utk menggalasnya. Saya bersyukur Allah berikan saya ujian. Mungkin saya juga lalai dulu kerana terlalu mengejar cinta manusia π.
Untuk masa sekarang, saya follow the flow ikut perancangan yang Allah dah aturkan untuk saya. Saya juga rasa dah semakin kuat, mungkin sebab saya mula berpegang pada satu ayat Al-Quran yang bermaksud "Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan saja dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?". Allah rindu kan kita sbb tu Allah timpakan ujian untuk kita sentiasa mengingati Dia..Allahuakbar π’.
Untuk saudara dan Abang Najmi, saya tahu kalian kuat sebab tu Allah bagi ujian yang sebegitu kepada saudara. Saya kagum dengan semangat saudara yang pada fikiran saya saudara sangat positif harungi masalah yang saudara alami. Saya sentiasa doakan supaya saudara terus kuat dan diberi kesihatan baik..InsyaAllah..
Maaf, email kali ni panjang pulak saya meluahkan rasa π mungkin sekian lama terpendam dan saya tak tahu nak ceritakan pada siapa..terima kasih kerana saudara sudi meluangkan masa untuk membaca email saya..semoga Allah sentiasa merahmati saudara dan dimudahkan segala urusan kehidupan saudara..InsyaAllah .. Amiin.
Emel balasan:-
Saya
faham, orang lain mungkin kata 'orang macam kitorang' ni jahat dan jijik, lagi-lagi yg HIV positive. Hal biasa dah
tu. Sebab tu ramai yang sorok-sorok dan pencilkn diri dari orang lain...huhu..
P/S: nah dengar lagu aku cover ni khas untuk para pencari cinta. My advise, mungkin kita perlu tinggalkan kesayangan kita bila kita sudah ditinggalkan: While MOVING ON is the best cure that we've ever know to get rid of those unnecessary, TIME is no longer the essence.