"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Tuesday, 17 May 2016

Tentang Mereka (3); ...oh Tuhan, ku mahu yang terbaik!!!

Chat Reader:- 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ 
 
Aku baru ni buat HIV test sebab my wife at last found out about 'aktiviti' aku (dengan plu). Jangan soal macam mana dia tahu. Obviously die check hp and i get caught finally. 

Banyak la yang berlaku dan dia memang marah. On top of all, dia sangat kecewa.

Tapi syukur, isteri aku sangat mulia, sangat agung sebab dia masih memberi ruang dan peluang untuk aku berubah.

As for now, aku kena baiki hubungan aku dgn Tuhan and fix back our marriage. 1 Ramadan ni dia akan beri kata putus.

Aku mengerti dia dah banyak bersabar dan berkorban. Selama ini aku ambil mudah segala usaha dan pengorbanan dia.

Aku sekarang sesungguhnya dalam usaha untuk berubah. Harap dapat ditemui apa yang aku cari.

Kindly share any activities yang berkaitan untuk aku berubah. Harap ada sinar utk aku berubah

Chat balasan:- 

Waalaikumussalam

Sayu saya baca :( ...

First:: hope your HIV test is ok...hmm

Second: Alhamdulillah, wife abang masih boleh sabar dengan abang..tapi memang kena banyakkan doa supaya Allah bukak kan hati dia untuk terima abang semula dan memang kena consider (kebajikan) anak-anak time macam ni...huhu...I've seen a lot of anak-anak yang kecewa (dalam famili yang berpecah belah).

Third, ada banyak aktiviti (yang boleh abang join) untuk berubah.I can suggest program NGO untuk orang-orang yang nak berubah...but it includes various people..Eg: Homeless (people), Transgender, Ibu tunggal etc.

Hopefully abang tabah dan sabar ya..I know its not easy...
 
*personal view aku: memang banyak dugaan untuk berubah dan buang perasaan plu tu. Aku sendiri pun tak pernah berjaya to get rid of it. In fact, aku macam sceptical sikit pada kejayaan-kejayaan plu yang berjaya membuang plu feeling sepenuhnya tu (kononnya). Mungkin betul ada yang berjaya, tapi secebis feeling tu tetap ada I believe. Cuma apa yang aku boleh katakan, plu feeling dan setiap nafsu tu boleh dikurangkan. Dapat mengurangkan feeling-feeling seperti itu pun sudah membuktikan kejayaan kita bergelar plu. Mungkin boleh start to avoid meet up with plu. As for me, selagi tiada penetration (heavy sex) tu pon dah bagus as a start...semoga Allah mudahkan urusan kita semua...amin..
 
*Content chat kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti. 
 
=====================================================
 
hmm..sebelum aku berbalas chat dengan kawan internet aku tu, aku dapat tau yang seorang junior perempuan tengah merisik-risik 'availability' aku..huhu..
 
Aku sekadar memberi respon yang aku tak fikir lagi tentang hal kahwin ni..hmm, bukan senang nak explain hal-hal macam ni kat mana-mana perempuan pun...lagipun, aku tak kenal sangat junior aku tu...jarang sangat berborak time sekolah dulu...entah macam mana pulak tiba-tiba je bertanya-tanya aku...haha..
 
Plus, kalau korang ingat, aku pernah cerita kat entry lepas-lepas yang few school mates cuba nak matchkan aku dengan salah seorang class mate aku jugak...dan aku lebih selesa berborak dengan class mate aku yang ini...oleh sebab aku pun duk terfikir-fikir hal status aku ni, tak ada la aku duk 'ngorat-ngorat' dia...hahaha...
 
Cuma, baru-baru ni, aku terus terang cerita kat dia tentang plan few school mates aku tu dan dia pun tahu pasal hal tu. Finally, aku cakap yang aku 'sakit'...sebab tu aku tak fikir sangat pasal kahwin and ada anak bagai. Dia insist nak tau aku sakit apa...tapi, aku tetap tak bagi tahu...as usual, orang akan cakap: "tak apa, kau boleh share apa-apa kalau nak,"...dan as always, aku consider that as 'acceptance in rejection'...haha...pathetic dow...  
 
 
Oh Tuhan, ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini 

 
"You, such an inspiration to me, I dont know. 
Every time I tengok your blog or I dengar You nyanyi, I sentiase menitiskan air mata.  
I rasa dekat dan ringan je nak membaca Quran.  
I hope you ditempatkan dengan orang-orang yang soleh nanti,  
In sha Allah," - kawan Facebook



Tuesday, 10 May 2016

Tentang Mereka (2); Adakah Telan Air Mani Berisiko Mendapat HIV?

Emel reader:-

Assalamualaikum.

Saya Az, umur baru 20 tahun. Saya salah seorang silent reader blog warkah kembara. Hopefully abang sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah. :)

Saya nak buat pengakuan, sebenarnya saya punya naluri sama macam abang dan sekitar bulan December (2015) - January (2016) saya ada melakukan aktiviti berisiko iaitu telan air mani pasangan saya.
(Adakah kemungkinan saya mendapat HIV) sebab saya ada baca baca penyakit ni akan timbul lepas kita lakukan aktiviti berisiko selepas 3-6 bulan. Saya telan air mani pasangan saya sebanyak dua kali (sekitar tempoh itu). So far tiada tanda2 yang merunsingkan.
=====================================================
Saya ada menyuruh pasangan saya melakukan ujian saringan di klinik kesihatan kerajaan dan hasil nya adalah negative.

Pasangan (lelaki) saya ada menunjukkan surat pengesahan dari klinik kesihatan bahawa dia telah menjalani ujian saring. Tapi saya musykil dengan keputusan tersebut, sebab kat surat klinik tersebut tak tertera keputusan tersebut. Hanya cop dan tanda tangan doktor sahaja.

Pasangan saya memberitahu bahawa keputusan adalah sulit dan ianya tidak dicetak di atas surat tersebut. sebaliknya diberitahu secara lisan.

Saya nak tahu pendapat abang mengenai perkara ini berdasarkan pengalaman abang. Betul ke keputusan positive atau negative tidak dicetak untuk melindungi privasi?
Mohon pencerahan. 

Emel balasan:-

Waalaikumussalam..

Terima kasih sebab sudi baca blog tu...tak ada apa sangat pon situ..

Masa Az telan air mani tu...ada tak buat anal sex tanpa kondom?

Ujian saringan kat hospital kerajaan tu saya tak pasti..yang saya tau kalau borang saringan untuk nikah, memang tak tulis apa-apa status...nanti saya akan tanya pada kawan-kawan saya. Tapi kalau private clinic, ada tulis (keputusan) ujian tu s.ama ada reactive (positif) atau non-reactive (negative).

Emel reader:- 

Saya hanya melakukan seks oral sahaja tidak melibatkan anal. Kalau ikutkan memang saya tak berani dan tak akan telan air mani. Tapi lepas partner saya menunjukkan keputusan ujian saringan saya jadi kurang rasa takut dan tergerak untuk mencuba.

Partner saya lakukan ujian saringan HIV untuk nikah. Katanya result akan dihantar dan disimpan dalam sistem pejabat agama (urusan pendaftaran perkahwinan) sebab tu tak ditulis di atas kertas.

Kalau private clinic nak buat kat mana ye? berapa kos dan jangka masa untuk tahu keputusan? So far dah lebih 3 bulan dari peristiwa tersebut. Tiada tanda apa-apa cuma saya nak ambil langkah berjaga-jaga.

Saya selalu doakan semoga abang sentiasa sihat dan bahagia dalam rahmat allah. Amin.

Emel balasan:-
Apa yang saya tau, ujian saringan untuk nikah memang tak rekod apa-apa nama kat result. Setahu saya jugak, ia takkan dihantar ke man-mana pejabat agama.

Berbalik pada soalan Az, risiko untuk HIV merebak melalui oral sangat rendah...memang susah. Setahu saya, setakat telan air mani bukan faktor HIV berjangkit..rasanya tak perlu risau sangat dah tentang ni.

Tapi kalau nak buat test, silakan..boleh pergi ke Klinik Kesihatan (klinik government) atau klinik swasta. Kat swasta RM30 pon boleh buat dah.

Pesan sy; hati-hatilah..ok?

Thank you sebab doakan..amin.. :)
*Content soal jawab kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti.
*Info tambahan: HIV akan mudah tersebar melalui sex berat (tanpa protection), perkongsian jarum dadah, anak yang dlm kandungan, susu ibu yang diberi kepada bayi dan pemindahan darah. 

nah..dengar lagu yang di'sumbang'kan aku...kikiki 



Thursday, 7 April 2016

...di sebalik 'sempurna'...

Assalamualaikum semua....
semoga berbahagia di samping skandal-skandal...ehh.. :p

Cuba baca tajuk tu...agk-agakya aku nak cerita pasal apa ni?haaa...ada yang boleh teka tak?haha...meh aku nak bagi kiss sikit..:p...

Famili

Sabtu (2 April 2016) lepas, majlis kenduri perkahwinan adik laki aku bare je selesai..Alhamdulillah, berjalan lancar dan dah setel pon...inilah event paling besar famili aku yang ditunggu-tunggu sejak 2-3 tahun lepas... acah-acah 'lifegoal' la..haha... kesian aku tengok mak aku bersusah-payah kumpul duit, pergi jemput orang datang kenduri etc...hmm...

...dan memang aku tak ajak siapa-siapa datang pun...sekadar berwatsapp and wechat mana-mana member plu yang pernah aku jumpa plus kawanpkawan sekolah, uni and office mates aku...yelah, ini kan majlis adik aku, bukan aku punya pon..takkan nak lebih-lebih over shadow pulak..huhu...

hmm...kalau korang pernah baca entry-entry sebelum ni,korang mesti ada terbaca tentang kisah masalah-maslah fmili aku yang bertemakan keegoan, ketidak bertanggungjawaban, etc...as always, benda-benda ni berlaku pada setiap kali ada keputusan besar yang perlu dibuat, termasuklah majis kenduri adik aku ni...

Kalau orang lain boleh pikir nak bercuti pergi manea-mana pada tiap kali dapat gaji..dapat bonus, belum lah aku mmpu lagi nak berpoya-poya macam tu...yela, anak sulong...memang lumrah menjadi vigilante famili time famili susah kan..(aku kan superman..haha)...so, diringkaskn cerita, niat aku mamang tak nak masuk campur urusan kenduri-kendara ni..because ini bukan mjlis aku..cukuplah sekadar aku bagi sedikit sumbangan tenaga atau wang..tapi akibat keegoan dan kurang rasa tanggungjawab terhadap fmili, aku terpksa firm and take charge dalam majlis ni..

As certain people may expect what will it be when there are 2 heroes saving the world, it actually happened (macam superman vs batman tu...haha)..so, again aku dipersalahkan..kononnya aku buat 'batman' seperti tak ada maruah sebab tak percaya apa keputusan yang dia buat..hmm...memang bertengkar habis la antara kami...sambil aku terpksa ungkit segala perkara yang aku kana korbankn dan menyatakan perasaan sedih aku bila tak dihargai macam tu disertai pulak kata-kata yang sangat menyentak ati ak: "lantak kau lah nak sedih ke ape!!!,"

Kesimpulannya, kalau korang dah ada anak, bini and famili...jagalah dorang baik-baik sebab setiap apa yang famili korang buat akan dipertanggungjwbkan kat korang dan kalau ada yang sudi nak bantu, tak payah la ego...sehebat mana amalan korang, pergi surau/masjid siap jadi imam/bilal and dengar ceramah bagai, takkan manjamin syurga tu untuk korang selagi tak seimbang dengan perkara-perkara penting yang lain...

Allah berfirman (Surah At-Tahrim ayat 6):

 ...يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksud: Wahai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan ahlimu (keluargamu) daripada api neraka...

Nabi bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ 
Maksud: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanya tentang tanggungjawabnya

Kawan

As I said kat atas tadi, aku takde la beria-ia ajak semua member time kenduri adik aku tu sebab ni bukan event aku...sekadar ajak kawan-kawan sekolah, uni and office mates. Tapi sedikit terkilan bila kawan-kawan yang aku pernah hadir kenduri dorang dulu tu, semua tak muncul masa kenduri adik aku ni...bukan aku mengharap sangat, tapi respect la kat mak ayah aku yang menjamu dorang time sama-sama study dulu...but thanks to someone (blogger friend) yang datang hari tu..haha

Bila aku tak buat open house raya, korang mintak-mintak suruh buat..bila aku buat open house, tak pernah muncul dah sekarang ni...time event besar aku ajak pon tak mau datang...haih...bukan nak berkira sangat, tapi aku dulu tak miss kenduri kahwin korang...yang kat Kelantan, kat Perak, kat Melaka, kat Negeri Sembilan, semua aku pergi walaupun tak berapa ada bajet time tu...haih..come on la..common sense..

Mugkin aku kena beranggapan yang dorang tak datang sebab busy..sebab bukan event aku..tapi jujur aku cakap, entah bila la kenduri aku ni..huhu...entah ada entah takde...sampaikan aku terfikir: agakny majlis aku nanti adalah majlis pengebumian aku..mungkin time tu baru dorang nak datang 'berjumpa' atau mungkin takde seorang pon member aku yang akan hadir....sedih...so, in case apa-apa jadi, aku ajak la korang semua (termasuk plu, blog reader) yang mengenali aku datang pengebumian aku in future ok....doa korang jela yang aku ada because belum tentu aku ada anak untuk doakan aku nanti...huhu.. :( miss my friends a bit..hhahhaha

Kesihatan

Oh ya, kebetulan, awal April pada setiap tahun adalah hari ulang tahun aki didiagnose dengan 'peneman setia' ak ni: HIV...ya, for those yang masih tak tau, aku declare skali lg, "ak HIV patient since 2014..huhu" ..so sekarang dah 2 tahun. Kalau ikut kiraan doktor masa mula-mula pergi HSB dulu, doktor cakap aku ada 10 tahun lagi kalau tak ambik ubat...so, tinggal 8 tahun la..haha..hebat tak??? :p Tapi since aku dah start HAART, kiraannya mungkin berubah..in other words, PLHIV yang dah makan HAART secara konsisten tanpa skip akan mula mendapat sakit tua (diabetis,sakit jantung etc) 10 tahun lebih awal dari orang normal..contoh: kalau orang normal dapat sakit jantung umur 60 tahun, PLHIV akan dapat sakit jantung sekitar umur 50 tahun..apa-apa pun, ni hanya kiraan dan ramalan je..korang faham tak ni?hahaha...

Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih sihat macam biasa..cuma banyak orang cakap (time kenduri), aku kurus sikit..huhu..sampai bila la aku boleh sado ni..huhu...for info, sejak diagnosed, aku tak makan apa-apa supliment dah...protein shake pon tak ambik sebab takut effect kat kidney aku..maklumlah, HAART tu high dose dan amat memerlukn kidney yang sihat untuk memproses ubat tu....tapi, ada jugak member PLHIV yg ambik supliment dan dorang ok....ikut la ketahanan badan masing-masing..hmm....

Rasanya, ini jela kot celoteh aku..hahaha..so korang dah tau belum apa yang aku nak sampaikan?hmm...secara kesimpulanny, orang yang pernah berjumpa aku mesti tak perasan apa-apa problems kat aku...semuanya nampak sempurna je...tapi hakikatnya macam-macam aku sorokkan...aku tak ada member rapat yang boleh aku ceritakan semua hal aku...in fact, semua member ak tak pernah tau hal kehidupan aku...maklumlah, aku kan dididik untuk berpura-pura...huhu...

Perwatakan aku

Sebagai penutup entry kali ni, better aku cerita sikit tentang perwatakan aku...tujuannya adalah untuk bagi sedikit gambran kat semua orang tentang my habit, my personal etc...

Jujur aku cakap, aku ni tak la sempurna mana..bukan hot stuff pun..haha...aku tak kisah berkawan..tapi bagi aku, setiap orang kan ada batasannya...takkan la baru kenal aku nak cerita segala benda kat orang tu..at least aku ada blog ni yang boleh direfer orang kalau nak tau pasal aku in and out..huhu...in fact, aku ni jarang online...semua blogger yang tau blog ni pun dah boleh nampak betapa inefficient nya aku reply komen-komen dorang..haha....private mesej kat social media tu pun kadang aku balas..kadang ak lambat balas...tengok la pada urgency nya..hmm...bukan la maksudnya aku tak hargai korang...tapi kadang-kadang aku perlukan masa yang sesuai untuk aku reply dengan tenang..kang aku reply time aku tengah stress/emotional kang, lagi susah....

Cuma, ada sebahagian kawan-kawan di alam maya ni yang mungkin tak dapat terima character aku ni dan mula lah assume aku ni tak sudi berkawan la..sombong la...etc...yaa..memang aku tak layak buat kawan pun...sebab tu la aku tak ada ramai kawan...but bear in mind, aku ni jenis mudah step out of problems and not competitor type of person...meaning, kalau member alam maya tu dah ada kapel, aku tak ada la nak kacau-kacau sangat...dan kalau aku tak pernah jumpa member alam maya tu, tak ada la aku nak ajak join event NGO-NGO yang aku follow...apatah lagi kalau event famili macam kenduri adik aku tu haaa....hmm...yela, takut jugak kalau tiba-tiba that friend yang tak pernah aku jumpa, tapi duduk sembang-sembang dengan famili aku out of nowhere....but tengok keadaan la..again aku cakap, aku tak pernah sempurna....please don't assume me perfect..kalau aku perfect, aku takkan 'tercemar' macam ni kan..huhu  

..slmt berblog semua... :) wassalam...

cuba-cuba guna Smule pulak..tapi lagi hauk suara..haha...

Wednesday, 2 March 2016

Tentang Mereka (1); ...dilemaku jua...

Salam semua...apa kabar? Semoga berbahagia di samping yang tersayang lah ye...hehe :)

Kali ni, aku nak perkenalkan slot baru kat blog ak nih..(cewah, macam channel tv pulak..kikiki)...slot yang aku maksudkan ni adalah ruang untuk share cerita-cerita or luahan orang lain...tak kisah la, orang tu share through emel aku atau aku sendiri yang ambik kat mana-mana..tapi, of course la mintak izin empunya cerita kan..haha...bukan apa, saje nak share, kot-kot la bermanfaat..hmm..

1) New Person

Hmm, luahan kat bawah ni, aku dapat dari salah seorang yang 'seperti aku'...masa tu, dia baru je didiagnosed and warded untuk few days...dalam bulan Disember 2015 hari tu, aku dengan kawan-kawan sempatlah visit dia ni sebelum dia discharged...tapi kalau tak salah dia warded semula kat hospital lain pulak...try la baca:-

"...semalam adalah hari yang paling sedih dalam hidupku...aku duduk di wad selama 11 hari tanpa pengetahuan Mama & Papa. Hanya adik lelaki yang setia melawatku setiap petang setelah kantoi org Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memghubungi adikku untuk ujian TB. Aku ugut adik lelakiku agar tak bagi tau sesiapa di mana aku berada & bagi tau papa & mama yang aku berkursus di Melaka. 

Tapi Allah Maha besar, minggu ni aku diberi ujian yang sangat berat. Kesan ubat TB yang aku ambil menyebabkan aku asyik muntah & sangat tidak bermaya. Adik lelakiku menangis & meminta kebenaran untuk bagi tau Mama & Papa..tapi aku menjerit kalau dia bagi tau, dia bukan adik aku lagi. Selepas adik aku balik, Doktor datang bagi tau akan stop kan ubat TB sebab affect liver aku. 

Malam tu, aku tak sangka mama & papa datang lawat aku sebab adik aku dh bagi tau mereka. Mama & Papa menangis sebab aku tipu & tak nak share kesakitan yang aku alami. Mereka peluk aku & cium aku dengan penuh kasih sayang. Aku menangis sebab banyak dosa aku kat Mama & Papa masa aku sihat dulu. 

Dulu time sihat aku jarang balik rumah, sebaliknya aku duduk rumah bf & scandal aku yang tak guna. Time cuti semester Uni, aku selalu minta duit lebih, cakap nak beli buku tapi sebenarnya aku nak pergi clubbing. Sekarang baru aku sedar pembalasan Allah atas kiffarah dosa-dosa aku terhadap Mama & Papa. Aku disahkan menghidap HIV, Toxoplasmosis & TB....

Tapi yang penting sekarang, aku kena kuatkan semangat sebab aku nak sihat and nak jaga Mama & Papa sampai mereka meninggal. Tiada lagi impian nak tukar kereta, pergi melancong, beli rumah dalam kamus hidup aku...kecuali aku nak bantu family aku. Dulu masa bercouple memang aku tak ingat dunia, tapi Alhamdulillah bila sakit baru aku ingat Allah. 

Apapun aku takkan bagi tau status HIV aku kerana rakan HIV aku kata walaupun family boleh terima, tapi kesedihan akan sentiasa di hati mereka. Harap rakan-rakan di sini dapat membantu aku untuk terus cekal & tabah meneruskan hidup ini..."

YA, inilah jugak dilema aku....banyak kisah-kisah macam ni yang aku terbaca dan alami...memang sentiasa rasa bersalah kat famili..especially kat Tuhan...cuma kadang-kadang banyak kali tergelincir jugak....huhu...aku ni pun manusia biasa...in fact, pada saat aku menulis penyesalan-penyesalan seperti ini, mungkin aku sedang melakukan dosa...hakikatnya, aku pun sama macam korang jugak..huhu

Nota: ini gambar kitorang yang melawat member tu..tak semua dalam pic ni berstatus 'seperti aku'...kalau terer, mana satu pic aku?haha..siapa betul aku bagi hadiah...:)

2) Ingin seperti mereka

Luahan yang kedua ni pulak adalah perasaan gembira bercampur sedih bila attend wedding member-member...mana tak nya: satu persatu member aku mengecapi kebahagiaan..dan setiap kali attend tu, ada semacam perasaan terharu and sebak..."kawin dah member aku ni..."..hehe..tu lah...antara kisah-kisah aku attended my friend's wedding ada kat link-link bawah ni...I wish,ingin seperti mereka jugak..huhu:-

mampukah aku....?

Keabadian Cinta???

sendiri

Kembara Cinta

aku tak nak jadi bebanan

lapuk = lajak = lanjut

'Struggle' for Life / Love

Saksi Cinta

hati dan perasaan (Tak ada kaitan dengan perkahwinan member-member aku...sekadar share sebab terbelek entry-entry lama..haha)

Then, yang kat bawah ni pulak adalah luahan hati someone yang aku terbaca kat alam maya ni...cukup untuk menyimpulkan perasaan yang aku selalu alami tentang attending majlis kahwin member-member aku tu:-

"Setiap kali hadiri majlis kahwin sahabat baik, jiwa ni pasti sedih, dalam perjalanan pulang sambil memandu atau bawa motor mesti mengelamun, kenapa aku begini? Kenapa aku songsang? Sedih hanya jiwa dan Allah yg tahu. Aku juga impikan persandingan pelamin indah, tidur malam memeluk isteri, tapi tidak dihadirkan rasa cinta dan sayang untuk wanita, aku berjiwa songsang dan aku tak okay. Solat 5 waktu aku jaga, mengaji aku tak lupa tapi kenapa aku kalah pada nafsu? Allahu sedih hanya diri yg menanggung..." 


 Nota: video ni mengeluarkan suara sumbang...kalau ada yang tak mampu menahan sakit telinga, jangan klik ye...haha



Thursday, 4 February 2016

Acceptance=Rejection?

Assalamualaikum..

Seriously, aku takde mood nak menulis, sedangkan ada la sikit idea...agaknya inilah tanda-tanda penuaan..haha..hari Isnin lepas, aku baru je pergi HSB untuk follow up my 1st result after HAART...alhamdulillah, CD4 aku masih dalam 500 lebih (walaupun ada sedikit penurunan)...dan viral load (VL) count aku memang turun mendadak: dari 91000 (sebelum HAART) ke 67 per beberapa ml darah sekarang ni...syukur sangat..

Ok, straight to the point, aku nak cerita tentang suatu perasaan...perasaan menerima (acceptance) dan diterima...tak kisah lah sama ada menerima suatu ketentuan dalam kehidupan atau menerima keadaan seseorang seadanya..

Banyak contoh yang boleh dikaitkan dalam hidup korang kan? Cuba fikir kejap..kot-kot la korang teringat something..hehe....

1) Menerima Suatu Ketentuan

Bulan lepas ak sempat join support group anjuran salah satu NGO hiv kat KL...kali ini, sharing moment nya adalah berkaitan degan 'loss/grief/bereavement'...setelah dekat 2 bulan lebih tak join, barulah aku ada masa nak pergi jenguk-jenguk kjap..haha

Macam biasalah, kalau aku join support group ini, memang ramai muka-muka baru...(yg jambu-jambu and ensem-ensem pun ada..kikiki)...dan macam biasa...aku cuma datang, dengar talk secara diam seribu bahasa...aku kan pendiam :p

Banyak benda yang dikongsi oleh speaker..dan yang paling menarik perhatian aku adalah suatu kajian ahli psikologi Kubler-Ross tentang tahap-tahap penerimaan (acceptance) yang biasanya dilalui oleh seseorang bila mendapat suatu musibah..

secara kesimpulannya, tahap-tahap acceptance tu adlh:-

a) Denial: People's first reaction to news of a terminal diagnosis is disbelief
b) Anger: Once the diagnosis is accepted as real, individuals become angry
c) Bargaining: Anger and stress are managed by thinking of the situation in terms of exchanges (e.g. If I take my medicine, I will live longer; if I pray hard enough, God will heal me)
d) Depression: Feeling of despair follow when the disease advances despite the individual's compliance with medical and other advice
e) Acceptance: Grieving for the losses associated with one's death results in acceptance

Ramai yang datang masa itu pun sempat share pengalaman dorang masa mula-mula diagnose dulu..dan most of them memang melalui stage-stage ini (termasuk aku)...cuma tempoh masa setiap individu untuk berada dalam satu-satu stage itu berbeza..mungkin ada yang masih di tahap denial walaupun dah bertahun didiagnose penyakit...atau mungkin baru beberapa jam je dah boleh accept diri sendiri...atau mungkin sebahagian orang akan berubah-ubah perasaannya...(hari ni deny..esok accept...lusa depress)

Untuk kes aku (and most of us), memang perasaan-perasaan itu silih berganti...dan selalunya tengok pada keadaan emosi ak...sama ada happy ke..risau ke..sedih ke..down ke...etc..hmm..mugkin aku sendiri pernah berada dalam stage depression...manalah tau kan..hmm..depress being a plu...depress being a plhiv..dan mungkin aku kerap dalam situasi bargaining...in a way bagi aku, konsepnya sama macam REDHA atas takdir Tuhan...dan dalam bargaining stage tu, mungkin kita lebih cenderung untuk menyatakan: Mungkin ada hikmahnya...huhu...ntah la

But the best part is, aku tau la yang perasaan-perasaan itu adalah lumrah manusia...it's normal to have those feelings..cuma kadang terfikir, bilalah agaknya aku betul-betul boleh terima kondisi ini..mungkin aku boleh terima 100% kalau fmili aku dah tau dan boleh terima ak jugak..tapi untuk sampai ke pengetahuan dorang tu, hmm,memang ada cabarannya...so,aku memilih untuk beridiam diri dulu..sampai bila? aku pun tak tau..huhu

Oh ye, selain info kat atas itu, speaker pun ada kongsikan hasil kajian yang menunjukkan bahawa; kalau someone itu makin depress, makin menurun lah T-Cell (cd4/cd8) dalam badan pesakit hiv/aids...sama jugak kalau someone itu menerima suatu ketentuan dalam keadaan kaku terdiam (stoic) tanpa menunjukkan apa-apa reaksi..sebabnya, orang yang stoic ni memendamkan segala maslah dia dalam jiwa..sampaikan air mata pun tak kuar dah kott...hmm..na'uzubillah...

p/s: aku sempat jumpa dengan speaker tu at the end of session and mintak nota dia sikit..too bad, speaker tu perepmpuan..kikiki...kalau laki-laki,aku dah mintak no hp dah..ehh :p ...gurau je kak ye...haha..thanks for the notes...:)

2) Menerima Keadaan Seseorang

One thing to ponder: apa yang korang terfikir tentang menerima keadaan seseorang? contohnya: apa agaknya reaksi korang kalau nampak budak autism or OKU berdekatan dengan korang? agk-agakya korang avoid tak bdk tu? ada rasa cuak..rimas..takut?

hmm...dan apa agaknya reaksi korang kalau dapat tau yang kawan baik or bf or partner korang ada hiv? haha..entah-entah ramai yang nak lari tingglkan partner korang tu kan?hehe....aku tak judge siapa-siapa...cuma biasanya itulah 1st reaction manusia iaitu: to avoid..huhu...tapi setakat ni, alhamdulillah, kawan-kawan alam maya (blogger/fb) semua ok je berkawan dengn aku..in fact, ak lebih selesa kalau korang tau aku ni plhiv...tak ada lah aku nak sorok-sorok..dan tak ada lah apa-apa perasaan suka/cintan-cintun/crush tu timbul pulak nanti..huhu...

Pernah jugak aku borak-borak dengan kawna-kawan internet...dan macam biasalah, banyak benda diborakkn...gaya borak macam dah nak ajak couple..nak ajak fun..haha...tapi bila aku cakap, ak hiv+, terus dia cakap: "takpe, kita still kawan..."..hmm ada jugak yang dah tak chat dah...
so, dari situ, aku taulah apa maksudnya...'the moment a person utter the acceptance towards one side of me, that's the moment the rejection towards my other side'..huhu..aku sedar diri..takkan nak mengendeng-ngendeng suka kat orang yang anggap aku sebagai 'kawan' kan...hehe...in one part, dia accept aku sebagai kawan...in one part yang lain, dia reject aku untuk kenal lebih lanjut lagi...haha...takpelah..aku pun fhm...

Tapi,tak dinafikn jugak ada yang boleh terima aku seadanya..cuma mungkin aku tak berapa yakin yang dia boleh terima kondisi aku; yang kadang-kadang meroyan..yang kadang-kadang down...hmm last-last belum apa-apa lagi orang tu pun hilang..haha..

Kalau di kalangan plu pun dah kene reject macam tu, apa tah lagi la dengan fmili sendiri nanti..apa tah lagi la dengan mana-mana perempuan nanti...haha...itulah scary moment yang aku tak berapa kuat nak hadap...entah..aku memang tak kuat pun.. :(


Maka, mungkin betul jugak; in order to embrace and accept myself, I have done a lot of rejection and sacrifice...aku mungkin cuba accept kondisi aku seadanya...tapi dalam masa yang sama, aku terpaksa me reject other part of me...me reject other things dalam hidup aku...

p/s: cuba dengar lagu ni, best gilerrr....hmm...banyak maksud tersirat and daouble meaning:-

Lakaran lukisan tak berwajah
Meromta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu....

....Jangan diucap sesalmu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri, HIDUP DALAM MATI....





Tuesday, 26 January 2016

"Memang Benar..."

Assalamualaikum kpd sume pembaca...semoga sihat dan bahagia selaluu...

Saat aku tulis entry kli ni,tgh tgk AJL 30 kt umah...dan smlm mak ak br kuar hospital setelah hmpir seminggu msk High Dependency Unit (HDU) dan wad biasa...

1) Memang Benar Aku Mencintaimu...

Mse mak ak msk hospital hr isnin lps (18/1/2016), ak uruskn registration sume...sblm gi hospital,mak ak x larat nk bgn..terduduk kt tepi katil..merayu2 xlarat nk bgn...haih...ak wat2 steady n tenang..xnk bg mak ak pikir mcm2....

1st nite kt wad biasa,ak bwk adik2 ak dtg jenguk..mak ak tdo jer kt wad tuu..mmg x larat..then esk pginy ak dpt tau yg mak ak kne transfer ke HDU...rse cuak pon ade...hmm...

mmg terasa jgak kelam kabut nya mse mak ak msk hospital ni..especially hal mkn adik2 ak...sungguh,jasa soerang ibu ni sgt bsr...especially utk fmili ak yg mmg bnyk bergantung kt mak ak ni..huhu...

tiap2 hri ak jmpe dokter nk tau perkmbangan..dan br lah dpt tau yg mak ak ad infection kt liver...Ya Allah..sian sgt..suhu bdn pon tngi around 38'-41'...

oleh sbb ak tkot ap2 jdi,ak mntk dokter wat HIV test...ak tkot klo ape2 jd kt dia...na'uzubillah..huhu...w/pon ak tau possibility utk seseorang tu dijangkiti HIV aaaamat lemah klo xde seksual intercourse, tp ak ter over thinking...risaw..cuak...huhu...end up,ak confess kt dokter yg ak ni PLHIV.. :( ..dokter tu very professional dan dia ckp,xperlu buat test tu sbb mak ak sehat dr segi yg laen,kecuali hati jer...alhamdulillah..ak lega ckit...huhu...

pg ahad (24/1/2016), ak trdgr dia nanges mse bce doa lps subuh...ak wat2 xdgr..ntah ap la agkny dia nanges kn tu?ak pon xtau...ak tkot klo dokter bg tau status ak kt dia..w/pun ak dh mntk dokter suh rahsiakan,tp kte mne la tau kn..hmm

2) Memang Benar Aku Teringin...

Petang 24/1/2016, ak sempat gi swim pool..biasalah rutin yg x menentu,sje nk wat cardio ckit..mklum la,nk jge kesehatan..di samping mnjaga susuk tubuh..ehh :p ...hehe..gurau2 je geng..kikiki...

spjg cuti weekend yg pjg ni,mmg ak x gi mne2 sbb mak pon br kuar hospital..plus ak kne berjimat sbb bnyk faktor (klo korg pnah bce entry2 yg lps,korg akn fhm)...so,xpnah pon ak gi bercuti sorg2 sjk aku mula bekerja smpai skrg...

kdg2 terasa gak nk lari kjap dr pelbagai mslh....gi tmpt2 menarik..jmpe kenalan2 bru..ataupon bercuti dgn s/one spesel...haha..tp,jujur ak ckp,ak perlu berjimat...plus,mne ad s/one spesel ponn :p

disbbkn dh lme x berjln,ak stress ckit especially end year 2015 hr tu..rse nk ngamuk je kt opis mate sume...
so,ak sekadar bercuti di rumah..dan pergilah ke area2 dkt umah...hehe...cthny mcm ni la..gi stadium renang...blh release tension ckit..jadi lah kan..hahhaa...jeles tgk org len gi merayau tmpt2 best...jaoh2...haha...xpelah..lum rezeki ak lg tuu... :)

3) Memang Benar Aku pun ada Ego...

Rasenye bnyk kli ak pnah citer yg klo ak gduh dgn famili members ak,mcm2 perkataan keluar..kdg pnah gak naik tgn..kaki..

dan itulah perangai ak yg ak xsuke..diwarisi dr bapak ak agkny..hmm...klo gduh dgn famili members tu,dah biasa..dan ahirnya akn berbaik jgakk...bak kata pepatah org2 tua: air dicincang takkan putus...

tp klo gduh dgn mmber di alam realiti mahupon alam maya,mmg ssh la nk kate...kdg2 skdr menegur,dikata ak mencerca...sdgkn takde kata2 kesat ak lontarkan...terus dikata ak menghina plakk...haih...se ego2 ak ni pon,ak tau gak mntk maaf dan xkesah klo org dh mntk maaf kt ak...

itu lah bezanya org yg sentiasa di puncak kejayaan...sentiasa dipuja-puji...sedikit teguran pon xnk terima...sdgkn ak dlm dunia ni...especially dlm dunia plu,bnyk kli berasa terhina ny...klo terasa pon,ak xpnah kacau org...skdr meroyan kt blog dan fb jelahh...plg pnting,ak cuba utk tidak 'cakap tak serupa bikin'.....'mengata org,dia yg lbh'...kononnya dia jelah yg btul...org laen salah...(dan ak ni golongan yg negatif n salah aje lahh)...

sekadar peringatan utk diri ak s'diri gak: Hidup ni ibarat roda, kdg2 kte slh..kdg2 kte btul....klo ad yg menegur aku, terima ksh bnyk sbb itu tnda korg perihatin kt ak...mcm tu la ak kt opis pon,ak buat slh,org tgur...org buat slh,ak tgur...hmm..

4) Memang Benar Ada yang Ingin Menyatukan....

Ada few class mates yg cuba nk match kn ak dgn slh sorg kwn dorg (class mate jgak)...lme dh lost contact dgn sume class mates ni,tp bru2 ni ktorg disatukn dlm grup watsapp n fb...

ak mmg knal class mate tu sjk skolah form 4 lg..orgny blh thn laa..nk kate lawa or buruk sgt, xde la...ak ni pon bknny hot setaff nk memilih n judge org plakk..kikiki..

tp ak duk ngelat ble class mates yg lain tu ckp psl hal ni...mcm2 ak bg alasan..cth: xreti nk cintan cintun...haha...tp sbnrny,ak risaw bnda laen:-
a) status ak sbg plhiv
b) kondisi sbg plu
c) mslh famili yg ak kne setelkan dan beri keutamaan

sume pkr yg ak risawkn tu,ak tkot x dpt nk bahagiakn seorang wanita bergelar bini...cewah..haha..tp btul lah,utk org yg xpnah bercinta ni...ssh ckit nk decide..aptah lg ad naluri yg x same mcm hetero guys yg laen...hmm...dan adakah dia akn terima ak ni poz...berkemungkinan utk ad anak pon lum tntuuu...hahha...jaoh ny ak pikir kannn...kikiki

*Ok lah..jom dgr lagu ni: Kekal Bahagia

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktuku
Kekal bahagia selamanya



Tuesday, 29 December 2015

Saksi Cinta

Assalamualaikum semua kaum blogger dan pembaca..apa kabar korg?ak tgk bnyk ner updet kt blog2 laen...hbt korg sume..huhu...mcm2 citer ad...ak x mmpu la nk post entry2 bru tiap minggu..huhu...mklum lah...dh tua...kikiki....lgpon,mmg setahun ak cume post 20-25 entry jer..sbb xnk sshkn org len mencari entry2 lme..hmm..

ok...kli ni ak nk share psl p'alamn ak spjg tempoh ak berdiam tuu..dan mungkin ni entry penutup utk thn 2015 nii...haha...sbnrny,ad je ak duk usha2 blog org..cume x komen bnyk dan x updet blog ak ni haa.....dipendekkan citer,ak bnyk menjadi 'Saksi Cinta' kononny ..iaitu skdr mnjadi saksi (melihat/membaca/mendengar) kisah2 cinta org..haha...x mmpu nk menjadi org yg dicintai...huhu...kte xlaku la wakk.. :/

-----------------------------------------------------

First, time ak duk surf blog org tu,bnyk tul ak terbace kisah2 cinta blogger ni ek..haha..dgn skendel la..dgn ex laa..dgn abg agkt la...dgn crush la..mcm2....jujur ak ckp,ak xde kisah2 menarik mcm tu utk dikongsi...dan ak pnah citer ttg my first time dlu...mmg x menarik dan romantik ny mcm korg puny..haha....'huntong lahh'...kikiki..

-----------------------------------------------------


Second, hr sbtu lps (26/12/2015), adik ak (Angah) br je melangsungkan akad nikah dgn tunang dia..alhamdulillah b'jln lancar..mlm sblm nikah tu ak terpikir mcm2time nk tdo...ntah cmne sebak pon ade...yela,adik ak dh kawen..tp ak xkawen lg....

hmm....kdg2 tkot gak klo membujang smpai ke tua..xde sape lak nk jge nti...haha..tp,ssh nk ckp..sbb mgkin stgh masyarakat pon msh lum leh terima golongan mcm ak ni..dan kdg2 teringin gak nk psgn idup..tp ad ke yg nk terima syarat2 idup dgn golongan mcm ak ni...yer,mmg ade sbhgn org blh terima status psgn ny..mlh, ad yg dpt ank sehat w/pun si bapa tu poz...

tp,itu adlh exception cases (kes-kes terpencil)...spjg ak idup,ak bkn lah golongan exception kot..haha...dan korg pon tau kn cmne ak mnjalani idup ak dr dlu...xpernah lak ad org beria-ia suke kt ak...kwn pon limited...berkapel pon xpenah..in fact,ak bukanlah mcm sbhgn korg yg selalunnya cinta bersambut..x kira la bercinta dgn str8 ke..cinta dgn pakcik/ank buah ke...hahaha...so sbb tu la ak x meletak hrpn tngi dlm soal ni...xberani nk ngaku kt para wanita: "hey,aku poz...sudi ke nk kawen dgn ak?"..haha..mati la kne rejek trus...silap2,trus bocor kt fmili..huhu...lg cuak ak... :(

oh ye,spjg mjlis nikah tu,ak tgk riak wajah mak ak...dia termenung je spjg mjlis..sesekali senyum ble org ucapkn tahniah..ap la agkny dia pikir ek??hmm..sayu nmpk..ak ad snap pic dia senyap2 mse dia tgh termenung tuh..mgkin dia rse epi sgt kot smpai rse terharu sbb akhirnya dh kawen jgak adik ak tuh..alhamdulillah..ak smpat peluk adik ak lps nikah,mmg sebak bergenang air mata smbil ak ckp: "tahniah,jge (bini & rumah tangga) elok2"...

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

-----------------------------------------------------

Third, bnyk ak dgr hal2 kematian..especially spjg minggu lps...hmm..xkre la s/ada kematian kwn2..kematian kwn2 tenet...etc...dan ak yakin sume org yg dh pergi tidak layak dikutuk..biarlah kebaikan je yg diceritakan..sbb Nabi pon pernah mearang kita drpd mencaci/mengutuk org yg dah meninggal dunia...sabda Nabi:-
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «لاَ تَسُبُّوا اْلأَمْوَاتَ, فَإِنَّّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلىَ مَا قَدَّمُوْا». رَوَاهُ اْلبُخَارِيّ
“Dari ‘Aisyah radhiallaahu ‘anha, dia berkata: Nabi Shallallâhu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘janganlah kalian mencela orang-orang yang sudah mati, karena mereka itu sudah sampai kepada apa yang telah mereka lakukan’ “. (HR: al-Bukhâriy)

Antara kisah kematian yg menyayat hati ak adlh kematian adik kepada kwn adik ak...(pening plak ak nk nyebut)...adik kpd kwn adik tu mmg dh lme sakit..kanser otot thp 4....bnyk tmpt fmili htr berubat...mse tgh thn hr tu,dh nmpk makin sihat...tp kemudia kanser tu merebak ke bhgn kaki plak...smpai ssh nk gerak..

ap yg ak kagumkn adlh pd smgt dan kebaikan kwn adik ak tu (abg kpd penghidap kanser)...menurut adik ak,kwn dia tu sgt syg kt adik dia..slalu risaw kalo adik dia msk hospital....dia penah nanges dpn adik ak ble citer psl hal adik dia tuu...adik ak pon pujuk la dia..tepuk2 bahu...(kwn adk k ni baya adik ak la; 15 thn...comel gak mcm adik ak..hahaha..biasalah bdk2 laki br nk up..ehh..:p)...

so,mse adik dia meninggal,dia call adik ak dlm keadaan nanges teresak2 menyampaikan berita kematian adik dia tuu...adik ak ni lak kwn baek dgn dgn dia..so,mgkin sbb tu la dia call adik ak je kot...x lme slps pengebumian adik dia nii,adik ak tnjukkn moment wechat yg kwn dia updet...nmpk sepintas lalu (lbh kurg): "maaf, abg gagal menjadi abg yg baik utk adik"...sebak ak bce...bdk berusia 15 thn pon pndai syg adik2 dia...agknya ap la pdgn adik2 ak klo dorg tau ak ni plu plus poz lak tuh..huhu...Ya Allah, mcm2 ak terpikir....sungguh ak bkn abg dan ank yg mmpu m'bahagiakn fmili ak mse ahirat nti..huhu...hmm...


-----------------------------------------------------

Secara kesimpulannya, ak nk ckp yg ak skdr mnjadi saksi pd bermacam2 kisah cinta haha:-
- kisah cinta plu la...skndel-mendel laa...abg-adik agkt laa...kikiki..
- malah ak sendiri smpt menyaksikan pernikahan adik laki ak dgn psgn idup dia..yer,sbg saksi dr jauh jer...x jd saksi nikah pon..
- dan aku menjadi saksi ksh syg seorg abg trhdp adiknya..cinta sesama keluarga
- last but not least...menjadi saksi cinta Tuhan kpd hambaNya dlm pelbagai bentuk dan cara...

Ku terima cinta darimu
Ku janji setia padamu

Ku terima cinta dariMu
Ku janji setia padaMu

Ku terima cinta darimu
Ku janji setia padamu
Ku terima cinta darimu
Ku janji setia padamu