"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Sunday, 2 October 2011

Rintihan Taubat



sila klik audio sblm bace..tq

‘’Hidup ini adalah sesuatu yang perlu ditempuhi kerana ia adalah anugerah daripada Allah untuk insan melakukan amalan baik, walaupun aku sering diuji dengan dugaan yang berat,’’aku selalu menyatakannya ketika aku kebuntuan menyelesaikan masalahku. Sekali-sekala aku menenangkan hatiku dengan berkata ‘’Mungkin ada hikmahnya,’’Tapi di manakah hikmah yang tersembunyi itu? Setiap kali aku cuba mencari hikmah di sebalik musibah, timbul pula masalah lain, seperti kata pepatah ‘SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA’. Entah mengapa ia terjadi. Adakah terlalu banyak dosaku terhadap makhluk di bumi ini? Adakah menjadi dosa walaupun aku tidak sengaja? Adakah begitu wahai Tuhan? ‘’Astaghfirullah Al-Azim,’’aku tersentak. Mungkin benar segala yang berlaku ada hikmahnya. Hanya aku yang tidak berusaha mencarinya. Jika benarlah kesalahan kecilku menjadi dosa, ingin aku kembali ke masa silam dan mengubah apa yang telah terjadi. Oleh sebab aku lemah dan tidak mampu, aku tak berupaya menjadikannya realiti. Aku sedar, aku lemah sebagai insan dan hamba Allah di dunia fana. Ketika aku berfikir tentang masalah-masalahku, aku akan bertanya ‘’Adakah aku dilahirkan untuk menanggung segala beban?’’ Tapi akhirnya aku akan segera mengingati firman Tuhan dalam kitabNya sebagai pengubat hati ‘’Ketahuilah, jika mengingati Allah, pasti jiwa akan tenang,’’ dan Allah berfirman lagi ‘’Berdoalah kepadaKu, pasti akanKu kabulkan permintaanmu.’’ Aku akan mula menyesali kata-kataku tadi. Aku meyakini, Allah takkan memungkiri janjiNya. Tapi di manakah silapku, sehingga segala permintaanku masih tidak dimakbulkan? Adakah aku tidak layak untuk memohon sesuatu kerana dosa-dosa silamku yang tidak kutahu apakah dosaku itu? Ya Allah tabahkanlah hatiku ini dan terimalah luahan hatiku agar dipermudahkan segala urusanku di dunia. Sesungguhnya Ya Allah aku tidak layak ke syurgaMu kerana penyesalanku hanya sebentar; kadang-kala aku ingat, kadang-kala aku lupa. Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu kerana azab siksaMu di dalam neraka itu amatlah berat. Terimalah taubatku dan ampunkanlah segala dosaku. Engkaulah pengampun dosa-dosaku sebelum aku mati. Segala yang tercatit ini hanyalah pengaduan hatiku padaMu Tuhan kerana tiada sesiapa yang dapat berkongsi masalahku dan bukanlah kerana tidak redha akan ujianMu Tuhan. Kadang-kadang ingin juga aku menangis meratapi titik-titik hitam dosaku tapi sering kali hatiku menegahku daripada terus menangis kerana hatiku berkata ‘’Aku tidak layak untuk menangis kerana tangisanku hanya sementara dan pura-pura.’’ Jika aku terus menangis, aku amat berharap agar titisan-titisan air mataku yang gugur itu akan dapat jua menggugurkan dosa-dosaku. Kuharap Kau dapat menerima rintihan ini dan kuharap tiada sesiapa yang akan menyisihkanku kerana dosaku yang lalu.

No comments:

Post a Comment